Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2020

Kisah Tauladan dari halaman Abi Chai Al Ajami

Di petik dari facebook   Abi Chai Al Ajami Kisah yang selalu ambo ulang ulang cerita pada budak budak tua.. Jadi sambil bergobek sireh pinang.. isap rokok daun dan pekena pulak kopi o pekat dengan ubi ka yu rebus cicah nyiur kukur.. Dok bersila panggung atas paking berlapik tikar mengkuang. Maghi wakchai nak berkisah satu kisah yang pernah dikisahkan oleh seorang pengisah dari zaman dulu dulu bukan zaman lani. Nama kisahnya Awang Sebelah. Kisah ni kalu didengar dengan ilmu akan jadi amal.. kalu didengar dengan akal jadi lah tak sampai akal nak pikir dan kalu dengar dengan nafsu jadilah perasaan. Saja la sebut dengar padahal ayat sebenar nya [baca]. Ada pun telah berlaku zaman dulu kala tatkala zaman masih dipanggil zaman dhom maqhdum zaman puntung berasap.. masa tu belum lah ada lagi lrt.. uber.. supermarket.. hand phone.. belum ada lagi geng wasap dan fb belum juga ada parti politik. Dan jauh sekali pemerintah zaman tu melaksanakan cukai dan gst atau sst untuk rakyat jelata. Bahkan ti

Petua orang tua laman herba tbnsa Mandian Sintok

Petua orang tua laman herba tbnsa oleh  Abi Chai Al Ajami Pernah mandi sintok limau tak.. Biasanya mandi khatam bersilat.. Mandi lepas pantang bersalin.. Mandi mengubat dari gangguan makhluk halus.. Bahan yang biasa digunakan akar sintok dan limau purut atau limau nipis. Kadang kala tambahan bunga bunga wangi dan daun daun tertentu. Jarang orang zaman lani kenal akar sintok.. Dema lebih kenal sabun da losyen.. Pokok akar sintok adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan. Ia juga dikenali sebagai Akar Belu... Akar Kapang.. Sintok.. Akar Belerang. Nama sainsnya pula orang dok sebut Entada phaseoloides Akar sintok juga digunakan sebagai salah satu bahan untuk membuat pilis yang dicampur dengan beberapa ramuan.. yang digunakan sebagai tampalan pada dahi ibu selepas melahirkan untuk mengelakkan pening kepala dan angin meroyan. Akar sintok juga digunakan sebagai penyegar yang boleh mengembalikan kecergasan tubuh badan.. . ia banyak digunakan oleh dukun dan pengamal peru

Petua orang tua laman herba tbnsa sesat di dalam hutan

Petua orang tua laman herba tbnsa oleh Abi Chai Al Ajami Ilmu kesesatan Berkenaan sesat dihutanlah Nasihat ambo kalau nak masuk hutan. Pertama sekali jangan cakap besar.. jaga niat.. jaga mulut.. baca doa sebelum masuk.. . Ayat kursi tu baca ulang ulangkali. Antara sebab orang dok sesat kat hutan tu antaranya: Keadaan mental dan tubuh yang lemah akibat terlalu penat.. lapar dan sedih (ditinggal rakan atau dikutuk atau menjadi bahan gurau). Semua ini menyebabkan tekanan perasaan dan menyebabkan hilang tumpuan semasa berjalan ditrek hutan. Tak mustahil ada campur tangan dari gangguan makluk halus. Mungkin kesan akibat dari perkara diatas. Senanglah makluk halus ini untuk menipu pandangan sebenar kita di trek dan memasongkan dari laluan asal... . apabila tersedar kita pun berada dilaluan yang entah mana mana. Kencing berak merata juga antara sebab berlaku sesat dihutan. Sapa tau kencing atas rumah atau atas kepala anak jin hutan. Kemarahan mereka boleh menyesatkan per

Petua Masuk Hutan oleh Abi Chai Al Ajami

Petua orang kampung:  Abi Chai Al Ajami Kita ni namanya orang kampung. Biasalah orang kampung ni nak buat sesuatu pasti tak lekang dari petua dan pedoman sebagai ikhtiar. Nak masuk tempat tempat macam tu mesti ada adab dan pantang larangnya. Jangan main terjah je. Islam pun ajar berdoa dalam buat apa apa pun. Yang paling kena ingat ialah jangan cakap besar.. takabur.. merapu meraban.. semua nak tegur macam sang gelembir... pendek kata jangan selamber rock macam masuk rumah sendiri. Kena ambik peduli juga kita masuk dalam hutan tu ada macam macam makhluk. Cuba belajar jangan ganggu orang lain kalau kita taknak diganggu. Sebelum masuk hutan tu bacalah sikit doa.. semoga Allah pelihara kita dari sebarang kejadian yang tak diingini. * Dimulakan dengan surah Al fatihah. * 3 Qul * Ayat 1-3 surah al An'am * Ayat Qursi * Ayat 21 hingga akhir surah al Hasyr Ø£َعُÙˆْØ°ُ بِÙƒَÙ„ِÙ…َاتِ اللهِ التَّامَّاتِ Ù…ِÙ†ْ Ø´َرِّ Ù…َا Ø®َÙ„َÙ‚َ A'udzubikalimatillaahi tammati mim syarrima khalaq

Petua orang tua taman herba tbnsa Petua untuk 'kaya raya' Abi Chai Al Ajami

Petua orang tua taman herba tbnsa oleh  Abi Chai Al Ajami Petua untuk 'kaya raya' Sorang kawan peniaga wasap.. Wakchai nak tanya petua supaya murah rezeki.. Taknak hat baca panjang panjang.. Tak larat dah nak menghapal.. Yang mudah mudah ja.. Yang boleh senang amal.. Ada je.. Takda masaalah.. Sama kita kongsi. Bila mu amal sekurang kurang jadi juga amal jariah ambo.. Kalu ramai amal alhamdulillah banyak keberkatannya. Senang ja petua tu.. Tiap kali masuk rumah bagi salam dan baca tiga kali surah al iklas. Insyaallah tak sampai setahun ada lah perubahannya tu.. Ingat naaa kaya tu macam macam maksud dan ertinya.. Di antara keutamaan membaca surah al Iklas ini adalah dijauhkan dari kefakiran atau kemiskinan. Sebab muma berminat dalil... Hal ini dalil dari hadis riwayat Imam Thabrani dari Jarir bin Abdillah.. dia berkata bahwa Nabi saw bersabda.. Barangsiapa membaca qul huwallahu ahad (surah al iklas) ketika memasuki rumahnya.. maka kefakiran akan hilang dari pen

Petua orang tua laman herba tbnsa oleh Abi Chai Al Ajami

Petua orang tua laman herba tbnsa Kenal tak benda apa ni yang putih putih tu.. Yang pastinya bukanlah kueh serabai Yang tu nama dia sarang labah labah kecik Khasiat kegunaannya Pertama nya orang dulu kala kalu nak gali telaga dema berpedoman sarang labah labah ni.. Katanya tempat yang ada sarang labah labah ni airnya tak berputus maknanya selalu ada dan jernih pula.. Masa nak gali tu dema baca lah selawat dan doa mohon keberkatan dari Allah dan satu ayat.. pastu dihentak tumit kat kawasan yang akan digali: ارْÙƒُضْ بِرِجْÙ„ِÙƒَ ۖ Ù‡َٰØ°َا Ù…ُغْتَسَÙ„ٌ بَارِدٌ ÙˆَØ´َرَابٌ Hentakkanlah kakimu.. inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk minum. [Shad: 42] Kedua petua kegunaan untuk kekuatan pinggang.. Diambil air pada sarang labah labah kecik ni dengan belakang kura tangan dengan bacaan dan terus sapu pada bekakang pinggang juga dengan bacaan. Ketiga untuk mensingakan kelakian. Caranya ambik air sarang labah labah kecik dengan belakang kura tangan beserta bacaan dan sapu ke

Petua orang tua laman herba tbnsa oleh Abi Chai Al Ajami

Petua orang tua laman herba tbnsa Antara rahsia alam tumbuhan seringan Kalu anak anak yang lambat boleh berjalan tu ambik kayu pokok seringan ni.. pastu pukul pelan pelan kat kakinya sambil baca selawat fateh dan surah alam nasyrah. Insyaallah cepat boleh bejalan. Daun daun dia juga boleh campur dalam rebusan dedaun mandian yang lain. Buat mandi masa air tu suam suam.. Amboi rasa ringan ja tubuh tambahan kalu lepas mengurut.. Kalau nak campur daun lain: 1. Daun seringan 2. Daun pisang kelat 3. Daun pandan 4. Daun Halia bara 5. Daun Serai wangi 6. Daun Chapa 7. Daun Inai 8. Daun Senduduk 9. Daun Lengkuas 10. Daun sirih 11. Daun beka 12. Cekur 13. Jerangau 14. Jintan putih dan jintan manis Kalu takda takpa.. Guna ja daun seringan cukup dah. Kalau taknak buat mandian boleh juga masukan dalam periuk sauna.. Dan berwap lah.. Lepas tu rasa ringan dan sangat selesa. Kalu wanita lepas bersalin cukup baguih buat mandian herba ni.. Orang yang deman tak kebah. Orang yang bany

Amalan Orang Dulu-Dulu

Assalamualaikum tulisan oleh  Abi Chai Al Ajami Sebelum tu nak kongsi bacaan orang dulu dulu ya man lahul ‘izzatu wal jamal ya man lahul qudrotu wal kamal ya man lahul mulku wal jalal ya man huwal kabirul muta’al ya munsyi`as sahabits tsiqol ya man huwa syadidul mihal ya man huwa sari’ul hisab ya man huwa syadidul ‘iqob ya man ‘indahu husnuts tsawab ya man ‘indahu ummul kitab wahai Yang bagiNya lah keperkasaan dan keindahan wahai Yang bagiNya lah kekuasaan dan kesempurnaan wahai Yang bagiNya lah kerajaan dan keagungan wahai Dialah Yang Maha Besar lagi ditinggikan wahai Yang Mengadakan awan yang bermuatan wahai Dialah Yang Maha Keras tipu dayaNya wahai Dialah Yang Maha Cepat perhitunganNya wahai Dialah Yang Maha Keras hukumanNya wahai Yang disisiNya lah pahala yang baik wahai Yang disisiNya lah Induk Kitab Allahumma inni as`aluka bismika: ya hannanu ya mannanu ya dayyanu ya burhanu ya sulthonu ya ridhwanu ya ghufronu ya subhanu ya musta’anu ya dzal manni wal bayan

Kisah Teladan

tulisan dari FB  Abi Chai Al Ajami Seorang lelaki tua mengayuh basikal setiap pagi dari kampungnya ke sebuah pekan.. sejauh kira kira 15km untuk menjual ulambulaman dan sayur sayuran.. buat menyara hidupnya.... Itulah kerja hariannya... Selesai berjual.. dia akan singgah dulu ke sebuah mesjid di pekan itu untuk bersolat zuhur. Sebelum pulang ke rumah... Selepas berdoa dan berwirid sekadarnya.. lelaki itu akan membersihkan dedain yang berselerak dihalaman mesjid... Ini dilakukannya setiap hari selepas solat  zuhur.. sejak beberapa bulan lalu... Setelah semua dedaun itu dibersihkan barulah beliau pulang kekampungnya. Jemamaah dan ajk mesjid rasa kesian melihat keadaan lelaki tua itu.... Mereka lalu mengupah seorang pekerja untuk membersihkan daun daun itu setiap pagi. Tujuan mereka.. semata mata untuk membantu lelaki tua tadi.. agar tidak perlu bersusah payah membersihkan halaman masjid itu. Rupa rupanya niat baik mereka itu telah membuatkan lelaki tua tersebut menanggis se

Khasiat dan cara mengunakan Sanggul Fatimah

Sanggul fatimah tulisan  Abi Chai Al Ajami   * Untuk buat selusuh rendam pokok sanggul fatimah dengan air biasa.. * Yang penyakit bawah ni pula rebus atau rendam air panas -Keputihan -Sengugut -Mengimbang perjalanan haid -Mengembalikan kekuatan tenaga -Mengecutkan rahim selepas bersalin -Menyembuhkan sakit pinggang -Melawas pembuangan air besar dan kecil -Memberi ketahanan badan dan kulit -darah tinggi -kencing manis -menurunkan kadar kolesterol dalam darah -menyembuhkan sakit sendi -pelawas ( duretik ) -merawat kebas kebas kaki dan jari -membuang angin dalam badan -menurunkan paras asid urik dalam badan ( mengawal penyakit gout ) -1 pokok dibasuh bersih -Direbus dengan air anggaran 1.5 liter sehingga mendidih -Minum 1 cawan 2 kali sehari -Ulang rebusan sehingga hilang warna -Gantung dan jemur semula selepas guna *...............*............*..............*..........* Petua orang kampung Pokok genggam atau Sanggul fatimah (orang arab panggil kaf maryam) Kh

Bacaan Orang Dulu-Dulu

Bacaan orang dulu dulu dulu tulisan  Abi Chai Al Ajami Allahumma inni as`aluka bismika: ya jalilu ya jamilu ya wakilu ya kafilu ya dalilu ya qobilu ya mudilu ya munilu ya muqilu ya muhilu Y Allah.. Sesungguhnya hamba ini memohon kepadamu dengan menyebut NamaMu: Wahai Yang Maha Agung wahai Yang Maha Indah wahai Yang Maha Mewakili wahai Yang Maha Penjamin wahai Yang Maha Penuntun wahai Yang Maha Penerima wahai Yang Maha Pemenang wahai Yang Maha Pemberi wahai Yang Maha Pembangkit wahai Yang Maha Pengubah

Pesanan bermanafaat

Assalamualaikum Selamat bertugas, tulisan oleh Abi Chai Al Ajami Allah swt menjadikan manusia sebagai sebaik baik kejadian dengan kurniaan pelbagai nikmat pancaindera terutama nikmat akal untuk berfikir dan merenung sesuatu. Salah satu nikmat dikurniakan adalah lidah yang dengannya kita mampu untuk berkata kata.. membaca atau menyebut dan merasai makanan sebagai salah satu nikmat di atas dunia ini. Antara kebaikan pengurniaan lidah adalah mencari harta dengan melakukan akad seperti akad jual beli.. sewa dan lain lain. Paling jelas nikmat lidah membolehkan seseorang hamba membaca al-Quran dan membaca hadis Rasulullah saw. Kita juga sangat digalakkan membasahkan lidah berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw. Semua hamba wajib mensyukuri nikmat lidah dengan menjaganya daripada sesuatu yang bukan menjadi tujuan lidah dijadikan seperti mengeluarkan kata keji.. hinaan.. dusta dan mengumpat sebaliknya sangatlah baiknya memperbanyakkan kebaikan dengan selawat dan mem