Skip to main content

Kisah Tauladan dari halaman Abi Chai Al Ajami

Di petik dari facebook Abi Chai Al Ajami

Kisah yang selalu ambo ulang ulang cerita pada budak budak tua..

Jadi sambil bergobek sireh pinang.. isap rokok daun dan pekena pulak kopi o pekat dengan ubi kayu rebus cicah nyiur kukur..

Dok bersila panggung atas paking berlapik tikar mengkuang. Maghi wakchai nak berkisah satu kisah yang pernah dikisahkan oleh seorang pengisah dari zaman dulu dulu bukan zaman lani. Nama kisahnya Awang Sebelah.

Kisah ni kalu didengar dengan ilmu akan jadi amal.. kalu didengar dengan akal jadi lah tak sampai akal nak pikir dan kalu dengar dengan nafsu jadilah perasaan. Saja la sebut dengar padahal ayat sebenar nya [baca].

Ada pun telah berlaku zaman dulu kala tatkala zaman masih dipanggil zaman dhom maqhdum zaman puntung berasap.. masa tu belum lah ada lagi lrt.. uber.. supermarket.. hand phone.. belum ada lagi geng wasap dan fb belum juga ada parti politik. Dan jauh sekali pemerintah zaman tu melaksanakan cukai dan gst atau sst untuk rakyat jelata. Bahkan tidak pernah sekali pun rakyat merunggut dengan masaalah kenaikan harga minyak kerana mereka tidak ada apa apa kenderaan selain motomit saja (motor tumit.. jalan kaki).

Tersebutlah seorang anak muda yatim piatu yang hidupnya susah lagi lebih malangnya tubuh dia cuma sebelah. Kaki satu.. tangan satu.. kepala sebelah dan semua nya sebelah. Memang tak mustahil pada hukum tauhid kalau Allah nak jadikan sesuatu.

Terlalulah payah dia hendak kemana mana dengan berjalan melain kan terloncat loncat saja. Janganlah heran keadaannya yang begitu kerana Allah mampu melakukan apa saja dengan ilmu dan iradatNya.

Orang kampung nya ada yang mengejek dan ada yang kesian padanya. Biasalah lumrah namanya manusia begitu lah fi'elnya.

Satu hari selepas balik dari mengaji di balaisah... dengar tok guru dok ngajar bahwa Allah itu maha mengabulkan doa doa. Samada cepat atau lambat tetap akan dikabulkan berdasar ayat u'uni istajib lakum. Maka terpikirlah Awang Sebelah ni nak juga berdoa pada Allah semoga dikurniakan tubuh yang sempurna disamping nak tanya pada Allah kenapalah tubuhnya jadi sebelah.

Esok paginya lepas pekena sebutir dua cucur bawang dan secawan kopi o pekat maka terloncat loncatlah Awang Sebelah keluar rumah kerana nak mencari Allah.

Sampai lah dia diujung kampung dan kebetulan ramai orang sedang riuh rendah berjudi. Masa dizaman tu judinya laga ayam je dan belum lah ada judi empat nombor ekor atau loteri bahkan kasino pun belum ada lagi.

Beberapa orang penjudi pun nampak Awang Sebelah yang sedang meloncat loncat itu seraya menegur "weii Awang mu nak gi mana tu"..

"Aku nak gi cari Allah" jawab Awang Sebelah.

Ramailah yang gelak sakan bila dengar kata Awang Sebelah. Dema pakat kata Awang Sebelah ni kena tekanan perasaan dan dah jadi gila sebab keadaan tubuhnya yang sebelah.

"Mu nak gi cari Allah tang mana tu.. bukan kah Allah ada je kat mana mana.. Hihihihi" kata dema.

"Aku nak cari Allah bukan nak tengok Dia.. aku nak cari tempat yang aku rasa selesa untuk berdoa bagi tubuh aku ni jadi supa muma la dan aku nak tanya bokpa la tubuh aku ni sebelah ja" jawab Awang Sebelah.

"Molek.. Kalu gitu mu tolong tanya kat Allah bagi pihak kami" kata dema

"Tanya tang pa" tanya Awang sebelah

"Mu tanya kat Allah nei... Dia nak tahok kami kat dalam neraka hat mana... pasal kami ni jahat sungguh.. Berjudi kuat.. Malas semayang.. Tak posa dan macam macam lagi lah" kata dema.

"Insyaallah nanti aku tanya.. Baiklah aku gi dulu naaa" jawab Awang Sebelah sambil meloncat loncat meneruskan loncatannya mencari Allah.

Sehingga sampai lah dia ke satu kawasan lata sungai. Dia nampak ada sorang orang tua dok bokok bokok semayang atas batu. Amboi mak serban besar bakul atas kepala atas orang tu. Serban pun dah reput kat dahi pasai dok kuat sujud. Butir butir tasbih orang tu besar besar ibu jari kaki. Manakala batu tempat semayang tu dah belekuk dek kerana mungkin pasal orang tu dok sujud lama.

Awang Sebelah pun bagi lah salam lepas orang tua tu habis semayang. Tapi dia tak jawab salam. Dengan muka terkejut dia tanya Awang sebelah "mu ni natang apa.. Nak kata orang tapi sebelah.. Nak kata binatang tapi becakap.. Nak kata jin pun bukan.. Hahahahaha lawak sungguh tubuh mu".

Awang Sebelah pun jawab "Aku ni manusia juga yang sedang berbasat nak cari Allah pasal nak tanya pasal apa aku jadi sebelah dan nak doa minta jadi sempurna tubuh supa orang lain"

"Kah kah kah kah.. Pandai juga mu melawak dih.. Mu tahap mana nak cari Allah... Ni aku dok semayang sampai lekuk batu.. sampai reput serban.. Tu tasbih aku asal nya besar lutut dah jadi besar jari kaki pasal dok bezikir... pun tak pernah tengok Allah.. Inikan pula mu yang tak cukup sifat . .. Hahaha.. Inilah kali pertama lebih dari 40 tahun aku tak pernah gelak.. Aduhh ... Takpa lah kalu gitu.. nanti mu tanya Allah bagi pihak aku yang Dia nak masukan aku kat syurga mana pasal ibadah aku yang banyak ni" kata orang tua serban reput

"Baiklah aku akan tolong tanyakan" jawab Awang Sebelah sambil berlalu dari situ

Berhari hari Awang Sebelah meloncat loncat meneruskan loncatannya. Sepanjang kembaranya dia hanya makan minum buah buahan hutan manakala bila tidak ada apa apa dia berpuasa. Solatnya hanya bersejadahkan dedaun apa bila tiba waktu solat.. Mulut tak berhenti henti berzikir 'ya Halimu ya Alimu ya Aliyyu ya Azim ya Allah'. Begitulah sehari hari yang dilaluinya.

Sehingga lah pada satu hari dia pun sampai disatu padang. Rasa bergetar dadanya dengan debaran hati yang kuat. Lalu Awang Sebelah pun merebahkan dirinya dan menadah tangan sebelahnya seraya berdoa dengan hajatnya.

Berlakulah keajaiban yang tiba tiba maghi angin puting beliung mengangkat tubuh Awang Sebelah dan diputar putar diatas awan tinggi. Awang Sebelah pengsan masa tu.

Tiba tiba angin itu menjatuhkan Awang Sebelah dan Awang Sebelah pun tersedar. Dia merasa ada kelainan pada tubuhnya. Diraba raba dan baru lah dia tahu yang tubuhnya dah sempurna sebagai manusia. Terus Awang Sebelah menyungkurkan diri buat sujud syukur.

Setelah itu dia pun mengambil masa berzikir memuji Allah yang telah mengurniakan rahmatNya yang menunaikan hajatnya. Berlinang linang airmata kesyukuran mengalir Awang Sebelah.

Kemudian tiba tiba dia mendengar seakan suara tanpa bahasa (hatif) dalam hatinya yang mengatakan "sesungguhnya kamu jadi sebelah ni kerana doa ibubapa kamu juga. . telah lama dema berumah tangga tapi tidak dikurniakan anak sehinggalah dema setiap hari berdoa dengan kata... kalu tak dapat sorang anak... dapat sebelah pun jadilah.. Itulah doa dema.. Berkenaan orang berjudi tu bagi tahu dema yang dema akan masuk syurga darus salam...manakala orang tua serban reput akan dimasukan keneraka jahanan".

Setelah itu Awang Sebelah pun beredarlah dari situ untuk balik kampungnya. Kali ni laju je dia berjalan.. Tak meloncat lagi. Sambil berjalan tu dia pun meneruskan zikirnya 'ya Hannan ya Mannan ya Badi'us sama watiwal ard ya zaljalaliwal ikram ya Allah". Dan dengan anugerah rahmat Allah maka perjalanannya seolah jadi singkat.

Sampailah dia kat tempat orang tua serban reput. Segera dia bagi salam pada orang tua yang sedang berzikir dan dengan terkejut salam itu segera dijawab.

" Siapakah kamu wahai orang muda yang lawa segak serta comey loteynya ni.. Adakah kamu malaikat yang maghi ziarah aku" tanya orang tua serban reput.

"Aku Awang Sebelah hat hari tu" jawab Awang Sebelah.

"Huhhh mu jangan dok bahong.. Tapi rupa mu sama.. Emm kamu rupanya.. Ada kamu tanya Allah yang aku ni akan dimasukan kesyurga hat mana.. Kamu yang tak cukup sifat pun boleh dapat begini apatah lagi aku yang alim lagi abid ni" kata orang tua serban reput.

Awang Sebelah pun menjawab "Allah kata kamu akan dimasukan keneraka jahanan"

" Aikkk... Betul ka kata mu" kata orang tua tu

"Iya benar.. Aku tak bahong mu" kata Awang Sebelah.

Tiba tiba orang tua tu membuka serban dan pakaian nya dan dilempar kedalam sungai. Hanya berseluar pendek dan berkata "Ahhhhh.. alang alang nak masuk neraka lebih baik baki sisa umur yang ada ni aku maksiat sungguh sungguh.. Nikmati puas puas segala apa apa yang aku bersabar selama ni". Dan dia berlalu dari situ.

Awang Sebelah pun teruskan pejalanan nya sehingga sampai tempat orang berjudi. Lalu diberi salam pada dema tu. Dan dema pun terkejut dengan kehadiran orang muda. Setelah mengenalkan diri dema pun tanya pada Awang Sebelah neraka mana Allah akan masukan dema nanti akibat dosa dosa dema.

Awang Sebelah pun kata "Kamu semua akan dimasukan kedalam syurga Allah yang penuh nikmat"

"Betul ka kata mu ini atau mu menyindir kami" kata dema

"Demi Allah benar" kata Awang Sebelah.

Riuh rendah lah suara tangisan dan raungan bacaan astaqfar. Serta seluruh tempat judi itu dirobohkan.

Mulai hari itu tiada lagi tempat judi dikampung tersebut. Atas anugerah Allah Awang Sebelah jadilah guru yang mengajar orang mengaji kat situ.

Sekian ye..

Amboi jenuh taip panjang sungguh.. Semoga ada manfaat kisah wakchai ni. Belajarlah apa itu 2 hakikat yang wajib dilupakan dan 2 wajib diingatkan baru paham kisah ni..

Rajin rajin lah baca doa hat baik baik..

Ya Allah sempurnakanlah kejadian ku.. Rabbana atmim lanaa nuuranaa waghfirlanaa innaka alaa kulli syai'in qodir. ...

Alfatihah buat Toji

Wallahualam

Comments

Popular posts from this blog

Ramalan Jodoh mengikut Kitab Tajul Muluk

Kitab Tajul Muluk adalah merupakan kitab lama. Dikatakan perkataan asal adalah taj-al-mulk. Setelah ia memasuki tanah melayu dari arab, maka sejak itu lah ia berubah menjadi tajul muluk. Sesetengah orang menolak apa yang terdapat di dalam ilmu tajul muluk kerana dikatakan boleh memesongkan akidah. Antara ilmu yang terkandung di dalam kitab ini adalah seperti ilmu berkaitan sifat wanita dan juga jodoh. Berikut adalah pengiraan berdasarkan ilmu tajul muluk mengenai ramalan jodoh. LANGKAH 1 Ke semua nama perlu dieja di dalam tulisan jawi. Memerlukan  nama sendiri, nama ibu sendiri, nama pasangan  dan nama ibu pasangan jumlahkan semua nilai huruf pada nama tersebut. kemudian, jumlah tersebut perlu di tambah 7 dan bahagi 9 Perlu teliti dalam pengejaan kerana dibimbangi keputusannya nanti tidak tepat. CONTOH nur + nurul + muhammad + ahmad احمد +  محمد  +  نورال  +  نور asingkan huruf dan tambah macam di bawah ni (50+6+200)+(50+6+200+1+30)+(40+8+40+4)+(1+8+40+4) jumlah huruf

Nabi Penjaga Air-Bumi-Hutan & tanaman

  Nabi Penjaga Air-Bumi-Hutan & tanaman PENJAGA AIR / BANYU: Nabi khaidir. a.s. Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Khaidir Alaihissalam, ulun minta halal minta ridho wan pian minta banyu gasan mandi,mandi wajib,minum,dll PENJAGA TANAH / BUMI Nabi adam. a.s. Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Adam Abul Basyar Alaihissalam, ulun minta halal minta ridho umpat bejajak / bejalan di atas / di belakang tanah / bumi atau handak betanam pohon dll PENJAGA HUTAN / PAPOHONAN Nabi ilyas. a.s Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Ilyas Alaihissalam, ulun minta halal minta ridho minta kayu atau menatak kayu dll PENJAGA RUMPUT / TANAMAN Nabi idris. a.s Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Idris Alaihissalam, ulun minta ridho minta halal umpat bejalan / bejajak di atas rumput dll

Ilmu Ina Anaa Amanna

Assalamu'alaikum Wr. Wb. -----------------------------------------------------------------------   Mau ngasih TESTIMONI tentang amalan dibawah ini: yang dibabarkan oleh Guru Bambang Satriani. ----------------------------------------------------------------------- langsung tajrib lagi, kalau disini semula jadi namanya INNA ANNA AAMANA Dibaca 11 kali tahan nafas, lidah lipat keatas tahan nafas diperut pegang dada kiri oleh tangan kanan, setelah beres membaca niatkan dalam hati ditujukan untuk apa fadilah -menundukan hati seseorang -tidak bayar ongkos kendaraan umum -meredam orang yang lagi emosi -menundukan atasan,bos -menangkan arisan -penarik pembeli