Skip to main content

Petua orang tua laman herba tbnsa oleh Abi Chai Al Ajami


Petua orang tua laman herba tbnsa
Antara rahsia alam tumbuhan seringan
Kalu anak anak yang lambat boleh berjalan tu ambik kayu pokok seringan ni.. pastu pukul pelan pelan kat kakinya sambil baca selawat fateh dan surah alam nasyrah.
Insyaallah cepat boleh bejalan.
Image may contain: plant, outdoor and nature
Daun daun dia juga boleh campur dalam rebusan dedaun mandian yang lain. Buat mandi masa air tu suam suam.. Amboi rasa ringan ja tubuh tambahan kalu lepas mengurut..
Kalau nak campur daun lain:
1. Daun seringan
2. Daun pisang kelat
3. Daun pandan
4. Daun Halia bara
5. Daun Serai wangi
6. Daun Chapa
7. Daun Inai
8. Daun Senduduk
9. Daun Lengkuas
10. Daun sirih
11. Daun beka
12. Cekur
13. Jerangau
14. Jintan putih dan jintan manis
Kalu takda takpa.. Guna ja daun seringan cukup dah. Kalau taknak buat mandian boleh juga masukan dalam periuk sauna.. Dan berwap lah.. Lepas tu rasa ringan dan sangat selesa.
Kalu wanita lepas bersalin cukup baguih buat mandian herba ni.. Orang yang deman tak kebah. Orang yang banyak angin dalam tubuh.. Orang yang obesiti lemak berlambak.
Daun pucuk pokok ni juga boleh merawat resdung... Ada juga orang gunakan pokok ni sebagai ikhtiar budak lambat bercakap.
Selain untuk kegunaan dalam mandian orang lepas bersalin.. banyak khasiat dan kelebihan yang tersendiri lainnya..
Antara khasiat herba mandian tradisional ini
1. Membantu melegakan sendi .. saraf
2. membantu melancarkan peredaran darah
3. mengurangkan rasa stress dan tegang urat urat otot otot
4. membantu mehilang kan bau badan
5. mengurangkan angin d dalam badan
Dan banyak lagi lah
Cara penggunaan:
Rebus daun herba seringan dan lain lain daun seperti diatas dengan air sehingga mendidih.. lepas tu campur air biasa.. jadikan suam suam kuku.. baru boleh buat mandi..
Inilah rahsia besar kesehatan orang kampung dulu dulu.. salah satu daun herba yang di campur dalam mandian herba.. boleh buat mandi pagi atau petang..
Daun daun seringan ni boleh juga guna yang kering .. atau yang masih baru di petik .. terpulanglah pada selera masing masing diri.
Setiap yang Allah taala jadikan semuanya bermanfaat untuk kita.. tinggal lagi kita nak guna atau tidak je.. tinggal lagi kita nak belajar ambil tahu atau tidak..
Satgi ada tu yang komen 'mana nak dapatkan benihnya.. Saya nak tanam lah'.. Satu anjakan paradigma yang baik nak memiliki dan mengamalkan kebaikan herba alam melayu.
Sekian
Wallahualam

Comments

Popular posts from this blog

Ramalan Jodoh mengikut Kitab Tajul Muluk

Kitab Tajul Muluk adalah merupakan kitab lama. Dikatakan perkataan asal adalah taj-al-mulk. Setelah ia memasuki tanah melayu dari arab, maka sejak itu lah ia berubah menjadi tajul muluk. Sesetengah orang menolak apa yang terdapat di dalam ilmu tajul muluk kerana dikatakan boleh memesongkan akidah. Antara ilmu yang terkandung di dalam kitab ini adalah seperti ilmu berkaitan sifat wanita dan juga jodoh. Berikut adalah pengiraan berdasarkan ilmu tajul muluk mengenai ramalan jodoh. LANGKAH 1 Ke semua nama perlu dieja di dalam tulisan jawi. Memerlukan  nama sendiri, nama ibu sendiri, nama pasangan  dan nama ibu pasangan jumlahkan semua nilai huruf pada nama tersebut. kemudian, jumlah tersebut perlu di tambah 7 dan bahagi 9 Perlu teliti dalam pengejaan kerana dibimbangi keputusannya nanti tidak tepat. CONTOH nur + nurul + muhammad + ahmad احمد +  محمد  +  نورال  +  نور asingkan huruf dan tambah macam di bawah ni (50+6+200)+(50+6+200+1+30)+(...

Nabi Penjaga Air-Bumi-Hutan & tanaman

  Nabi Penjaga Air-Bumi-Hutan & tanaman PENJAGA AIR / BANYU: Nabi khaidir. a.s. Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Khaidir Alaihissalam, ulun minta halal minta ridho wan pian minta banyu gasan mandi,mandi wajib,minum,dll PENJAGA TANAH / BUMI Nabi adam. a.s. Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Adam Abul Basyar Alaihissalam, ulun minta halal minta ridho umpat bejajak / bejalan di atas / di belakang tanah / bumi atau handak betanam pohon dll PENJAGA HUTAN / PAPOHONAN Nabi ilyas. a.s Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Ilyas Alaihissalam, ulun minta halal minta ridho minta kayu atau menatak kayu dll PENJAGA RUMPUT / TANAMAN Nabi idris. a.s Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Idris Alaihissalam, ulun minta ridho minta halal umpat bejalan / bejajak di atas rumput dll

SISI LAIN SEJARAH PATIH AMPAT LEGENDA PAHLAWAN BANJAR

SISI LAIN SEJARAH PATIH AMPAT LEGENDA PAHLAWAN BANJAR Zaman dahulu di tanah Banjar, terdapatlah kerajaan yang bernama Nagara Dipa. Kerajaan Dipa saat itu belum memiliki raja sebagai pemimpin. Hanya ada empat orang pemuka yang dikenal sebagai 'Patih Ampat' atau 'Mantri Ampat'. Mereka adalah orang-orang yang kuat sakti mandraguna. Kekuatan dan kesaktian mereka terkenal ke seluruh pelosok negeri. 1-Panimba Sagara Orang yang pertama adalah Panimba Sagara. Penampilannya sangat rapi. Warna pakaian kesukaannya adalah kuning. Senjatanya bernama Naga Runting. Panimba Sagara memiliki kesaktian sanggup menimba air lautan dengan kedua tangannya. Jika ingin mengeringkan air laut, ia bisa mengubah dirinya menjadi lebih besar daripada raksasa. Kalau ia berdiri di tengah lautan yang paling dalam, air laut hanya sampai pada tumitnya. Kalau ia berdiri di daratan, gunung yang tinggi hanya sebatas lututnya. kalau Pambimba Sagara berjalan selangkah saja, satu bukit b...