Assalamualaikum
Selamat bertugas, tulisan oleh
Selamat bertugas, tulisan oleh
Abi Chai Al Ajami
Allah swt menjadikan manusia sebagai sebaik baik kejadian dengan kurniaan pelbagai nikmat pancaindera terutama nikmat akal untuk berfikir dan merenung sesuatu.
Salah satu nikmat dikurniakan adalah lidah yang dengannya kita mampu untuk berkata kata.. membaca atau menyebut dan merasai makanan sebagai salah satu nikmat di atas dunia ini.
Antara kebaikan pengurniaan lidah adalah mencari harta dengan melakukan akad seperti akad jual beli.. sewa dan lain lain.
Paling jelas nikmat lidah membolehkan seseorang hamba membaca al-Quran dan membaca hadis Rasulullah saw.
Kita juga sangat digalakkan membasahkan lidah berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw.
Semua hamba wajib mensyukuri nikmat lidah dengan menjaganya daripada sesuatu yang bukan menjadi tujuan lidah dijadikan seperti mengeluarkan kata keji.. hinaan.. dusta dan mengumpat sebaliknya sangatlah baiknya memperbanyakkan kebaikan dengan selawat dan memberi nasihat mengajak kearah kebaikan.
Jagalah lidah kita... kerana sesungguhnya lidah sangat cepat membunuh seseorang. Lidah adalah utusan hati yang menunjukkan akal seseorang.
Kita semua mungkin dah tahu bahawa terlalu banyak manafaat dan fadhilat bila kita berselawat.
Tapi sejauhmana kita amalkannya... adakah kita istiqomah bersungguh sungguh dalam melakukannya?
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Ibnu Hanbal.. sesungguhnya telah datang seorang sahabat berjumpa baginda Nabi saw seraya berkata:
“Wahai Rasulullah.. Apakah pandangan Tuan jika saya jadikan doa saya semuanya adalah selawat ke atas kamu?”
Lalu Rasulullah saw menjawab:
“Jika begitu.. maka Allah taala akan mencukupkan bagi kamu segala kepentingan (keinginan) kamu.. dari hal kedunian serta akhirat kamu!”
Mengapa sehebat itu?
Apa rahsianya?
Hakikatnya selawat itu mengandungi untaian zikir kepada Allah dan penzahiran bahawa Rasulullah saw amat tinggi darjatnya dengan melebihkan baginda saw dalam ketika berdoa.. melebihi doa untuk diri sendiri…
Ini dinamakan ‘iithaar’.
Apa yang dimaksudkan dengan ‘iithaar’?
Pernah tak dengar sebelum ini?
‘iithaar’ bermaksud melebihkan orang lain.. saudara Islamnya berbanding dirinya sendiri. Ianya amat tinggi darjatnya di sisi Allah melebihi dari ‘ukhuwwah Islamiyah’ yang hanya tertumpu kepada saudara se Islam yang lain termasuk diri sendiri.
Tapi ‘iithaar’ ini melepasi batasan diri dengan menyintai saudaranya lebih dari dirinya sendiri.
Mari kita berkongsikan sebahagian dari kelebihan amalan selawat ke atas Nabi ini.
Amat banyak nak disenaraikan kesemuanya.. kita nyatakan sebahagian darinya untuk kita saling mengingat sesama sendiri.
Antara fadhilat hebat berselawat adalah:
1- Ia penyebab dimakbulkan segala doa
2- Dicatatkan buatnya 10 hasanah
3- Dihapuskan Allah untuknya 10 dosa
4- Diangkat baginya 10 darjat
5- Dimudahkan mendapat Syafaat Rasulullah saw di akhirat
6- Penyebab termakbulnya segala hajat
7- Dijauhkan dari kemiskinan dan kepapaan
8- Diselamat dari orang zalim terhadapnya
9- Dicukupkan Allah segala keperluan dalam hidupnya
10-Dilembutkan hatinya menerima hidayah Allah
11-Diberkati umurnya dan segala kerja yang dilakukannya
12-Mensuci &danmembersih jiwa juga hati
13-Dijauhkan dari sifat bakhil dan pentingkan diri
14-Mengundang kasih sayang Allah dan manusia kepadanya
15-Mendapat pahala bersedekah bagi yang tiada harta dunia
16-Menguatkan ingatan dan mengelakkan dari diri jadi pelupa
17-Diselamatkan dari suasana yang amat menakutkan di akhirat
18-Dekat dengan Rasulullah di akhirat kelak
19-Dipermudahkan melepasi titian ‘Sirat’
20-Nabi saw menjawab setiap selawat dan salam kepada Baginda
21-Dirinya dicintai Rasulullah saw dan disyafati di akhirat
Ini hanya sebahagian dari kelebihan yang mampu dicatatkan berkenaan fadhilat utama dalam amalan berselawat. Sesungguhnya ia amat luas dan jauh lagi hebat…
Memang bertepatan dengan kedudukkan Baginda saw yang merupakan Rasul teragung di kalangan semua Rasul yang diutuskan dan Baginda juga kekasih Allah.
Marilah sama sama kita berselawat
ALLAHUMMA SHOLLI AFDHOLA SHOLATI 'ALA AS'ADI MAKHLUKHOOTIKA HABIBILLAH SAYYIDINA MUHAMMAD.. WA 'ALA ALIHI WASHOHBIHI WASALLIM.. 'ADADA MA'LUMAATIKA WAMIDAADA KALIMAATIKA KULLAMAA DZAKARO KADZAAKIRU NA WA GHOFALA 'AN DZIKRIKAL GHOFILUN
YA ALLAH.. KAMI MEMOHON SETINGGI TINGGI SELAWAT DAN SALAM KE ATAS SEMULIA MULIA MAKHLUKMU.. IAITU KEKASIH ALLAH.. PENGHULU KAMI NABI MUHAMMAD DAN KE ATAS KELUARGANYA DAN SAHABATNYA AKAN BEBERAPA MAKLUMAT DAN KALIMAT.. APABILA PARA PENGINGAT MENYEBUTMU DAN PELUPA PULA MELUPAIMU.
ALLAHUMMA SHOLLI AFDHOLA SHOLATI 'ALA AS'ADI MAKHLUKHOOTIKA SHAMSHID DHUHA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WASHOHBIHI WASALLIM... 'ADADA MA'LUMAATIKA WAMIDAADA KALIMAATIKA KULLAMAA DZAKARO KADZAAKIRU NA WA GHOFALA 'AN DZIKRIKAL GHOFILUN
YA ALLAH... KAMI MEMOHON SETINGGI TINGGI SELAWAT DAN SALAM KE ATAS SEMULIA MULIA MAKHLUKMU.. IAITU CAHAYA PAGI.. PENGHULU KAMI NABI MUHAMMAD DAN KE ATAS KELUARGANYA DAN SAHABATNYA AKAN BEBERAPA MAKLUMAT DAN KALIMAT.. APABILA PARA PENGINGAT MENYEBUTMU DAN PELUPA PULA MELUPAIMU.
ALLAHUMMA SHOLLI AFDHOLA SHOLATI 'ALA AS'ADI MAKHLUKHOOTIKA BADRID DUJA SAIIDINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WASHOHBIHI WASALLIM.. 'ADADA MA'LUMAATIKA WAMIDAADA KALIMAATIKA KULLAMAA DZAKARO KADZAAKIRU NA WA GHOFALA 'AN DZIKRIKAL GHOFILUN
YA ALLAH.. KAMI MEMOHON SETINGGI. TINGGI SELAWAT DAN SALAM KE ATAS SEMULIA MULIA MAKHLUKMU.. IAITU BULAN PURNAMA.. PENGHULU KAMI NABI MUHAMMAD DAN KE ATAS KELUARGANYA DAN SAHABATNYA AKAN BEBERAPA MAKLUMAT DAN KALIMAT.. APABILA PARA PENGINGAT MENYEBUTMU DAN PELUPA PULA MELUPAIMU
WALLAHUALAM
Comments
Post a Comment