Petua orang tua taman herba tbnsa oleh
Abi Chai Al Ajami
Petua untuk 'kaya raya'
Sorang kawan peniaga wasap.. Wakchai nak tanya petua supaya murah rezeki.. Taknak hat baca panjang panjang.. Tak larat dah nak menghapal.. Yang mudah mudah ja.. Yang boleh senang amal..
Ada je.. Takda masaalah.. Sama kita kongsi. Bila mu amal sekurang kurang jadi juga amal jariah ambo.. Kalu ramai amal alhamdulillah banyak keberkatannya.
Senang ja petua tu..
Tiap kali masuk rumah bagi salam dan baca tiga kali surah al iklas. Insyaallah tak sampai setahun ada lah perubahannya tu.. Ingat naaa kaya tu macam macam maksud dan ertinya..
Di antara keutamaan membaca surah al Iklas ini adalah dijauhkan dari kefakiran atau kemiskinan.
Sebab muma berminat dalil... Hal ini dalil dari hadis riwayat Imam Thabrani dari Jarir bin Abdillah.. dia berkata bahwa Nabi saw bersabda..
Barangsiapa membaca qul huwallahu ahad (surah al iklas) ketika memasuki rumahnya.. maka kefakiran akan hilang dari penghuni rumah tersebut dan dari tetangganya.
Bahkan disebut bahwa di antara keutamaan membaca surah al iklas saat masuk rumah adalah diberikan kelimpahan rezeki.
Riwayat dimaksud diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Madini dari Sahl bin Sa’ad dia berkata:
Ada seseorang yang mengadu kepada Rasulullah saw mengenai kefakiran dan kesulitan ekonominya. Kemudian Rasulullah berkata kepadanya “Jika kamu masuk rumah.. maka ucapkanlah salam jika ada seseorang di dalamnya. Jika tidak ada seseorang.. maka ucapkanlah salam padaku dan bacalah qul huwallahu ahad satu kali. Lantas ia mengerjakan (sebagaimana perintah Rasulullah saw). Tak lama Allah memberikan banyak rezeki kepadanya hingga melimpah kepada tetangganya.
Sebarkan (jadikan kebiasaan) salam.. (maka) kamu akan sejahtera. Riwayat al-Bukhari
Memberi salam bukan sekadar kelihatan cantik adabnya. Malah ia ada maksud tersirat di sebalik apa yang disuruh oleh agama islam.
Pernah tak dengar orang orang dulu cakap.. kalau kita keluar dari rumah ada benda benda mistik tak kirah lah syaitan atau jin ikut balik. ?
Zaman moden.. Zaman it ni ramai tak percaya kan. Takpa lah kongsi je penulisan ni kot ada yang nak belajar dan amal.
Kita digalakkan memberi salam semasa hendak masuk kedalam rumah sepertimana Firman Allah swt yang bermaksud:
”…Maka apabila kamu memasuki mana mana rumah.. berilah salam ke atas sesama kamu sebagai penghormatan yang disyariatkan oleh Allah.. yang diberkati (mengandungi keselamatan.. rahmat dan keberkatan) lagi baik…” (Surah an-Nur: 24 : 61)
Begitu juga hadis dari Nabi Muhammad saw yang menyebut secara khusus tentang anjuran dan kelebihan memberi salam sebelum memasuki rumah.
Antaranya:
“Tiga golongan yang kesemua mereka itu dijamin oleh Allah.. jika dia hidup diberi kecukupan dan jika dia mati masuk syurga iaitu:
Sesiapa yang masuk rumahnya dengan memberi salam.. maka dia dijamin oleh Allah ‘Azza wa Jalla
Sesiapa yang keluar pergi ke masjid.. maka dia dijamin oleh Allah
Dan sesiapa yang keluar untuk pergi berjihad di jalan Allah.. maka dia dijamin oleh Allah.” (Riwayat Al-Bukhari)
Sesiapa yang masuk rumahnya dengan memberi salam.. maka dia dijamin oleh Allah ‘Azza wa Jalla
Sesiapa yang keluar pergi ke masjid.. maka dia dijamin oleh Allah
Dan sesiapa yang keluar untuk pergi berjihad di jalan Allah.. maka dia dijamin oleh Allah.” (Riwayat Al-Bukhari)
Betapa molek dan comelnya Islam.. kita telah diberikan jaminan oleh Allah akan kecukupan dalam hidup dan syurga setelah mati.. dengan hanya mengikuti segala perintah Allah swt dan amalan yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad swt iaitu:
Memberi salam ketika masuk ke rumah.
Keluar menuju ke Masjid.
Berjihad di jalan Allah.
Keluar menuju ke Masjid.
Berjihad di jalan Allah.
Terdapat beberapa pendapat yang menyebut tentang bentuk atau cara memberi salam.
Adalah dengan cara memberi salam sepertimana biasa kita sebut iaitu:
Assalamualaikum atau ‘Assalamualaikum warahmatullah.
Assalamualaikum atau ‘Assalamualaikum warahmatullah.
Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik ra.. beliau berkata: Rasulullah saw bersabda:
“Wahai anakku.. Jika kamu memasuki (rumah) menemui ahli keluarga kamu.. berikanlah salam.. nescaya akan mendatangkan keberkatan ke atas kamu dan ke atas ahli keluarga kamu.” (Riwayat At-Tirmidzi)
Memberi salam itu juga boleh disifatkan sebagai mengingati Allah. Apabila kita merujuk kepada kelebihan menyebut nama Allah sebelum masuk rumah.. rumah tersebut akan terhindar daripada syaitan.
Betul ke syaitan akan masuk ke dalam rumah apabila kita memasuki sesebuah rumah itu tanpa memberikan salam?
Berdasarkan maksud hadis dari Jabir bin ’Abdillah ra.. Beliau pernah mendengar Nabi Muhammad saw bersabda :
“Apabila seseorang dari kamu masuk ke dalam rumahnya.. lalu menyebut nama Allah ketika memasukinya dan ketika hendak makan.. berkata syaitan: Tiada tempat bermalam dan tiada makan malam untuk kamu semua (para syaitan). Dan apabila seseorang masuk ke dalam rumahnya tidak menyebut nama Allah ketika memasukinya.. maka berkata syaitan: Kamu semua (para syaitan) telah mendapat tempat bermalam. Jika dia tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan.. berkata pula syaitan: Kamu semua telah mendapati tempat bermalan dan makan malam.” (Riwayat Muslim)
Dengan ucapan salam.. sesebuah rumah itu akan senantiasa dalam keberkatan daripada Allah taala.. diberi kecukupan dan terhindar daripada gangguan syaitan. Bila rumah mendapat berkat maka penghuninya.. insyaallah akan hidup dalam keadaan tenang dan tenteram.
Daripada Abu Malik al-Asyaari bahawa Rasulullah bersabda maksudnya:
“Apabila seorang hendak masuk ke dalam rumah.. hendaklah dia mengatakan: Ya Allah.. aku mohon kepada Engkau sebaik baik tempat masuk dan sebaik baik tempat keluar. Dengan nama Engkau kami masuk dan dengan nama Engkau kami keluar dan kepada Tuhan kami.. kami menyerahkan diri.. kemudian memberi salam kepada keluarga.” (Riwayat Abu Daud).
Jadi.. Mulai hari ini didik diri dan isi rumah kita termasuk anak walaupun masih kecil untuk memberi salam dan baca surah al iklas sebelum masuk rumah.
Bagaimana pula kalu tak ada orang dalam rumah tersebut.. Nak bagi salam macamana..
Ini jawaban dia:
Antaranya hadis yang diriwayatkan Ibn Umar ra bahawa Baginda saw bersabda:
Maksudnya: Sekiranya seseorang itu masuk ke dalam rumah yang tidak berpenghuni.. maka ucapkanlah: “Assalamu ‘alaina wa ‘ala ‘ibadillah al-solihin.. salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba hamba Allah yang soleh” Riwayat al-Bukhari
Kalau hiasan rumah nampak gah.. cantik molek.. meletop sekali pun.. tapi rumah tak harmoni secara rohaninya pun tak guna juga kannn.
Kita sebagai pemilik pun rasa tak selesa dan ada ja tak kena apatah lagi kalu orang lain pandang atau masuk rumah...
Mudah mudahan selain dari keberkahan dan selesa ianya juga merupakan asbab untuk 'kaya'
Wallahualam
Comments
Post a Comment