Skip to main content

Petua orang tua laman herba tbnsa sesat di dalam hutan

Petua orang tua laman herba tbnsa oleh
Abi Chai Al Ajami
Ilmu kesesatan
Berkenaan sesat dihutanlah
Nasihat ambo kalau nak masuk hutan. Pertama sekali jangan cakap besar.. jaga niat.. jaga mulut.. baca doa sebelum masuk.. . Ayat kursi tu baca ulang ulangkali.

Antara sebab orang dok sesat kat hutan tu antaranya:

Keadaan mental dan tubuh yang lemah akibat terlalu penat.. lapar dan sedih (ditinggal rakan atau dikutuk atau menjadi bahan gurau). Semua ini menyebabkan tekanan perasaan dan menyebabkan hilang tumpuan semasa berjalan ditrek hutan.
Tak mustahil ada campur tangan dari gangguan makluk halus. Mungkin kesan akibat dari perkara diatas. Senanglah makluk halus ini untuk menipu pandangan sebenar kita di trek dan memasongkan dari laluan asal... . apabila tersedar kita pun berada dilaluan yang entah mana mana.
Kencing berak merata juga antara sebab berlaku sesat dihutan. Sapa tau kencing atas rumah atau atas kepala anak jin hutan. Kemarahan mereka boleh menyesatkan perjalanan kita. Dialihnya pandangan kita ke laluan yang salah.
Antara sebab lain mungkin Guide.. jurupandu atau penganjur yang kurang bertanggungjawab. Seorang jurupandu atau penganjur sepatutnya tidak boleh meninggalkan peserta berjalan berseorangan terlalu jauh atau meninggalkan besendirian.. kerana tidak semua peserta berpengalaman.
Selain tu mungkin terlalu berseronok.. kerana nak sampai atau balik cepat.
Terlalu banyak ketua dan macam macam niat serta arahan juga antara punca jadinya sesat dihutan.
Selain tu peserta tidak ikut arahan jurupandu atau ketua juga menjadi antara sebab sesat dihutan.
Akhirnya masuk hutan berseorangan atau beramai tapi tak tahu selok belok hutan juga mengundang sesat dalam hutan.
Dah sesat tu sesatlah.. Nak buat macamana lagi.. Mungkin akan jadi pengalaman berharga dalam hidup dan mungkin jadi kenangan pada kawan kawan lain.. Sebabnya ada juga berlaku kes kematian apabila sesat dihutan. Jadinya berhati hatilah semua.
Antara langkah yang perlu diambil sekiranya anda yakin telah sesat dalam hutan:
Jangan berjalan.. Berenti dan tunggu bantuan datang.
Kalau merujuk kepada kes orang yang tersesat dalam pendakian kemudian ia teruskan berjalan dalam hutan akan lebih membahayakan diri dan menyukarkan aktiviti pencarian.
Tapi kalau nak berjalan juga.. carilah tempat terbuka yang dekat dengan sumber air.

Petua guna akar menjulur
Cari akar yang menjulur samaada rotan.. beluru atau sintuk.. apa sajalah akar yang pentingnya menjulur.. Bika dah jumpa tu cuba belah tengah akar.. siat jangan sampai putus. Kalau putus.. cari akar hat lain... Sesudah belah akar tersebut.. masuk langkah kedalam akar yang kita belah.. dan keluar kesebelah sana.

Petua azan
Azan dan berdoa supaya ditunjukkan jalan keluar.. Lalu tiup ketapak tangan.. usap kemuka dan seluruh anggota badan.
Petua akar dan azan adalah petua orang dulu dulu yang biasa masuk ke hutan mencari akar kayu... Dan ia berguna untuk keadaan jika tersesat akibat gangguan penunggu hutan.
Antara tanda kita sudah di sakat oleh penunggu hutan adalah kita akan menemui pohon.. tempat yang sama berkali kali.

Petua lain adalah kita berpatah balik kejalan yang mula masuk hutan.
Sekiranya telah sedar tersalah jalan dalam jangka masa 30 minit hingga 1 jam atau lebih.. cuba kembali ke trek asal yang lalui sebelumnya.

Ketuk banir pokok kayu
Apabila kita ketuk banir kayu insyaallah kedengarannya jauh dan mungkin akan membantu gerakan bantuan dari kawan kawan dan sebagainya.

Cari kawasan sesuai untuk rehat
Duduk bertenang dan kembalikan tenaga semula dengan makan dan minum. Minta pertolongan daripada Allah dan jangan panik. Selepas selesai rehat.. cuba kembali ke trek asal.

Cari kesan tapak kaki atau tanda yang ditinggalkan
Jika menjumpai kesan tapak kaki pada trek atau laluan.. tunggu sebentar disitu. Ini adalah kerana besar kemungkinan jurupandu atau guide akan mencari menggunakan laluan itu sekiranya ada peserta hilang.

Tunggu ditepi trek
Sekiranya masih tiada tanda tanda pencarian.. seeloknya tunggu dikawasan trek dan elakkan daripada tidur dikawasan itu kerana ia mungkin menjadi laluan haiwan pada waktu malam. Berjimatlah dengan bekalan makanan dan minuman yang ada.
Tinggalkan tanda pada laluan

Sekiranya ingin keluar sendiri dan berjalan mencari laluan.. tinggalkan kesan anak panah atau sebarang tanda bagi memudahkan pencarian.

Mencari makanan atau bekalan air
Banyak makanan yang boleh dimakan di dalam hutan.. cumanya ia mungkin beracun atau elok dimakan. Cara untuk mengtahui ia beracun atau tidak adalah dengan menggunakan kaedah hidu.. sapu dan kunyah.. sapu bawah lidah. Pucuk daun yang berbau busuk dan keras adalah tidak elok dimakan. Jika terasa panas.. gatal atau loya pada tekak juga adalah tidak digalakkan untuk makan.

Cari punca air atau sungai
Air menjadi bekalan untuk terus hidup dan bertahan. Selain air..alternatif lain adalah tumbuhan di hutan seperti pokok mempelas dan lundang. Pokok ini mempunyai akar yang berair dan boleh diminum. Sungai juga boleh menjadi petunjuk untuk mencari penempatan terdekat yang berada disitu... Menghilir ikut aliran air.

Buat pembakaran
Asap pembakaran juga sejenis isyarat untuk mudahkan pencarian. Apapun hati hati supaya hutan tidak terbakar.

Jangan panik
Bila panik dan kebetulan pula kehabisan air akan menyebabkan moral down. Dalam keadaan ini biasanya orang sesat tidak boleh berpikir dengan waras.. Ketakutannya itu akan menyebabkan dia akan masuk lagi jauh kedalam. Mungkin tak dapat bezakan laluan binatang atau sebagainya.. Selain itu juga orang panik mudah dikuasai makhluk halus..
Sekadar perkongsian sambil lalu.. Sebaiknya bertanya pada orang yang lebih ahli dalam pekara ini.

Comments

Popular posts from this blog

Ramalan Jodoh mengikut Kitab Tajul Muluk

Kitab Tajul Muluk adalah merupakan kitab lama. Dikatakan perkataan asal adalah taj-al-mulk. Setelah ia memasuki tanah melayu dari arab, maka sejak itu lah ia berubah menjadi tajul muluk. Sesetengah orang menolak apa yang terdapat di dalam ilmu tajul muluk kerana dikatakan boleh memesongkan akidah. Antara ilmu yang terkandung di dalam kitab ini adalah seperti ilmu berkaitan sifat wanita dan juga jodoh. Berikut adalah pengiraan berdasarkan ilmu tajul muluk mengenai ramalan jodoh. LANGKAH 1 Ke semua nama perlu dieja di dalam tulisan jawi. Memerlukan  nama sendiri, nama ibu sendiri, nama pasangan  dan nama ibu pasangan jumlahkan semua nilai huruf pada nama tersebut. kemudian, jumlah tersebut perlu di tambah 7 dan bahagi 9 Perlu teliti dalam pengejaan kerana dibimbangi keputusannya nanti tidak tepat. CONTOH nur + nurul + muhammad + ahmad احمد +  محمد  +  نورال  +  نور asingkan huruf dan tambah macam di bawah ni (50+6+200)+(50+6+200+1+30)+(40+8+40+4)+(1+8+40+4) jumlah huruf

Nabi Penjaga Air-Bumi-Hutan & tanaman

  Nabi Penjaga Air-Bumi-Hutan & tanaman PENJAGA AIR / BANYU: Nabi khaidir. a.s. Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Khaidir Alaihissalam, ulun minta halal minta ridho wan pian minta banyu gasan mandi,mandi wajib,minum,dll PENJAGA TANAH / BUMI Nabi adam. a.s. Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Adam Abul Basyar Alaihissalam, ulun minta halal minta ridho umpat bejajak / bejalan di atas / di belakang tanah / bumi atau handak betanam pohon dll PENJAGA HUTAN / PAPOHONAN Nabi ilyas. a.s Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Ilyas Alaihissalam, ulun minta halal minta ridho minta kayu atau menatak kayu dll PENJAGA RUMPUT / TANAMAN Nabi idris. a.s Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Idris Alaihissalam, ulun minta ridho minta halal umpat bejalan / bejajak di atas rumput dll

Ilmu Ina Anaa Amanna

Assalamu'alaikum Wr. Wb. -----------------------------------------------------------------------   Mau ngasih TESTIMONI tentang amalan dibawah ini: yang dibabarkan oleh Guru Bambang Satriani. ----------------------------------------------------------------------- langsung tajrib lagi, kalau disini semula jadi namanya INNA ANNA AAMANA Dibaca 11 kali tahan nafas, lidah lipat keatas tahan nafas diperut pegang dada kiri oleh tangan kanan, setelah beres membaca niatkan dalam hati ditujukan untuk apa fadilah -menundukan hati seseorang -tidak bayar ongkos kendaraan umum -meredam orang yang lagi emosi -menundukan atasan,bos -menangkan arisan -penarik pembeli