Skip to main content

Petua Masuk Hutan oleh Abi Chai Al Ajami

Petua orang kampung: 
Abi Chai Al Ajami
Kita ni namanya orang kampung. Biasalah orang kampung ni nak buat sesuatu pasti tak lekang dari petua dan pedoman sebagai ikhtiar.
Nak masuk tempat tempat macam tu mesti ada adab dan pantang larangnya. Jangan main terjah je. Islam pun ajar berdoa dalam buat apa apa pun.
Yang paling kena ingat ialah jangan cakap besar.. takabur.. merapu meraban.. semua nak tegur macam sang gelembir... pendek kata jangan selamber rock macam masuk rumah sendiri. Kena ambik peduli juga kita masuk dalam hutan tu ada macam macam makhluk. Cuba belajar jangan ganggu orang lain kalau kita taknak diganggu.
Sebelum masuk hutan tu bacalah sikit doa.. semoga Allah pelihara kita dari sebarang kejadian yang tak diingini.
* Dimulakan dengan surah Al fatihah.
* 3 Qul
* Ayat 1-3 surah al An'am
* Ayat Qursi
* Ayat 21 hingga akhir surah al Hasyr
أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
A'udzubikalimatillaahi tammati mim syarrima khalaq
Aku berlindung dengan kalimat kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan apa yang diciptakanNya.
بِسْمِ اللهِ الذِّي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ
Bismillahil lazi la yadhurru ma'asmihi syai'un fil ardhi wala fis sama'ie wa huas sami'un alim
Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan NamaNya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
سَلاَمٌ عَلىَ نُوْحٍ فِي العَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
Salamun a'la nuhin fil alamina innaka hamidun majid
Kesejahteraan keatas nabi Nuh diseluruh alam
Innal lazi farada alaikal qurana laraaduka ila ma'ad
Sesungguhnya yang mewajibkan atasmu (melaksanakan hukum hukum) Al Quran benar benar akan mengembalikan kamu ke tempat kembali. Katakanlah: “Tuhanku mengetahui orang yang membawa petunjuk dan orang yang dalam kesesatan yang nyata". [QS. Al Qashash 28:85]
[ayat ayat ini juga boleh dibaca walau bukan untuk masuk hutan.. Asalkan keluar rumah je boleh baca]
Lepas tu ini pula pantang larang dihutan:
* Bersiul di dalam hutan
Dilarang sama sekali kerana ini akan menarik perhatian berbagai jenis binatang buas. Apabila kehadiran orang yang memasuki hutan itu diketahui oleh binatang buas.. dirinya berada dalam keadaan bahaya. Bersiul adalah perbuatan yang ditegah.. sebab dikatakan sewaktu Iblis turun kebumi dia bersiul siul sambil meletup letupkan jari sendi lalu mencari anak anak Adam untuk disesatkan. Maka kesimpulannya bersiul tu amalan Iblis
* Jangan banyak niat
Elakan bermacam macam niat dan arah. Kalau nak cari rotan.. iya cari rotan je. Kalau nak kehulu jangan kehilir. Dan jangan banyak cadangan cadangan dari mula masuk hutan.
* Melaung Semasa di Hutan
Perbuatan melaung di hutan juga ditegah. Melaung atau bercakap dengan kuat dipercayai akan menarik perhatian berbagai bagai jenis jembalang serta binatang buas yang ada di dalam hutan.
* Pantang yang lain ialah:
Mentera dan jampi Serapah Yang Seru Menyeru Makhluk Hutan
Pekara ni soheh menjurus kepada kesalahan amal. Amalan ni takyah lah buat...
Penggunaan Telur Dan Kemenyan.
Orang dulu biasanya berjamu dulu pada makhluk hutan kalau nak masuk hutan. Bertujuan nak bodek la tu. Biasanya perjamuan ni dikaitkan dengan bersahabat atau minta tolong jin.
Tangkal
Penggunaan tangkal sering dilakukan bagi menjaga diri. Adat masyarakat dulu dulu mengguna tangkal sebagai pelindung selain dari Yang Maha Melindungi.
Bahaya penggunaan tangkal:
Tangkal dari unsur haiwan
Bagi tangkal yang diperbuat dari unsur haiwan mengundang bahaya dari haiwan lain juga. Misalnya tangkal dari kuku bapa rimau. Bau rimau tersebut dikatakan digeruni oleh rimau rimau lain namun mungkin ada bapa rimau lain yang cuba mendekati bau ni sebagai pencabar kekuatan.
Tangkal dari unsur jin
Jin akan menjaga tuannya namun jin sesama jin adakalanya akan berlawan dan akibatnya jatuh pada manusia. Tak mustahil jin sama jin tu satu geng atau satu parti politik juga. Mana tau nanti jin sama jin akan menyerang manusia itu pula.
Seru haiwan
Elakkan dari menyeru nama nama haiwan dengan perasaan riya' atau mempersenda senda haiwan tersebut. Ingat Ujian Allah.
Seru Jin
Elakkan dari seru nama nama jin.. jembalang.. qarin atau seumpamanya.
Laung Nama sahabat
Seeloknya elakkan dari laung nama sahabat yang sama masuk hutan.. sebab ada jin jin hantu syaitan yang suka mengajuk dan akan menyeru nama tersebut. Ini boleh mengelirukan kita.
Adab membuang air:
Kenal pasti lokasi bukan rumah atau tempat jin atau setan bertenggek. Jin suka tinggal di semak samun.. lubang lubang pokok dan tanah.. pokok yang besar.. gua gua.
Jangan langsung kata perkara negatif seperti:
Aku lapar la
Jauh lagi ker
Nanti kita sesat ni
Penatnya
dan macam macam lagi. Ini akan mengganggu mental kita dan menyebabkan kita akan terasa seperti apa yang kita sebut.
Jangan kencing dan meludah merata tempat. Antara tempat yang tak boleh kencing adalah seperti lopak air.. dalam lubang.. dibanir kayu.. mengadap kiblat.. pertengahan jalan hutan dan kawasan bersih yang terdapat dalam hutan.
Jangan menyuluh lampu ke muka demi mengejutkan kawan. Sama juga seperti meniru mimik muka pelik untuk menakutkan kawan. Makhluk yang berada dalam hutan akan marah kerana seperti kita dok perli rupa meraka pula.
Jangan menyebut nama nama binatang buas dan beracun dalam hutan. Molek gunakan kod seperti maybank (harimau).. tali pinggang (ular).. keretapi (lipan).. kereta kebal (kala jengking) dan lain lain lagi. Dikhuatiri muncul jika menyebut nama mereka.
Jangan ambil benda pelik dalam hutan seperti bunga cantik.. batu kilau.. pokok pelik dan lain lain lagi. Ini mungkin benda makhluk yang ada dalam hutan. Nanti mereka marah kerana kita dikira mencuri barang mereka. Jika nak ambil juga perlu lah baca ayat Tammah... Tunggu beberapa minit.. jika tiada apa apa tandanya. Barulah ambil.
Jangan lalu pada akar yang berbentuk buaian. Itu mungkin tempat mainan makhluk lain. Hormati dan lalu ke tepi saja.
Kalau nampak benda yang pelik seperti ada satu kawasan yang bersih dalam hutan.. elakkan lalu ataupun mengotorkan tempat tersebut. Dikhuatiri akan mengacau tempat makhluk tersebut.
Dan yang paling penting sekali jangan bermulut celupar dalam hutan. Beradab lah sikit walaupun bukan pada manusia.
Itu je dulu sikit petua petua orang kampung. Perkataan jin ditulisan kat atas tu merujuk pada jin kapir dan jahat.. bukan semua jin. Kerana ada juga jin yang mukmin dan lebih baik dari kita.
Tulisan ni sekadar perkongsian maklumat dan bukan sebagai pintu buat orang konflik atau bidaah atau mengajak pada perdebatan fakta.
Wallahualam

Comments

Popular posts from this blog

Ramalan Jodoh mengikut Kitab Tajul Muluk

Kitab Tajul Muluk adalah merupakan kitab lama. Dikatakan perkataan asal adalah taj-al-mulk. Setelah ia memasuki tanah melayu dari arab, maka sejak itu lah ia berubah menjadi tajul muluk. Sesetengah orang menolak apa yang terdapat di dalam ilmu tajul muluk kerana dikatakan boleh memesongkan akidah. Antara ilmu yang terkandung di dalam kitab ini adalah seperti ilmu berkaitan sifat wanita dan juga jodoh. Berikut adalah pengiraan berdasarkan ilmu tajul muluk mengenai ramalan jodoh. LANGKAH 1 Ke semua nama perlu dieja di dalam tulisan jawi. Memerlukan  nama sendiri, nama ibu sendiri, nama pasangan  dan nama ibu pasangan jumlahkan semua nilai huruf pada nama tersebut. kemudian, jumlah tersebut perlu di tambah 7 dan bahagi 9 Perlu teliti dalam pengejaan kerana dibimbangi keputusannya nanti tidak tepat. CONTOH nur + nurul + muhammad + ahmad احمد +  محمد  +  نورال  +  نور asingkan huruf dan tambah macam di bawah ni (50+6+200)+(50+6+200+1+30)+(40+8+40+4)+(1+8+40+4) jumlah huruf

Nabi Penjaga Air-Bumi-Hutan & tanaman

  Nabi Penjaga Air-Bumi-Hutan & tanaman PENJAGA AIR / BANYU: Nabi khaidir. a.s. Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Khaidir Alaihissalam, ulun minta halal minta ridho wan pian minta banyu gasan mandi,mandi wajib,minum,dll PENJAGA TANAH / BUMI Nabi adam. a.s. Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Adam Abul Basyar Alaihissalam, ulun minta halal minta ridho umpat bejajak / bejalan di atas / di belakang tanah / bumi atau handak betanam pohon dll PENJAGA HUTAN / PAPOHONAN Nabi ilyas. a.s Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Ilyas Alaihissalam, ulun minta halal minta ridho minta kayu atau menatak kayu dll PENJAGA RUMPUT / TANAMAN Nabi idris. a.s Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Idris Alaihissalam, ulun minta ridho minta halal umpat bejalan / bejajak di atas rumput dll

Ilmu Ina Anaa Amanna

Assalamu'alaikum Wr. Wb. -----------------------------------------------------------------------   Mau ngasih TESTIMONI tentang amalan dibawah ini: yang dibabarkan oleh Guru Bambang Satriani. ----------------------------------------------------------------------- langsung tajrib lagi, kalau disini semula jadi namanya INNA ANNA AAMANA Dibaca 11 kali tahan nafas, lidah lipat keatas tahan nafas diperut pegang dada kiri oleh tangan kanan, setelah beres membaca niatkan dalam hati ditujukan untuk apa fadilah -menundukan hati seseorang -tidak bayar ongkos kendaraan umum -meredam orang yang lagi emosi -menundukan atasan,bos -menangkan arisan -penarik pembeli