Petua orang tua laman herba tbnsa oleh
Abi Chai Al Ajami
Pernah mandi sintok limau tak.. Biasanya mandi khatam bersilat.. Mandi lepas pantang bersalin.. Mandi mengubat dari gangguan makhluk halus..
Bahan yang biasa digunakan akar sintok dan limau purut atau limau nipis. Kadang kala tambahan bunga bunga wangi dan daun daun tertentu.
Jarang orang zaman lani kenal akar sintok.. Dema lebih kenal sabun da losyen..
Pokok akar sintok adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan. Ia juga dikenali sebagai Akar Belu... Akar Kapang.. Sintok.. Akar Belerang. Nama sainsnya pula orang dok sebut Entada phaseoloides
Akar sintok juga digunakan sebagai salah satu bahan untuk membuat pilis yang dicampur dengan beberapa ramuan.. yang digunakan sebagai tampalan pada dahi ibu selepas melahirkan untuk mengelakkan pening kepala dan angin meroyan.
Akar sintok juga digunakan sebagai penyegar yang boleh mengembalikan kecergasan tubuh badan.. . ia banyak digunakan oleh dukun dan pengamal perubatan alternatif sebagai bahan campuran mandian untuk memulihkan semangat dan mengembalikan kecergasan terutamanya selepas lama terlantar Sakit.
Orang dulu dulu mengamalkan sebagai ramuan mandian.. menggunakan kulit akar sintok selepas suci dari haid untuk mengembalikan kecergasan di samping mengharumkan tubuh badan.
Kayu sintok pula mampu untuk merawat penyakit sifilis dengan cara meminum air rebusan akarnya.
Akar sintok juga boleh digunakan untuk merawat gigitan haiwan dan serangga berbisa.
Akar sintok juga dapat meredakan sedu dan juga untuk merawat berak berdarah
Akar sintok ini sesuai dijadikan sebagai mandian untuk mereka yang menghadapi sakit kulit... jangan pula anda gunakan di tempat kulit yang luka.
Akar sintok ini telah diguna lama dulu sebagai mandian dan sabun oleh nenek moyang kita sebelum kehadiran sabun malah ada sesetengah masyarakat yang masih menggunakan ia sebagai sabun badan.
Akar sintok terkenal sebagai syampu rambut. Ia menghilangkan kelemumur dan menjadikan rambut hitam berkilat.
Beringat ingatlah ketika menggunakan akar sintok sebagai syampu pastikan ia jangan terkena bahagian mata.. kerana ia boleh memedihkan mata.
Semoleknya perlu merendam akar sintok dan meramas akar tersebut sehingga keluar buih sebelum menggunakan ia.
Bagi sesetengah tempat dipendalaman akar sintok turut digunakan dalam mandian jenazah selain daun bidara.
Hampas akar sintok yang telah digunakan boleh diulang pakai berkali-kali sebagai ganti berus kaki dan kuku
Selain itu akar sintok juga digunakan dalam perubatan untuk penyakit kulit termasuk penyakit ' ludah jin '.
Akar sintok juga amat sesuai untuk merawat kegatalan kulit kepala dan kelemumur.
Sekadar maklumat
Wallahualam
Comments
Post a Comment