Skip to main content

Posts

SECEBIS KISAH DI TAHUN 2020

          Assalamualaikum wbt....buat yang membaca kisah ini, semoga semuanya dalam rahmat Allah, 2020 ini langsung tak mengambarkan suatu kenangan yang mengembirakan, tak ada rasa langsung sebenarnya aku nak mencoretkan kenangan, rasanya macam nak d padam dari dairi kehidupan, tapi apakan daya semua ini dah tertulis di luh mahfuz dan terpaksalah dilalui,         Seperti semua orang tahu dari dulu lagi tahun 2020 ni memang menjadi impian kononnya negara kita ni akan berubah menjadi sebuah negara yang maju sangat sampai tak tercapai dek akal, dengan kereta terbang lah roket terbang d angkasalah, bangunan pencakar langit yang moden dan maju, kereta tebang namun semua itu hanya sebuah gambaran sahaja.        Bermula bulan Mac berapa hari bulan aku tak ingat, PKPB pun bermula makan bermula juga lah kehidupan ku kerja mengikut jadual selama 3 bulan hinggakan beraya pun d KL buat pertama kalinya, masa ni kami sekeluarga ambil ab...

Amalan Abah Guru Sekumpul Makan Minum Menjadi Ubat

  Petua orang tua dilewat malam.. Ketika makan minum tu niatkan supaya apa yang dimakan dan minum jadi ubat dan asbab kesihatan dan supaya mudah serta rajin beramal ibadah.. Suatu bacaan dari Abah Guru Sekumpul ketika akan makan dan minum: Bismillahi Rahmani Rahim.. Nawaitu Syifa' i bi barkatin Musthafa shallallahu alaihi wa sallam.

Kisah Tauladan dari halaman Abi Chai Al Ajami

Di petik dari facebook   Abi Chai Al Ajami Kisah yang selalu ambo ulang ulang cerita pada budak budak tua.. Jadi sambil bergobek sireh pinang.. isap rokok daun dan pekena pulak kopi o pekat dengan ubi ka yu rebus cicah nyiur kukur.. Dok bersila panggung atas paking berlapik tikar mengkuang. Maghi wakchai nak berkisah satu kisah yang pernah dikisahkan oleh seorang pengisah dari zaman dulu dulu bukan zaman lani. Nama kisahnya Awang Sebelah. Kisah ni kalu didengar dengan ilmu akan jadi amal.. kalu didengar dengan akal jadi lah tak sampai akal nak pikir dan kalu dengar dengan nafsu jadilah perasaan. Saja la sebut dengar padahal ayat sebenar nya [baca]. Ada pun telah berlaku zaman dulu kala tatkala zaman masih dipanggil zaman dhom maqhdum zaman puntung berasap.. masa tu belum lah ada lagi lrt.. uber.. supermarket.. hand phone.. belum ada lagi geng wasap dan fb belum juga ada parti politik. Dan jauh sekali pemerintah zaman tu melaksanakan cukai dan gst atau sst untuk rakyat jelata. Bahka...

Petua orang tua laman herba tbnsa Mandian Sintok

Petua orang tua laman herba tbnsa oleh  Abi Chai Al Ajami Pernah mandi sintok limau tak.. Biasanya mandi khatam bersilat.. Mandi lepas pantang bersalin.. Mandi mengubat dari gangguan makhluk halus.. Bahan yang biasa digunakan akar sintok dan limau purut atau limau nipis. Kadang kala tambahan bunga bunga wangi dan daun daun tertentu. Jarang orang zaman lani kenal akar sintok.. Dema lebih kenal sabun da losyen.. Pokok akar sintok adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan. Ia juga dikenali sebagai Akar Belu... Akar Kapang.. Sintok.. Akar Belerang. Nama sainsnya pula orang dok sebut Entada phaseoloides Akar sintok juga digunakan sebagai salah satu bahan untuk membuat pilis yang dicampur dengan beberapa ramuan.. yang digunakan sebagai tampalan pada dahi ibu selepas melahirkan untuk mengelakkan pening kepala dan angin meroyan. Akar sintok juga digunakan sebagai penyegar yang boleh mengembalikan kecergasan tubuh badan.. . ia banyak digunakan oleh dukun dan pengamal ...

Petua orang tua laman herba tbnsa sesat di dalam hutan

Petua orang tua laman herba tbnsa oleh Abi Chai Al Ajami Ilmu kesesatan Berkenaan sesat dihutanlah Nasihat ambo kalau nak masuk hutan. Pertama sekali jangan cakap besar.. jaga niat.. jaga mulut.. baca doa sebelum masuk.. . Ayat kursi tu baca ulang ulangkali. Antara sebab orang dok sesat kat hutan tu antaranya: Keadaan mental dan tubuh yang lemah akibat terlalu penat.. lapar dan sedih (ditinggal rakan atau dikutuk atau menjadi bahan gurau). Semua ini menyebabkan tekanan perasaan dan menyebabkan hilang tumpuan semasa berjalan ditrek hutan. Tak mustahil ada campur tangan dari gangguan makluk halus. Mungkin kesan akibat dari perkara diatas. Senanglah makluk halus ini untuk menipu pandangan sebenar kita di trek dan memasongkan dari laluan asal... . apabila tersedar kita pun berada dilaluan yang entah mana mana. Kencing berak merata juga antara sebab berlaku sesat dihutan. Sapa tau kencing atas rumah atau atas kepala anak jin hutan. Kemarahan mereka boleh menyesatkan per...

Petua Masuk Hutan oleh Abi Chai Al Ajami

Petua orang kampung:  Abi Chai Al Ajami Kita ni namanya orang kampung. Biasalah orang kampung ni nak buat sesuatu pasti tak lekang dari petua dan pedoman sebagai ikhtiar. Nak masuk tempat tempat macam tu mesti ada adab dan pantang larangnya. Jangan main terjah je. Islam pun ajar berdoa dalam buat apa apa pun. Yang paling kena ingat ialah jangan cakap besar.. takabur.. merapu meraban.. semua nak tegur macam sang gelembir... pendek kata jangan selamber rock macam masuk rumah sendiri. Kena ambik peduli juga kita masuk dalam hutan tu ada macam macam makhluk. Cuba belajar jangan ganggu orang lain kalau kita taknak diganggu. Sebelum masuk hutan tu bacalah sikit doa.. semoga Allah pelihara kita dari sebarang kejadian yang tak diingini. * Dimulakan dengan surah Al fatihah. * 3 Qul * Ayat 1-3 surah al An'am * Ayat Qursi * Ayat 21 hingga akhir surah al Hasyr أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ A'udzubikalimatillaahi tammati mim syarrima khalaq ...

Petua orang tua taman herba tbnsa Petua untuk 'kaya raya' Abi Chai Al Ajami

Petua orang tua taman herba tbnsa oleh  Abi Chai Al Ajami Petua untuk 'kaya raya' Sorang kawan peniaga wasap.. Wakchai nak tanya petua supaya murah rezeki.. Taknak hat baca panjang panjang.. Tak larat dah nak menghapal.. Yang mudah mudah ja.. Yang boleh senang amal.. Ada je.. Takda masaalah.. Sama kita kongsi. Bila mu amal sekurang kurang jadi juga amal jariah ambo.. Kalu ramai amal alhamdulillah banyak keberkatannya. Senang ja petua tu.. Tiap kali masuk rumah bagi salam dan baca tiga kali surah al iklas. Insyaallah tak sampai setahun ada lah perubahannya tu.. Ingat naaa kaya tu macam macam maksud dan ertinya.. Di antara keutamaan membaca surah al Iklas ini adalah dijauhkan dari kefakiran atau kemiskinan. Sebab muma berminat dalil... Hal ini dalil dari hadis riwayat Imam Thabrani dari Jarir bin Abdillah.. dia berkata bahwa Nabi saw bersabda.. Barangsiapa membaca qul huwallahu ahad (surah al iklas) ketika memasuki rumahnya.. maka kefakiran akan hilang dari pen...