Assalamualaikum wbt....buat yang membaca kisah ini, semoga semuanya dalam rahmat Allah, 2020 ini langsung tak mengambarkan suatu kenangan yang mengembirakan, tak ada rasa langsung sebenarnya aku nak mencoretkan kenangan, rasanya macam nak d padam dari dairi kehidupan, tapi apakan daya semua ini dah tertulis di luh mahfuz dan terpaksalah dilalui,
Seperti semua orang tahu dari dulu lagi tahun 2020 ni memang menjadi impian kononnya negara kita ni akan berubah menjadi sebuah negara yang maju sangat sampai tak tercapai dek akal, dengan kereta terbang lah roket terbang d angkasalah, bangunan pencakar langit yang moden dan maju, kereta tebang namun semua itu hanya sebuah gambaran sahaja.
Bermula bulan Mac berapa hari bulan aku tak ingat, PKPB pun bermula makan bermula juga lah kehidupan ku kerja mengikut jadual selama 3 bulan hinggakan beraya pun d KL buat pertama kalinya, masa ni kami sekeluarga ambil abah bawa beraya d KL masa tu bulan Mei, 2 hari beraya di KL abah dah jemu, sebelum balik Sungai Besar kami bawa abah jumpa dengan Acik Othman (adik arwah mak) masa tu dia duduk di Pusat Penjagaan Orang tua Al Ikhlas Puchong
Bulan 16 Jun 2020 inilah bermula episode yang menyedihkan dalam kehidupan keluarga kami, bila abah yang seminggu sebelum ni mengadu sakit dimuka sesekali sakit dada, apakan daya Allah lebih menyayangi abah, dari 15 Jun abah dah mengadu sakit, petang Jumaat tu dalam hujan aku bermotor balik ke sungai besar sehelai sepinggang bila dapat call dari Wak dol kata abah nk berurut, kami adik beradik memang dah sepakat nak balik berkumpul dikampung pada hari Sabtu tu.
Sampai d rumah pukul 7 lebih abah terbaring je, dia cakap nk minta urutkan badan, jadi lepas magrib aku urutkan badannya, lepas tu dia tidur, esok paginya dia bangun duduk di depan rumah dekat buaian sambil sarapan makan bubur
masa sarapan ni dalam pukul 9.30 pagi, masa ni jiran-jiran pun ada singgah lepak, dalam pada tu dalam pukul 12.00 abah mula sakit dada, mas tu along, kak natrah, kak liza ada disisi abah
masa ni kami baringkan abah atas katil sambil mengingatkan supaya selawat dan zikir, bila hampir masuk waktu Zohor, kami bisik pada abah untuk solat Zohor, dia masa ni hanya boleh menganguk je, kami pun salinkan pakaian dia dengan kain dan baju yang bersih, jadi kami wudukkan dia dan dia mula solat Zohor, selesai solat Zohor lebih kurang pukul 1.30 petang abah menhembuskan nafas akhirnya...maka bermulalah kami adik beradik mengurus jenazah arwah abah bersama-sama orang kampung
Alhamdulillah sebelum waktu Asar urusan kebumi arwah abahku selesai, malam tu kami buat kenduri tahlil, dan tak putus-putus sahabat -sahabat dan keluarga datang ziarah, hinggakan jemaah dari Makkah pun buat tahlil di sana, Allah huu...terharu sungguh. Bermulalah kehidupan kami 7 beradik sebagai yatim piatu.
Namun satu episode baru terjadi lagi bila 16 September abang sulung kami atau mesra kami panggil Wak Dol jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital Sungai Buloh selama 21 hari, jadi bila dah keluar dari hospital tu kami pakat adik beradik supaya dia duduk d Kuala Selangor sebab risau kalau dia duduk sorang di Sungai Besar, kami sempat bawa wak balik kampung terus sampai ke rumah kak Natrah
\
Pada 10 Disember kami bawa Wak Dol ke Hospital Sungai Buloh, dan sepatutnya pada 8 Disember sekali lagi untuk ambil keputusan darah, tapi sehari sebelum tu Wak Dol dimasukkan ke Hospital Tanjung Karang, hinggalah ke tanggal 16 Disember 2020 pukul 3.10 pagi aku angkat panggilan dari kak azizah, insan terakhir bertemu dengan wak sehari sebelum tu, masa tu doktor call panggil kak Azizah beritahu bawa yang keadaan wak memang sangat lemah paru-paru dah habis, ada pulak dikesan kanser tulang dah merebak ke bahu, sebelum tu ada 2 kali serangan jantung, dan doktor tak boleh buat apa lagi, itu lah detik pengakhiran kehidupan abang ku dan kami redha akan pemergiannya walau pun ianya sangat menyedihkan bagi ku dan keluarga ku.
Rasanya sampai sini dululah apa yang nk aku coretkan, rasa mendung dalam hati ini bila mengenang balik detik-detik menyedihkan ini...nanti ada masa aku sambung lagi banyak sebenarnya yang nak aku luahkan tapi aku ni diajar supaya menerima segalanya dan memulangkan segalaNya kepads yang maha kuasa sebab semua ini dah d tentukan.
Comments
Post a Comment