Skip to main content

Posts

Secebis Coretan 2022

Dah nak hujung tahun baru teringat nk tulis sesuatu di sini...       Kita hanya d beri nikmat mendengar akan nikmatnya rezeki org lain..dan kau nikmatilah seadanya tanpa ada rasa iri hati..dan selalu lah bersyukur akan nikmat yang kau terima seadanya... kerana d sisi lain ada org lebih teruk lagi jalan ceritanya dari apa yg hadapi..anggap apa yg kau hadapi ini adalah sebuah ujian dan ambil iktibar akan suatu ketika nanti kau akan lebih bersedia utk menghadapinya.. dan igtlah ianya bukan lah kehendak mu tapi telah d tetapkan dlam qada dan qadar hidupmu akan Dia yang maha kuasa atas tiap2 makhluk Nya... Dan itu takdir Mu “ Ya hayyu ya qoyyum bi rahmatika astaghiits, wa ash-lihlii sya’nii kullahu wa laa takilnii ilaa nafsii thorfata ‘ainin abadan" . [artinya: Wahai Rabb Yang Maha Hidup dan Maha Berdiri Sendiri, dengan rahmat-Mu aku minta pertolongan, perbaikilah segala urusanku dan jangan Engkau serahkan kepadaku sekali pun sekejap mata tanpa mendapat pertolongan dari-Mu sel...

DEWA BERBUDU

  Samb....Bab 3 MENARA DEWA BERBUDU Duduk termenung di bawah rimbunan daun sireh yang melingkari tepian tembok puaka sambil berasap tembolokannya kerana rokok berperisa salju. Sementara melirik melihatkan Dayang Sari Bertih nya pulang dari dagangan. Di hati kecilnya, mana mungkin ada pria lain sepertinya dapat memiliki Dayang Sari Bertih. Ini kerana sadar hanya dirinya seorang yang mampu menahan ginjakan tumit kilat sakti Dayang Sari Bertih. Ketika asyik memulas leher ke kira dan kanan kerana letih dengan pekerjaan di pagi hari...tiba tiba Dayang Sari Bertih berisyarat mahukan Dewa Berbudu mengikutinya masuk ke dalam ruangan pencak. Arghhh apa lagi fikir nya...tapi hanya di turutkan. Paling paling dia mahu minta dibukakan gelang berlian bertatah intan di leher nya tu sebab mahu bersiram dengan minyak wangian leluhur ...dibenak fikiran. Keesokan pagi setelah hampir 15 tahun menyimpan Batu Jed Sakti pemberian Nakhoda Sepuloh, maka dikeluarkannya dari dalam Peti Bayangan Sakti yang ta...

Sangkala Jam

  Sambungan Bab 2 DAGANG SANGKA KALA JAM Indah bertakhta merata rata Lesap kabus di siang hari Budi baik bak di kata Moh cari dia di Pasar Pagi Secantik apa pun tunggul...ia hanya tunggul. Tapi jika seburuk buruk jasa jam tidak pernah engkar samada mendahului atau berpergian dahulu. Begitulah dagang Sangka Kala Jam berkelamun di bucu tiang. Memikirkan untuk menghabiskan hari demi hari yang mesti di lalui kerana dikepung oleh musuh yang lebih dasyat dari serangan segerombolan Alien. Cissss bukan aku tak berani menentang mu...tapi kau tidak melihatkan kelibat mu. Syahdu melirik disudut hati berasa, hukum pencipta telah mentakdirkan kau menjadi musuh sekalian alam...apa daya aku. Tapi jika kau terzahir pasti, tidak ubah seperti tombol punat jam aku pusing berbalik balik untuk diajari. Keluh Sangka Kala Jam. Puas ditenggek Puteri Cucunda penghias gundah. Tajam mata memandang, lesu sudah aku ni.... Biarlah ku teruskan acara harian melepas peluh di tepian tasik, manalah tahu boleh berse...

Hikayat Hang Sepuluh

Bila mendapat khabar usaha kami untuk berkongsi kepayahan pasukan frontliner di sia-siakan, ada juga terasa detik dihati dengan persoalan mengapa ini terjadi? Memiliki sifat manusia biasa sememangnya terasa sangat kekesalannya. Tapi tidak mahu melayang menerjah sama ke magis durja telah lama didewasakan, lalu mencari perhitungan yang sewajarnya. Tenang dan sentiasa meratibkan kehidupan yang selamat lagi berakah ... Pesan Tuan Nakhoda Sepuloh (jangan lakukan kebaikan untuk mencipta nama, hanya Lillahitaala) maka jawapan dihidangkan tidak ubah seperti meratah makanan ruji. Peteri Dugong Syerry yang memainkan tarian di darat pasti tidak dapat berlenggok di atas lantai yang bersemalu. Hai Peteri Dugong Syerry, lambaian mu dari atas pentas itu hanyalah ibarat kabus taktala sinar matahari mencerah. Mana mungkin Hang Sepuloh 1. Sangka Kala Jam 2. Raja Merting 3. Dewa Berbudu 4. Sheikh Guaman 5. Pendekar Rela 6. Maulana Bujangan 7. Tok Jaya Dbanana 8. Pahlawan Crispy 9. Bentara Cucur 10. Nakho...

DZIKIR JALALLAH

  لَا اِلَهَ اِلَّا اللهْ اَلْمَوْجُودْ فِيْ كُلِّ زَمَانْ لَا اِلَهَ اِلَّا اللهْ اَلْمَعْبُودْ فِيْ كُلِّ مَكَانْ لَا اِلَهَ اِلَّا اللهْ اَلْمَذْكُورْ بِكُلِّ لِسَانْ لَا اِلَهَ اِلَّا اللهْ اَلْمَعْرُوفْ بِاْلاِحْسَانْ لَا اِلَهَ اِلَّا اللهْ كُلَّ يَوْمٍ هُوَ فِى شَأْن لَا اِلَهَ اِلَّا اللهْ اَلْأَمَانْ اَلْأَمَانْ مِنْ زَوَالِ الْاِيْمَانْ وَمِنْ فِتْنَةِ الشَّيْطَانْ، يَا قَدِيْمَ الْاِحْسَانْ كَمْ لَكَ عَلَيْنَا مِنْ إِحْسَانْ، اِحْسَانُكَ الْقَدِيمْ ,يَا حَنَّانْ يَا مَنَّانْ، يَا رَحِيمُ يَا رَحْمَانْ, يَا غَفُورُ يَا غَفَّارْ، اِغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَاَنْتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينْ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَاَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ. Laa ilaaha illalloh al maujud fii kullizzaman Laa ilaaha illalloh al ma'buud fii kulli makaan Laa ilaaha illalloh al madzkuur bi kulli lisaan Laa ilaaha illalloh al ma'ruuf bil ihsaan Laa ilaaha illalloh kulla yaumin huwa fii syaan Laa ilaaha illalloh al amaan al amaan min zawaalil iimaan Wa min fitnatisysyaiton Ya...

Nabi Penjaga Air-Bumi-Hutan & tanaman

  Nabi Penjaga Air-Bumi-Hutan & tanaman PENJAGA AIR / BANYU: Nabi khaidir. a.s. Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Khaidir Alaihissalam, ulun minta halal minta ridho wan pian minta banyu gasan mandi,mandi wajib,minum,dll PENJAGA TANAH / BUMI Nabi adam. a.s. Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Adam Abul Basyar Alaihissalam, ulun minta halal minta ridho umpat bejajak / bejalan di atas / di belakang tanah / bumi atau handak betanam pohon dll PENJAGA HUTAN / PAPOHONAN Nabi ilyas. a.s Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Ilyas Alaihissalam, ulun minta halal minta ridho minta kayu atau menatak kayu dll PENJAGA RUMPUT / TANAMAN Nabi idris. a.s Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Idris Alaihissalam, ulun minta ridho minta halal umpat bejalan / bejajak di atas rumput dll

SECEBIS KISAH DI TAHUN 2020

          Assalamualaikum wbt....buat yang membaca kisah ini, semoga semuanya dalam rahmat Allah, 2020 ini langsung tak mengambarkan suatu kenangan yang mengembirakan, tak ada rasa langsung sebenarnya aku nak mencoretkan kenangan, rasanya macam nak d padam dari dairi kehidupan, tapi apakan daya semua ini dah tertulis di luh mahfuz dan terpaksalah dilalui,         Seperti semua orang tahu dari dulu lagi tahun 2020 ni memang menjadi impian kononnya negara kita ni akan berubah menjadi sebuah negara yang maju sangat sampai tak tercapai dek akal, dengan kereta terbang lah roket terbang d angkasalah, bangunan pencakar langit yang moden dan maju, kereta tebang namun semua itu hanya sebuah gambaran sahaja.        Bermula bulan Mac berapa hari bulan aku tak ingat, PKPB pun bermula makan bermula juga lah kehidupan ku kerja mengikut jadual selama 3 bulan hinggakan beraya pun d KL buat pertama kalinya, masa ni kami sekeluarga ambil ab...

Amalan Abah Guru Sekumpul Makan Minum Menjadi Ubat

  Petua orang tua dilewat malam.. Ketika makan minum tu niatkan supaya apa yang dimakan dan minum jadi ubat dan asbab kesihatan dan supaya mudah serta rajin beramal ibadah.. Suatu bacaan dari Abah Guru Sekumpul ketika akan makan dan minum: Bismillahi Rahmani Rahim.. Nawaitu Syifa' i bi barkatin Musthafa shallallahu alaihi wa sallam.

Kisah Tauladan dari halaman Abi Chai Al Ajami

Di petik dari facebook   Abi Chai Al Ajami Kisah yang selalu ambo ulang ulang cerita pada budak budak tua.. Jadi sambil bergobek sireh pinang.. isap rokok daun dan pekena pulak kopi o pekat dengan ubi ka yu rebus cicah nyiur kukur.. Dok bersila panggung atas paking berlapik tikar mengkuang. Maghi wakchai nak berkisah satu kisah yang pernah dikisahkan oleh seorang pengisah dari zaman dulu dulu bukan zaman lani. Nama kisahnya Awang Sebelah. Kisah ni kalu didengar dengan ilmu akan jadi amal.. kalu didengar dengan akal jadi lah tak sampai akal nak pikir dan kalu dengar dengan nafsu jadilah perasaan. Saja la sebut dengar padahal ayat sebenar nya [baca]. Ada pun telah berlaku zaman dulu kala tatkala zaman masih dipanggil zaman dhom maqhdum zaman puntung berasap.. masa tu belum lah ada lagi lrt.. uber.. supermarket.. hand phone.. belum ada lagi geng wasap dan fb belum juga ada parti politik. Dan jauh sekali pemerintah zaman tu melaksanakan cukai dan gst atau sst untuk rakyat jelata. Bahka...

Petua orang tua laman herba tbnsa Mandian Sintok

Petua orang tua laman herba tbnsa oleh  Abi Chai Al Ajami Pernah mandi sintok limau tak.. Biasanya mandi khatam bersilat.. Mandi lepas pantang bersalin.. Mandi mengubat dari gangguan makhluk halus.. Bahan yang biasa digunakan akar sintok dan limau purut atau limau nipis. Kadang kala tambahan bunga bunga wangi dan daun daun tertentu. Jarang orang zaman lani kenal akar sintok.. Dema lebih kenal sabun da losyen.. Pokok akar sintok adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan. Ia juga dikenali sebagai Akar Belu... Akar Kapang.. Sintok.. Akar Belerang. Nama sainsnya pula orang dok sebut Entada phaseoloides Akar sintok juga digunakan sebagai salah satu bahan untuk membuat pilis yang dicampur dengan beberapa ramuan.. yang digunakan sebagai tampalan pada dahi ibu selepas melahirkan untuk mengelakkan pening kepala dan angin meroyan. Akar sintok juga digunakan sebagai penyegar yang boleh mengembalikan kecergasan tubuh badan.. . ia banyak digunakan oleh dukun dan pengamal ...

Petua orang tua laman herba tbnsa sesat di dalam hutan

Petua orang tua laman herba tbnsa oleh Abi Chai Al Ajami Ilmu kesesatan Berkenaan sesat dihutanlah Nasihat ambo kalau nak masuk hutan. Pertama sekali jangan cakap besar.. jaga niat.. jaga mulut.. baca doa sebelum masuk.. . Ayat kursi tu baca ulang ulangkali. Antara sebab orang dok sesat kat hutan tu antaranya: Keadaan mental dan tubuh yang lemah akibat terlalu penat.. lapar dan sedih (ditinggal rakan atau dikutuk atau menjadi bahan gurau). Semua ini menyebabkan tekanan perasaan dan menyebabkan hilang tumpuan semasa berjalan ditrek hutan. Tak mustahil ada campur tangan dari gangguan makluk halus. Mungkin kesan akibat dari perkara diatas. Senanglah makluk halus ini untuk menipu pandangan sebenar kita di trek dan memasongkan dari laluan asal... . apabila tersedar kita pun berada dilaluan yang entah mana mana. Kencing berak merata juga antara sebab berlaku sesat dihutan. Sapa tau kencing atas rumah atau atas kepala anak jin hutan. Kemarahan mereka boleh menyesatkan per...