Skip to main content

DEWA BERBUDU

 Samb....Bab 3

MENARA DEWA BERBUDU
Duduk termenung di bawah rimbunan daun sireh yang melingkari tepian tembok puaka sambil berasap tembolokannya kerana rokok berperisa salju. Sementara melirik melihatkan Dayang Sari Bertih nya pulang dari dagangan. Di hati kecilnya, mana mungkin ada pria lain sepertinya dapat memiliki Dayang Sari Bertih. Ini kerana sadar hanya dirinya seorang yang mampu menahan ginjakan tumit kilat sakti Dayang Sari Bertih.
Ketika asyik memulas leher ke kira dan kanan kerana letih dengan pekerjaan di pagi hari...tiba tiba Dayang Sari Bertih berisyarat mahukan Dewa Berbudu mengikutinya masuk ke dalam ruangan pencak. Arghhh apa lagi fikir nya...tapi hanya di turutkan. Paling paling dia mahu minta dibukakan gelang berlian bertatah intan di leher nya tu sebab mahu bersiram dengan minyak wangian leluhur ...dibenak fikiran.
Keesokan pagi setelah hampir 15 tahun menyimpan Batu Jed Sakti pemberian Nakhoda Sepuloh, maka dikeluarkannya dari dalam Peti Bayangan Sakti yang tak mampu di lihat oleh sesiapa. Maka diserunyalah Batu Jed Sakti supaya dapat mengantikan giginya yang telah lama meluruh habis. Manalah tahu nanti bila dah bergigi semula ada mana mana Sang Puteri mahu dijadikan Permaisuri.
Sayangnya Batu Jed Sakti tadi tidak mahu menunaikan permintaannya malah menghilang dari pandangan.
Tapi kesakitan Dewa Berbudu bukan calang kepalang. Kerana hanya Sheikh Guaman yang tahu kelemahannya. Pernah terjadi Dewa Berbudu dihempap menara tower telco, tapi sepantas kilat dia memacakkannya semula. Manakan tidak, habis sekalian binatang di hutan belantara dipakainya kekuatan binatang binatang tersebut kerana hajatnya...dan bagi binatang yang engkar disiraminya dengan budu cap Ketereh dan terlupalah binatang binatang itu samada mereka adalah jin atau binatang di hutan.
Begitulah kesakitan Dewa Berbudu yang mampu meminjam kekuatan sakalian binatang.
Sheikh Guaman pula dapat mengesan kelemahan Dewa Berbudu bila terlibat kejadian Dayang Sari Bertih menampar seorang bangla yang memasukkan kacang panjang ke dalam kantong shopping nya di Pasar Bebinian. Dayang Sari Bertih dengan nada keras menyatakan...apakah kamu sudah lupa Dewa Berbudu tidak boleh menyentuh kacang panjang.
Sheikh Guaman yang berada di situ sambil berselindung di balik pelangi mengukir senyum kerana puas beroleh rahsia itu.
Dewa Berbudu bukan sahaja ditakuti oleh sesiapa tapi bila dia turun ke air pun.... Siput, gondang, lintah malahan serangga pun turut menangis kerana degaran bicaranya yang berbaur budu.
Di suatu saat, Dewa Berbudu telah menghajati Raja Musang buat membaluti luka Dayang Sari Bertih. Haah...ini kesempatannya yang telah lama tidak menyakti. Tanpa berfikir lama Dewa Berbudu menghayunkan kipas lipasnya...maka terlihatlah jalur kenderaan dari Sungai Ruan yang membawa Raja Musang. Sebaik kenderaan yang membawa Raja Musang tiba ditempat yang telah pasangnya perangkap, Dewa Berbudu dengan bersahaja menyapa....turun turun turunnkannn
Tidak berlengah, terturunlah Raja Musang bergolekkan.
Huhu hasilan begini hanya sesekali boleh amalkan...maka terbanglah Dewa Berbudu menghantari Raja Musang ke rakan rakannya Hang Sepuloh.
Sebaik tiba di puncak istana di mana Dayang Sari Bertih telah lama menunggu... Keharuman Raja Musang membingkaskan Dayang Sari Bertih dari lenanya.
Makan Tom Yam berulam Raja Musang lah mereka berdua malam itu.
Kesedapan Dewa Berbudu menikmati Raja Musang terganggu bila melihat kaca ilmu pesanan menyampaikan terdapat gangguan pada projek sumbangan ikhlas Hang Sepuloh. Dia tak mampu menahan diri lagi kerana ilmunya telah memuncak di seru oleh sekalian binatang. Maka keluarlah Dewa Berbudu dari istananya untuk menyetai Hang Sepuloh membuat perbincangan. Haaaaaahhh lagi lagi Sheikh Guaman yang lambat hadir bentak Dewa Berbudu.
Bengisnya sambil melirik tak bergigi.
TBC
Ahu Halim Pakcu, Sarimah Ema and 1 other

Comments

Popular posts from this blog

Ramalan Jodoh mengikut Kitab Tajul Muluk

Kitab Tajul Muluk adalah merupakan kitab lama. Dikatakan perkataan asal adalah taj-al-mulk. Setelah ia memasuki tanah melayu dari arab, maka sejak itu lah ia berubah menjadi tajul muluk. Sesetengah orang menolak apa yang terdapat di dalam ilmu tajul muluk kerana dikatakan boleh memesongkan akidah. Antara ilmu yang terkandung di dalam kitab ini adalah seperti ilmu berkaitan sifat wanita dan juga jodoh. Berikut adalah pengiraan berdasarkan ilmu tajul muluk mengenai ramalan jodoh. LANGKAH 1 Ke semua nama perlu dieja di dalam tulisan jawi. Memerlukan  nama sendiri, nama ibu sendiri, nama pasangan  dan nama ibu pasangan jumlahkan semua nilai huruf pada nama tersebut. kemudian, jumlah tersebut perlu di tambah 7 dan bahagi 9 Perlu teliti dalam pengejaan kerana dibimbangi keputusannya nanti tidak tepat. CONTOH nur + nurul + muhammad + ahmad احمد +  محمد  +  نورال  +  نور asingkan huruf dan tambah macam di bawah ni (50+6+200)+(50+6+200+1+30)+(...

Nabi Penjaga Air-Bumi-Hutan & tanaman

  Nabi Penjaga Air-Bumi-Hutan & tanaman PENJAGA AIR / BANYU: Nabi khaidir. a.s. Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Khaidir Alaihissalam, ulun minta halal minta ridho wan pian minta banyu gasan mandi,mandi wajib,minum,dll PENJAGA TANAH / BUMI Nabi adam. a.s. Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Adam Abul Basyar Alaihissalam, ulun minta halal minta ridho umpat bejajak / bejalan di atas / di belakang tanah / bumi atau handak betanam pohon dll PENJAGA HUTAN / PAPOHONAN Nabi ilyas. a.s Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Ilyas Alaihissalam, ulun minta halal minta ridho minta kayu atau menatak kayu dll PENJAGA RUMPUT / TANAMAN Nabi idris. a.s Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Idris Alaihissalam, ulun minta ridho minta halal umpat bejalan / bejajak di atas rumput dll

SISI LAIN SEJARAH PATIH AMPAT LEGENDA PAHLAWAN BANJAR

SISI LAIN SEJARAH PATIH AMPAT LEGENDA PAHLAWAN BANJAR Zaman dahulu di tanah Banjar, terdapatlah kerajaan yang bernama Nagara Dipa. Kerajaan Dipa saat itu belum memiliki raja sebagai pemimpin. Hanya ada empat orang pemuka yang dikenal sebagai 'Patih Ampat' atau 'Mantri Ampat'. Mereka adalah orang-orang yang kuat sakti mandraguna. Kekuatan dan kesaktian mereka terkenal ke seluruh pelosok negeri. 1-Panimba Sagara Orang yang pertama adalah Panimba Sagara. Penampilannya sangat rapi. Warna pakaian kesukaannya adalah kuning. Senjatanya bernama Naga Runting. Panimba Sagara memiliki kesaktian sanggup menimba air lautan dengan kedua tangannya. Jika ingin mengeringkan air laut, ia bisa mengubah dirinya menjadi lebih besar daripada raksasa. Kalau ia berdiri di tengah lautan yang paling dalam, air laut hanya sampai pada tumitnya. Kalau ia berdiri di daratan, gunung yang tinggi hanya sebatas lututnya. kalau Pambimba Sagara berjalan selangkah saja, satu bukit b...