Sambungan Bab 2
DAGANG SANGKA KALA JAM
Indah bertakhta merata rata
Lesap kabus di siang hari
Budi baik bak di kata
Moh cari dia di Pasar Pagi
Secantik apa pun tunggul...ia hanya tunggul. Tapi jika seburuk buruk jasa jam tidak pernah engkar samada mendahului atau berpergian dahulu. Begitulah dagang Sangka Kala Jam berkelamun di bucu tiang. Memikirkan untuk menghabiskan hari demi hari yang mesti di lalui kerana dikepung oleh musuh yang lebih dasyat dari serangan segerombolan Alien. Cissss bukan aku tak berani menentang mu...tapi kau tidak melihatkan kelibat mu. Syahdu melirik disudut hati berasa, hukum pencipta telah mentakdirkan kau menjadi musuh sekalian alam...apa daya aku. Tapi jika kau terzahir pasti, tidak ubah seperti tombol punat jam aku pusing berbalik balik untuk diajari.
Keluh Sangka Kala Jam.
Puas ditenggek Puteri Cucunda penghias gundah. Tajam mata memandang, lesu sudah aku ni....
Biarlah ku teruskan acara harian melepas peluh di tepian tasik, manalah tahu boleh berselisih dengan Permaisuri Kidul yang pasti tidak dapat dipikat Raja Merting.
Dihati mengeluh, kalau Nakhoda Sepuluh mengencang berani...mengapa tidak aku.
Berpergian meninggalkan cucunda secara sembunyi sembunyi, terfikir juga mahu sesekali mencuba ilmu ghaib terus sampai ke tasik. Tapi biarlah, nanti terduga pula oleh naga naga lima....arhhhh tak kuasa aku mahu mengajari ilmu melipat masa pada mereka.
Tapak kaki Sangka Kala Jam sesekali dihentak bertajaman bak getaran halilintar hingga berdesir memecah hinggar binggar dedaun yang terusik dengan kehalusan seni Sangka Kala Jam.
Setelah berpenatan, Sangka Kala Jam mula menghela nafas tajam seolah ilham demi ilham menjelma difikirannya. Ayoh...Pahlawan Crispy tak boleh di biarkan sendirian membantu barisan frontliner. Kalau tak dibimbing mahu juga Pahlawan Crispy ni mencipta nama....owhhhh mana mahunya tugasan sebegitu tanpa aku dilangsaikan.
Gengam Sangka Kala jangan di sanggah...berputar bumi sebelah nanti dibuatnya.
Terputar putar Sangkala Kala Jam mula diacara...bersama semua Hang Sepuloh menyiapkan sajian buat frontliner. Tapi dihatinya puas...tahu dengan izin Sang Pencipta sahaja hajat berbakti dapat terlaksana. Tuhan tidak menaikkan darjat makhluknya tanpa selekoh ujian yang tajam. Sangka Kala Jam seolah tahu akan ada ujian bakal diterima tidak lama lagi.
Perkhabaran Puteri Dugong Syerry membuat onar benar benar telah tarjadi seperti dugaan Sangka Kala Jam. Terfikir ia kata kata. ..Nakhoda Sepuloh "jangan berbuat baik untuk mencipta nama"
Dengan bersahaja mengirim syirnya bertanya apa muslihat kejadian.
Ternyata bak di kitab "kejadian di dunia ini adalah lakonan dan senda gurau semata mata"
Ia hanya terjadi seperti aturan alam semesta sebagaimana ia telah tercatat sebelumnya terjadi sesuatu itu.
Sangka Kala Jam senyum sinis mengerti itu ini sana sini.
TBC
Comments
Post a Comment