Skip to main content

Posts

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017 Maaf Zahir & Batin

Entah kenapa bulan Ramadan ni malas sangat nk menulis minggu pertama tu rilek je tak banyak event pun, masuk minggu kedua dan ketiga memang penuh jadual event dari PC Ramadan dan terus ke Ole-Ole raya, memang takde mood langsung nak raya tahun ni sebab raya pertama tu kene kerjakan, jaga jamuan makan kakitangan yang tak beraya macam aku gak........nampaknya tk dapat la aku ziarah kubur arwah mak dan arwah nenek. Apa yang menyedihkan tak dapat merasai sua sana pagi raya di kampung aku, terlepas la baraan kampung, itu adalah waktu yang paling mengembirakan setiap tahun ziarah dari satu rumah ke satu rumah, namun aku terpaksa melupakan itu. walaupun hidup aku bujang tapi itu tak menjadi halangan untuk aku menikmati suasana gembira bersama keluarga dan sahabat-sahabat aku dikampung macam tahun lepas. Itu cerita tahun lepas, tahun ni beraya laa aku dekat opis ni.... so aku malas nak tulis panjang-panjang aku redha je, kalau orang tanya apa sumbangan aku pada Jabatan...

Silat Dalam Gelanggang Media Mecari Mengapa Tidak Sampainya Jurus Kita Dalam TV

        Sering kali aku membaca tentang keluhan rakan-rakan silat yang menyatakan bahawa stesen TV sekarang tidak lagi memberi peluang kepada drama atau filem yang berunsur seni bela diri silat muncul di kaca TV lagi sekarang ini, berbanding tahun 80an dan 90 dahalu, aku pun tak pasti kena situasi ini berlaku walau pun aku sendiri kerja distesen TV. Dahulu drama seperti Pendekar Kundur, Keri Hitam Bersepuh Emas, Slot Pendekar selalu saja menjadi tonton utama pada setiap malam dan pada masa itulah gelangang silat tumbuh bagai cendawan selepas hujan, namun ianya semakin malap dan selepas itu hilang begitu sahaja.         Namun jauh dari sudut pemerhatian aku yang tiada ilmu ini perubahan semasa generasi dan genre hiburan menjadi antara faktor kehilangan itu itu, sukar nk menyalahkan sesiapa dalam perkara ini, stesen TV memerlukan keuntungan dan sentiasa mencari sesuatu yang boleh menarik minat penonton, namun penonton tv hari ada lah generasi m...

Melepaskan Angin Silat Semarak Silat Pusaka Warisan

Asalamualaikum wbt.... Minggu ni akan bermulanya Ramadan, banyak sangat program yang nak dihabiskan dalam minggu ni, semua berjalan seperti yang telah diaturkan oleh yang Maha Kuasa, bermula dengan tugasan yang aku handle Rentak Juara Akhir, Konsert 7117 dan Program Semarak Silat Pusaka Warisan anjuran DSSM, PEWARIS dan Hamboran Rimou Puteh, seronok dapat bersama-sama rakan-rakan seperjuangan dalam dunia persilatan dapat berkenalan dengan sahabat baru lebih-lebih lagi yang berdarah Banjar ni. Sebenarnya aku ni dah lama tak bersilat seingat aku last aku bersilat dalam 8 tahun lepas kot, masa silat pengantin kenduri kawen si Lani, tapi aku tak pernah la tinggal permainan silat ni, jadi masa program ni dapat la aku main melepaskan angin silat ni walaupun badan dah tak fit macam dulu, langkah pun sumbang sikit, gerakan pun tk tersusun sangat, paling ketara langkah jalak lenteng aku tu tak teratur sangat, tapi aku masih bangga sebab masih boleh bermain solo, ditambah dengan g...

Qadim Hangus tulisan Anjang Mawi

Qadim Hangus (1) Kalau benar Nabi Allah Ibrahim membina Kaabah Kalau benar wali allah sampai di baitullah Sungguh Qadim takkan musibah Kerana dalam pelihara Allah. Akulah si Qadim Hangus Berkat doa laillahaillah Mohd Rasulullah.     Kisah Si Qadim tersebar luas di pelusuk mukim kerana terkena panahan petir. Dah ajal itu ketentuan, Qadim tidak mati dan hanya beberapa jam pengsan.     Semasa hujan lebat kilat sabung menyabung, satu detuman kuat panahan petir berbunyi. Qadim yang sedang duduk terbaring tumbamg. Tubuhnya sebahagian hangus, orang2 yang berada di warumg kopi itu berkerumun sambil mulut kumat kamit membaca sesuatu, khuatir juga terlibat kena panahan petir.      Tiba2 suara seseorang berkata, ada tetungkal di pokok kelapa. Tumpuan mata beralih dari Qadim kepada pokok kelapa berhampiran. Pokok kelapa hangus kekuningan layu ibarat terkena racun tempias panahan petir. Namun ajaibnya daun2 pokok kelapa tersebut tersimpul seperti ayaman...

RATIP SEMERAH PADI. tulisan Anjang Mawi

     Mana lar kawan sorang ni, selalunya hari Khamis dah start meroyan, tapi sampai sekarang petang Jumaat tak lagi muncul.. agaknya masih dalam fanaq bakaq tak habis2 atau pun ramai tetamu datang minta tolong doakan itu ini dan sebagainya. Oleh kerana demikian sibuknya ya amat hingga nak londeh seluar nak kencing pun tak sempat.            Kawan saya ni orangnya taklah alim sangat tapi alim lar jugak sebab kekadang dia pakai serban dan jubah kerana serban itu menunjukkan  kealiman seseorang kata masyarakat. Rasa geli geleman pun ada bila dia letak celak dan pakai serban sebab kita campur lama dengan dia, ibarat ABC dalam mangkuk. Kacang tersenyum melihat ais kerna kemudiannya cair menjadi air kena hirup tapi kacang tak perasan yang dia juga nanti kena kunyah.. hehe choiii            Wataknya amat baik, kelakar dan sentiasa nak senangkan hati kekawan tapi degilnya boleh tahan gak. Salah satu hobi bel...

Temu Bual Dengan Pegetua Yayasan Nursaifullah

          Asalamualaikum wbt........Lama betul aku tak menulis asyik share jee apa yang orang lain tulis tapi hari ni aku nak tulis pasal temuramah aku dengan Ustaz Mahdi Rizki Pengetua Yayasan Nursaifullah, pemain peranan utama dalam rancangan Alam Sebelah, mungkin ramai yang tak tahu rancangan Alam Sebelah ni apa, biar aku cerita sikit pasal rancangan ni, ia merupakan rancangan paranormal macam  Seeker la. Tv Indonesia ni ada banyak rancangan macam ni seperti Kasat Mata, Dunia Lain, Misteri Tukul, Jejak Paranormal ntah apa-apa lagi.       Ustaz Mahdi boleh la kata seleberiti macam Ki Prana Lewu gak, team Alam Sebelah ni berpusat di Banjarmasin, malam td 25 Feb aku semak-semak la news feed di FB, pastu nampak la status ustaz ni, aku pun saja la usha-usha borak, lepas tu ustaz pun balas  pertanyaan aku, masa tu aku putuskan nak terus interview ustaz untuk masuk dalam entri aku ni, rajin pula ustaz ni reply komen-komen aku ni, jadi aku ...