Skip to main content

RATIP SEMERAH PADI. tulisan Anjang Mawi


     Mana lar kawan sorang ni, selalunya hari Khamis dah start meroyan, tapi sampai sekarang petang Jumaat tak lagi muncul.. agaknya masih dalam fanaq bakaq tak habis2 atau pun ramai tetamu datang minta tolong doakan itu ini dan sebagainya. Oleh kerana demikian sibuknya ya amat hingga nak londeh seluar nak kencing pun tak sempat.
           Kawan saya ni orangnya taklah alim sangat tapi alim lar jugak sebab kekadang dia pakai serban dan jubah kerana serban itu menunjukkan kealiman seseorang kata masyarakat. Rasa geli geleman pun ada bila dia letak celak dan pakai serban sebab kita campur lama dengan dia, ibarat ABC dalam mangkuk. Kacang tersenyum melihat ais kerna kemudiannya cair menjadi air kena hirup tapi kacang tak perasan yang dia juga nanti kena kunyah.. hehe choiii
           Wataknya amat baik, kelakar dan sentiasa nak senangkan hati kekawan tapi degilnya boleh tahan gak. Salah satu hobi beliau ialah skodeng, asal ada peluang jer maka skodenglah ia. Yang baca ni pun sama lar, sekarang jer kot dah insaf sikit sebab mata dah rabun jauh.Tu pasal skodeng dan lagi satu suka sangat curi ayam ajak kekawan lain tapi bukan untuk cuma sekadar hiburan dan ayam yang dicuri akan dipanggang kat port tempat biasa. Banyak lar lagi kisah dia ni, kalau nak cita, panjang sangat jadi kita shot cut ambil yang mana perlu jer..
            Awal2 dulu ngaji sepatah pun tak tau, tambah nak ambil air semayang, semayang jauh sekali. Kalau pergi surau, orang takbir dia takbir, pak imam belum bagi salam di dah salam dulu. Hahahha.. itu tinggal kenangan.. sejarah lalu bagi Mat Ratip Semerah Padi.
            Pada suatu hari MAT telah dicabar oleh rakan2nya suruh curi limau bali kat kebun kepunyaan seorang Pak Aji dalam kampung tu. Khabar cerita orang kampung Pak Aji ni wali dan bukan sebarangan orang. Silap2 boleh ketulah dan semua orang kampung hormat dengan Pak Aji ni. Manakan tidak Pak Aji ada sebuah madrasah beserta surau mengajar agama di kampung tersebut. Segala permasalahan hukum dirujuk menyebabkan lebih popular dari Tok Ngulu.
       MAT gementar juga bila dicabar suruh curi limau bali Pak Aji tapi kerana hati keringnya tak mau kalah dengan kawan2 , maka cabaran pun disahut. ....
Ni MAT RATIP bukan MAT jenin
Esok lepas Asar MAT akan curi limau Pak Aji ... jadi esok larrrrr

Ratip Semerah Padi (2)
       Sebelum waktu Asar, Mat telah tiba di kebun Pak Aji, niatnya hanya mencuri limau bali kepunyaan Pak Aji, agar rakan2nya tahu Mat bukannya penakut. Mat tidak akan ketulah dengan Pak Aji atas perbuatannya. Limau Bali dilihatnya dari butir hingga yang masak ranum. Pokok rendang membolehkan Mat memetik beberapa buah yg telah masak.
         Tersenyum lebar Mat bila buah limau Pak Aji telah diambil dan tiba kakinya hendak melangkah pergi, tiba2 kedengaran suara menegurnya. Mat.. kau ambil limau tanpa kebenaran tuannya. Menggigil lutut Mat bila terpandang suaranya yang menegurnya.. Pak Aji. Hatinya berkata bila Pak Aji sampai dan bagaimana dia tahu aku nak curi limaunya.
       Mat cuba nak lari kerana malu tapi kakinya amat berat bagai ada sesuatu dan tiba2 mulutnya tergetar getar merayu supaya di maafkan atas perbuatannya.
        Satu syarat , aku akan maafkan kamu Mat kata Pak Aji. Petang ini kamu datang ke surau dan solat berjemaah bersama kami. Baiklah kata Mat tanda setuju tapi dalam hatinya adalah sebaliknya.. mampuih lar ko Pak Aji, aku takkan datang.
          Kawan2 Mat seorang pun tidak tahu lagi tentang kejadian berlaku. Mat masih tidak muncul membawa limau Pak Aji. Mat berkurumg di rumah rasa malu dengan kawan2nya kerana tidak dapat mencuri limau Pak Aji seperti janjinya.
         Bila hampir magrib, hati Mat resah , dan hairanya kaki bagai ditarik satu kuasa supaya melangkah. Langkahnya secara terpaksa dan bukan atas kerelaannya. Arah tujunya adalah ke surau Pak Aji. Hati Mat bertambah cemas dan kelam kabut memikirkan apa yang terjadi pada dirinya. Akhirnya Mat sampai di surau Pak Aji dan dilihatnya jemaah sedang mengambil wuduq untuk solat magrib.
        Pak Aji menegur secara sinis, sampai juga kamu ye Mat , apa lagi ambil lar wuduq kita sembahyang bersama.Mat memandang ke kiri dan kanan.. macam mana nak ambil air sembahyang kerana Mat tidak tahu dan tidak pernah ambil tahu. Lantak lar kata Mat dalam hati.sambil Mat pun berpura pura tahu sambil meniru jenaah lain yang sedang berwuduq..hehehe
Ikut ikutan...

Ratib Semerah Padi (3)

Pak Aji imam solat magrib, Mat duduk dibarisan saf paling belakang sekali. Kalau dah nak ambil wuduq pun Mat tak pandai apatah lagi sembahyang. Kesian Mat yang tiada pengetahuan agama dan sekadar jaguh kampung.
Selesai solat, Pak Aji pun membaca doa dan Mat pula ternanti nanti bila segalanya akan selesai. Mat hanya mahukan lafaz dari mulut Pak Aji memaafkannya kerana mencuri buah limau. Dalam hatinya kenapa dia seolah olah dipaksa duduk bersama jemaah lain dan sepatutnya dia telah lama meninggalkan surau kerana syarat Pak Aji berikan hanya perlu datang sembahyang Magrib. Janji dah ditunai tapi kenapa kaki tak dapat melangkah keluar.
Semasa dalam mengelamun tiba2 bahu Mat disentuh, jemaah kiri kanan menghulur tangan ingin bersalaman dengannya. Mat tersengih tak keruan sambil menyambut tangan yang dihulur. Pak Aji kemudiannya pun memperkenalkan kepada semua jemaah iaitu anak2 muridnya.
Tetamu kita ni Mat namanya dari kampung sama, beliau berhajat datang untuk menimba ilmu agama. Renungan tajam mata Pak Aji kepada Mat membuatlan Mat keliru dan hanya mampu mengangukkan kepalanya. Aku ni mimpi ke apa tanya Mat pada dirinya sendiri sambil dicubit cubit pehanya. Seterusnya Pak Aji pun mulai membuka kitab, cerita Pak Aji dalam bab agama pertama kali didengarnya. Tamatlah Pak Aji bercerita hingga kerana waktu Isyak tiba. Sekali lagi Mat mengikut berjemaah sembayang Isyak hinggalah selesai segalanya. Semua jemaah pun beredar pulang dan tinggallah Mat berdua dengan Pak Aji.
Tiba2 kedengaran suara Pak Aji memanggil dan Mat tersentap. Duduk hampir kata Pak Aji. Pak Aji pun berkata.. kamu ni Mat satu benda pun tak tahu, semua main ikut2 jer. Tiada maaf aku berikan kata Pak Aji kecuali kamu tinggal bersama aku dan mendalami ilmu agama selengkapnya. Setelah kamu mengetahui hukum hakam barulah aku maafkan kesalahan kamu.
Bedesing telinga Mat mendengarnya, kalau ikut kata hatinya Pak Aji dah dituamnya tapi tak tahu, diri Mat tak berdaya, nak menggenggam penumbuk tidak mampu , jangankan menghayunnya. Hanya dilintasan hati jer Mat boleh berkata, aku akan lari bila Pak Aji terlena.
Malam itu Mat dibawa ke perigi berhampiran, Mat dimandikan Junub Janabat, mandi hayat hidup menalakkan segala kekotoran dari tubuh badan zahir dan batin dilakukan oleh Pak Aji.Yang hairannya Mat hanya akur bagai kerbau dicucuk hidung. Langsung tiada ruang untuk membantah atau bertindak sesuatu. Biar pun begitu hati kecil Mat tetap ingin lari dari Pak Aji.
Setelah selesai Mat dimandikan oleh Pak Aji, Mat di arahkan tidur sementara menunggu subuh hari. Dipenjuru surau Mat berbaring, dijelingnya Pak Aji juga turut merebahkan bandannya melelapkan mata.
Kira2 jam dua pagi, Mat memandang Pak Aji, tidur lena orang tua ni kata Mat. Perlahan Mat bangun melangkah membuka pintu hendak melarikan diri tiba2 ditangga surau Pak Aji bertanya.. nak kemana Mat... ? perrrhh luluh hati Mat dengan seribu soalan, tadi tidur lena, bila masa pulak Pak Aji duduk tangga...
Nak buang air kata Mat menipu Pak Aji... kaki kencing lar katakan
Malangnya nasib aku kata Mat.. setiap percubaannya gagal dan telah dapat dikesan oleh Pak Aji. Mat.. Mat.. lari begitu saja tak boleh ke.. ? tak boleh, jika terniat sahaja maka kakinya terasa berat , seluruh anggota tubuh badannya lemah, Mat benar2 tidak mampu melawan kuasa ajaib Pak Aji.. ketulah aku dengan Pak Aji keluh Mat.. benarlah apa yang telah diceritakan oleh orang kampung. Pak Aji memang hebat orangnya..
Hari bertukar hari dah hampir sebulan Mat tinggal di madrasah Pak Aji....

RATIP SEMERAH PADI (4)

Rakan-rakan Mat sekampung, masing2 buat andaian tentang kehilangannya lebih sebulan. Ada juga yang gatal jumpa Tok Bomoh bertanyakan khabar Mat samada hidup atau mati. Kekadang timbul juga gurau senda hadiahkan Al Fatehah bila melepak bercerita tentang Mat. Rindu sahabat taklah serindu kedua ibubapa Mat. Sedih mereka berdua , sedegil-degil
Mat anak mereka.
Setelah genap 44 hari Mat tinggal di Madrasah Pak Aji , hatinya mulai kendur, niat ingin melarikan diri sudah hampir tiada namun sebaris ayat pun masih tak dapat dihafalnya. Siang malam Mat bersama Pak Aji, dimana ada Mat disitu ada Pak Aji, dimana ada Pak Aji disitulah ada Mat, bagai kembar tidak berpisah, dekat tidak bersentuh, jauh tak berjarak.
Pada suatu malam Pak Aji memanggil Mat, kemudian umbun2 Mat ditiup sambil berkata Pak Aji kepada Mat:-
Taatlah kamu kepada Allah
Taatlah kamu kepada Rasul
Hormatlah kamu kepada Guru
Hormatlah kamu kepada kedua ibu bapa
Hormatlah kamu kepada isteri dan anak2
Hormatlah kamu kepada sanak saudara
Hormatlah kamu kepada jiran tetangga
Hormatlah kamu kepada masyarakat
Taat dan hormatlah kamu kepada diri sendiri.
Bercahaya terang benderang seluruh alam, tersingkap bumbung surau madrasah, langit bagai terbelah dan cahaya menyelinap masuk kedalam raga tubuh Mat.
Tersentak Mat, rupanya mimpi indah. Dilihatnya Pak Aji hanya mengalunkan nafas turun naik tidur lena. Terkebil- kebil mata Mat selepas itu memikirkan mimpinya sehinggalah ke subuh hari. Sebelum azan subuh Mat terus bangun dan mandi. Segala perasaan kerana terpaksa, malas, mengantuk dan sebagainya telah lenyap dari perasaan Mat.
Sejak bermimpi itu, Mat tidak lagi banyak karenah. Apa yang Pak Aji ajarkan telah diamalnya bersungguh-sungguh. Mimpinya dijadikan rahsia kepada Pak Aji pun tak dicerita. Setiap kali Pak Aji mengajar agama, Mat buat2 tak dengar tapi semuanya masuk kepala. Ayat Al Quran satu persatu dapat dihafalnya, mudah, terlalu mudah bagi Mat. Sekali didengar Pak Aji membacanya cukup untuk ia menyimpan dalam kepala. Tekunnya Mat di madrasah Pak Aji telah tersebar berita, sampailah ke pengetahuan ahli keluarga serta sahabat handai semua.
Terperanjat sungguh Mat yang dulu, sekarang menjadi murid Pak Aji rupanya. Semua macam tak percaya maka beramai-ramai datang melawat Mat bertanya khabar berita.Pertemuan bersama ibubapa, sahabat2nya barulah Mat nampak ceria.
Namun rahsia tetap rahsia dan hanya Mat mengetahui segala. Masa terus berlalu, setiap saat Pak Aji tidak pernah lepas dari pandangannya. Tak pernah pula Mat bertanya samada Pak Aji ada keluarga atau tiada. Ada juga hajat sebegitu tapi entah mengapa mulut bagai dikunci Pak Aji untuk bertanya.
Sepantas masa berlalu telah 3 tahun Mat tinggal bersama Pak Aji namun kakinya tidak pernah melangkah keluar dari kawasan Madrasah. Entah apa yang terjadi Mat sendiri tidak pernah terfikir dan hanya Pak Aji saja dalam kehidupannya.
Suatu hari selepas subuh Pak Aji berkata kepada Mat, telah 3 tahun kamu berada disini, rasanya lengkap sudah ilmu yang kamu terima. Nanti pagi kamu ikut Pak Aji.Dalam hati Mat berkata.. kemana ?
Mat, kau ikut Pak Aji balik ke rumah Pak Aji. Terdiam kelu Mat bila mendengarnya. Ada keluarga Pak Aji ni rupanya.
Berjalan kaki Mat mengikut Pak Aji dan tidak sampai 30 minit sampai mereka di sebuah rumah. Pak Aji memberitahu bahawa itu rumahnya dan mempersilakan Mat masuk. Disambut seorang perempuan pertengahan umur mendokong seorang anak kecil. Siapa pulak perempuan dan anak ni hati kecil Mat berkata. Mesranya bagai suami isteri tapi anak yang kecil tu bagaimana..
Pak Aji masuk kedalam, sepantas itu Mat bertanya kepada perempuan itu.. jawabnya, saya isterinya dan anak ni anak Pak Aji.
Selama 3 tahun Pak Aji bersama saya siang dan malam tanpa berpisah. Jadi bagaimana.. ? Perempuan tu berkata lagi, setiap hari, setiap malam Pak Aji balik ke rumah dan tak sehari pun kami berpisah kata isteri Pak Aji.
Bertambah celaru fikiran Mat... bermacam helah rupanya Pak Aji tanpa pengetahuan Mat. Mat akur dengan apa yang terjadi dan bersama Pak Aji kembali ke madrasah.
Sampai di madrasah Mat mulai bersuara , diajukan pada Pak Aji soalan untuk selesai masalah segera. Kita tidak pernah berpisah tapi Pak Aji tetap ada bersama anak isteri, jadi saya bersama siap sebenarnya. Tenang sahaja Pak Aji menjawabnya.
Dia itu berkuasa
Dia itu berilmu
Dia itu mengetahui
Dia itu mendahului
Dia itu tetap Dia dengan pengetahuannya tanpa pengetahuan kamu, kerana kamu tanpa tahu dan tanpa pengetahuan. Segala pengertian takluknya pada Dia dan kamu tak punyai apa2.
Melopong mulut Mat tenganga mendengar jawapan Pak Aji. Titisan air mata jatuh, dan sedarlah Mat bahawa kehidupan itu perjalanan. Segala kehendak, ketetapan, gerak serta izin hakikatnya permainan manusia berdusta. Benar tapi tipu daya, tipu namun kebenaran segala.
Bertambah dalam ilmu Mat pelajari. Setiap hari ilham mencurah datang, disoalnya diri, dijawab sendiri.Yang haq itu dia, yang bathil tetap juga dia. Tidak ia dihadapan, dibelakang, dikanan, dikiri, diatas atau dibawah. Ia meliputi segala dan Pak Aji juga tidak lagi memberi bekas kepada Mat. Mat menafi segala kecuali yg haq atas haq punya haq. Aku kembali kepada haq atas kudrat iradat sedia ada, sedia kala.
Secara sepontan Mat ghaib dari alam nyata, dirinya telah tiada. Jiwanya mengembara meneroka alam ke satu alam hinggalah ke titik pusat asalnya.
Kiranya telah selesai tugas mengembara maka kembalilah aku ke asal semula agar dapat berbakti kepada bangsa. Terbukalah mata Mat semula, rupanya Mat koma, 7 hari 7 malam tidak sedar diri. Pengsan ibarat Nabi Musa bekehendak melihat Zat mulia.
Syukur semadrasah membaca doa selamat kerana Mat telah pulihsihat sediakala. Apakah yang terjadi Mat, tanya Pak Aji...

RATIP SEMERAH PADI (5)
     Mat terpinga-pinga apabila mata terbuka. Ramai orang disekelilingnya, yang pasti dicam oleh Mat adalah Pak Aji tuan gurunya.Perlahan Mat bergerak bangun menyandarkan diri dibantu Pak Aji sambil meneguk air jampi. Sebelum minum Mat berhakikat:-
Hei air
Aku tahu asal usul engkau
Nur Ning asal mula nama engkau menjadi
Nur San menjadi sandaran engkau
Aku ingin menjadi mu tidak tua aku selamanya
Aku juga sandarkan engkau sebagai penawar ubat semula jadi.
Yang mengubat Allah, yang menyembuh Allah.
Aku duduk dalam mahligai istana Allah.
Allah Hu Haq ...
( Jgn nak cuba, boleh tercekik air , ambe tak tanggungjawab)
       Seminggu selepas itu Mat sembuh sediakala. Namun lain benar perangainya. Pokok kayu di belakamg madrasah ditebangnya, dirautnya dijadikan tasbih, sebiji tasbih sebesar penumbuk dibuatnya. Pagi petang , siang malam hanya beratip kerjanya. Bila Pak Aji mengajaknya makan, Mat berkata makanlah wahai Pak Aji. Dia yang hidup tanpa makan dan minum. Hanya jasad menanggung namun bukan yang berbuat.
Mat hidup tanpa makan dan minum. Temannya adalah tasbih besar beratip. Ratipnya kadang kala merintih, kadang kala keras.
Ya hu ya ilai hu
Ya hu ya man hu
Allah Hu Akbar
Ya Karim

Walau pun begitu Pak Aji buat tak peduli sahaja. Ada masa Pak Aji menghampiri Mat, di tepuk2 belakang Mat sambil ditiup umbun2. Adakalanya tanpa diduga Pak Aji tutut menangis bila mendengar Mat berseloka menyindir pangkat dan gelaran manusia.
Wahai manusia
Digelar haji 4 perkara
Jemputan illahi sempurna
Jemputan iblis durjana
Jemputan nafsu sengsara
Jemputan Ibrahim melaksana
Tak perduli akan Dia
Gelaran Pak Aji penipuan belaka
Gila sungguh Pak Aji... hahaha
Jubah dan sarban dijaja
Manusia telah ada ketentuan cuba dirubahnya.
Aku Mat Ratip mulia mencerca.
        Bermacam syair, sajak, seloka di olah Mat. Semua bahasa bentuk kiasan dan ratipnya juga turut berirama bagai seluruh alam faham segala.
Singgahlah angin melawat ku
Kerana sinaran matahari malu menembus awan
Air sungai pun tidak taat hingga melimpah ke darat
Apa lagi manusia beranggap darjat
Malulah wahai diri
Setiap saat ditipu masa
Ruginya ibarat timbangan tak serata
Aku tanpa mu dan bukan engkau tanpa aku
Aku jauh tersimpang
Maksiat ku perjuangkan
Kalah di medan perang
Nanti pulihlah Si Mat Ratip bila nafas bertukar insan.
              Siapa pun tidak mengerti apa yang dikatakan oleh Mat. Benar Mat tidak makan dan tidak minum selama 44 hari lamanya. Mushatil kata manusia Mat hidup,namun tidak mustahil kata penguasa. Ajaib selepas 44 hari Mat kembali kepada asalnya. Suatu pagi Mat terjaga dari tidurnya. Mungkin sampai nasab Mat menari membentuk pribadi.Peluh basah menitik tidak diketahui apa sebabnya. Mat terpandang tasbihnya lalu malu sendiri kenapa terjadi begitu pada dirinya.
             Pak Aji dan rakan seperguruan riang gembira melihat Mat dah sembuh kembali ke syariat semula. Mat dah makan dan minum seperti manusia biasa. Bercerita serta bergurau senda namun bila di tanya apa yang terjadi, Mat menjawab tuhanlah yang punya kuasa.
           Sedang duduk di suatu petang, Mat teringat kedua ibubapanya, sahabat handai serta sanak saudara.Rindu semakin membara dan Mat pun mengadap Pak Aji meminta izin melepas ia pergi ziarah seketika. Pak Aji pun rela hati melepas Mat pergi menjenguk kampung halamannya. Pak Aji iklas telah memaafkan Mat kerana mencuri limaunya.
            Mat gembira tidak terkata dan pulanglah ke rumahnya. Kekuarga menyambut riang tidak terkira, di masak pulut kuning, ayam kari disaji mereka. Panjanglah cerita Mat dari kisah perihal Pak Aji dan limau balinya. Kata Mat baru selesai hutang ketulah dibayarnya, jika tidak nescaya masih di madrasahlah ia. Ramai yang ketawa tak kurang pula merasa bangga kerana Mat telah penuh ilmu agama didada.
            Kini Mat tidak lagi menetap di madrasah Pak Aji, hutangnya telah lunas. Lepas magrib Mat mengajar budak2 mengaji, hairan bin ajaib Mat pandai bersahaja tanpa diajar sesiapa dan sesuai firman al quran . Dia yang menurunkan al quran dan mengajarkan kepada sesiapa yang dikehendaki.
              Sesekali Mat melawat Pak Aji bermuzakarah tentang ilmu agama laduni yang diperolehi. Petahnya Mat berbicara tentang zat,sifat , ismaq dan afaal seperti bertih jagunh panas. Pak Aji pula yang lunak mendengar qalam Mat berbicara. Tiada ruang hendak dicantas, disokong nas, hadis, ijhmak para sahabat serta qias hukum akal. Mat meneruskan bicara,
Biarlah mati hukum adat,
Hiduplah hukum syarak,
Hidup tak kerana qaul
Mati tak kerana sumpah.
Tuhan mengatur penuh hikmah ibarat mutiara didalam lautan yang tak kelihatan.
            Suatu malam sedang Mat bertafakur terdengar suara memberi salam. Salam dijawab dan Mat membuka pintu dan kelihatan seorang lelaki pertengahan umur 40 tersenyum. Mat merenung sejenak melalui mata hati, tidak tembus pandangannya namun tiada yang ganjil. Mat menguji dengan jurus syadahat haq tapi lelaki itu tetap gagah berdiri. Benarlah dalam hati berkata bahawa kebenaran yang dihajatinya.
            Dipersilakan lelaki itu masuk ke rumahnya. Lalu ditanya siapakah dia dan hajat datang bersua. Namanya Syeikh Sedi Baijuri, asal dari kerajaan para wali. Datang menyampaikan hajat Ketua Para Wali Jajahan Benua Nusantara Melayu ingin mengambil Mat sebagai ahli.
Apakah aku bermimpi bagai tidak masuk akal yang dihadapi....


RATIP SEMERAH PADI (6)

 Benarkah bagai dikata, kerajaan para wali berkehendakan amba
Tuhan dicari pun masih meraba
Mana mungkin tawaran datang tiba.
Layaknya kerana hati suci
Layaklah Mat menjadi pengganti
Janganlah menolak peluang diberi
Andainya tidak derhakalah nanti
      Berderau darah Mat kerana takkan sejarah akan berulang kembali.Cukuplah Pak Aji menjadi igauan , datang pula arahan, kerajaan para wali membuat tawaran. Kalau ditolak katanya derhaka pada tuhan. Pasrahlah Mat dengan ketetapan.
       Namun tidaklah mudah kerana mengikut keterangan Syeikh Sedi Baijuri, Mat perlu menghadapi ujian zahir dan batin.Jika lulus baru Mat akan dibawa mengadap kepada Ketua Kerajaan Para Wali. Mudah mudahan kamu Mat berjaya dan dengan tiba2 Syeikh Sedi Baijuri ghaib dari pandangan dengan sekelip mata.
          Mat bermula dengan pengakuan Selamat Sejahtera..USSALI ISLAM ARASH KURSYI MUHADDAS..... dot.. dot.. dan seterusnya menguasai ilmu memecah diri hingga ke sembilan wajah. Perjalanan tawaf israk mikraj dan merentas masa dalam niat ilmu seterusnya.Mat beramal sentiasa tanpa putus dan terbatal. Akhirnya Mat berjaya menempuh segalanya. Alhamdulillah namun Mat sentiasa ingat perkara tersebut dalam ketentuannya. Dialah yang mengilhamkan kefasikkan dan ketaqwaan.
       Gerak geri Mat sentiasa di pantau. Jiwa Mat benar2 telah tiada didunia nyata dan dirinya tenggelam bersama penguasa alam semesta. Tidak ada lagi istilah baginya, hanya kerana ahad semata.
     Benar2 sebati Mat menunggal dan tiada lagi prasangka, selain tuhan yang berkuasa. Allah Hu Akbar.Syeikh Sedi Baijuri telah datang kembali membawa pengkhabaran dalam mimpi. Disuruhnya Mat membakar setanggi dimalam hari, memakai pakaian ihram dan apabila setanggi pecah mercik apinya maka sampailah Syeikh Sedi Baijuri membawa Mat ke alam pemerintahan kerajaan para wali.
     Antara rela dan tidak Mat akur bersetuju permintaan Syeikh Sedi Baijuri. Kali ini Mat ghaib bersama jasad, dibimbing Syeikh Sedi Baijuri merentas alam dibawa mengadap. Luar biasa keadaannya, rumput hijau sama tingginya, bangunan indah tidak terkata, sepantas kilat Mat mengingat tuhan yang berkuasa, khuatir diri asyik terpesona keindahan lain dari dirinya.
     Mat dibawa masuk ke dalam sebuah dewan dalam bangunan. Sebuah kerusi kosong tersedia tertulis Mat Ratip yang empunya. Mat pun dipersilakan duduk dikerusinya. Mat membilang ahli berjumlah 50 orang termasuk ketua jemaah para wali.
     Bacaan doa telah dimulai Mat mengangkat sumpah setia dan sejurus itu secara sah dilantik menjadi wali.Gelaran mana diberi iaitu Tun Mat Ratip Semerah Padi Al Suffi.
   Selesai upacara perlantikan maka bersalamanlah Mat kepada semua jemaah para wali. Seorang demi seorang mengucap tahniah pada Mat. Tanpa disangka, tanpa diduga salam terakhir tangan Pak Aji rupa-rupanya. Sungguh tidak disangka Pak Aji benar2 wali rupanya.
     Gempar berita dijaja adalah kenyataan bukan khayalan disangka. Pak Aji duduk dikerajaan para wali telah sekian lama. Jawatan menteri disandangnya mengolah alam supaya harmoni sentiasa.
     Biarlah lain2 perkara menjadi rahsia, amaran keras cerita tidak dibuka, kerana takut fitnah melanda. Tutuplah mulut mu rapat Mat , jangan dijaja merata kerana sumpah taat setia. Pulanglah dahulu sementara, kemudian akan menyusul tugas pertama. Syeikh Sedi Baijuri akan mengajar kamu menjalankan tugas mengikut jemaah para wali setia.
     Mat kemudiannya pun dihantar pulang ke alam nyata. Sampai sahaja dirumahnya khabar duka diterima, murid Pak Aji datang mengkhabarkan berita dengan membawa jubah Pak Aji gurunya. Pak Aji telah tiada, kembali mengadap illahi selamanya. Amanat Pak Aji supaya Mat menyarung jubah pemberiannya sebagai penganti seterusnya.
Fahamlah Mat, akan tawaran dirinya duduk dalam kerajaan para wali. Rupa2nya Pak Aji adalah asbabnya . Gugurlah air mata Mat syahdu kehilangan Pak Aji tuan guru kesayangannya.
Kalau batas tumbuhnya rumput
Pak Aji menumbuhkan aku
Aku menumbuhkan siapa, hati kecil Mat bertanya...?
Ku serahkan segala pada yang kuasa....
     Sesudah selesai urusan jenazah Pak Aji ,Mat pasrah segala.Hidup Mat di dua alam berbeza . Keluar masuk ke kerajaan para wali sudah menjadi rutin kehidupannya. Selain itu kewajipan dunia tetap dipelihara. Anak2 belajar mengaji bertambah tambah dirumahnya.
      Mat kini dimerata rata, asalkan ada yang menunaikan fardu haji menjejak kaki ke tanah suci terjumpa mereka Mat disana. Kebanyakan yang berjumpa hairan sungguh bagai tidak percaya. Namun bagi Mat itu adalah perkara biasa kerana DiIA....

RATIP SEMERAH PADI (7)
( Siri Akhir )
      Sekelian yang membaca Mat minta maaf kerana tak dibenar mendedahkan tugas kerajaan para wali secara terbuka. Kalau dibuka juga Mat akan dikenakan denda. Cukuplah sekadar Mat beritahu salah satu tugas ialah supaya sejahtera harmoni sekelian umat didunia. Lain2 bab seperti persidangan para wali dan sebagainya biar ia terus rahsia. Andainya kita ada dalam pilihannya maka tidak akan kemana. Ini adalah tugas dan tiada siapa mampu menolaknya. Andainya ingin tahu juga salah satu tugasnya adalah perang saudara antara pahlawan wali menentang musuh syaitan di alam lain sana berjumlah satu manusia , sembilan mereka.
   Berbalik pada kisah Mat di dunia, Mat mengambil alih tugas mengajar ugama di Madrasah Pak Aji mengikut amanah yang ditinggalkan. Lain orang lain caranya, Mat ada cara tersendiri kerana itu Mat Ratip Semerah Padi gelarannya.
   Ada pun mana2 orang baru yang ingin mengaji di madrasahnya maka di beri Mat segantang padi untuk menguji kesabaran mereka. Setiap sebutir padi disuruh Mat membaca surah Al Ikhlas hingga habis segantang semua. Bukanlah apa, nanti mereka akan sebati dan mengerti AHAD itu bermakna apa. Tidak lagi tercari-cari MAKRIFAH bersembunyi dimana.
     Murid Mad bertambah di madrasah , tapi bagai mana Mat mengurus seorang pun tidak mengetahui, sumber wang diperolehi juga keraguan. Sehari beras ditanak bergantang- gantang namun tidak pernah berkurangan barang keperluan. Mat tidak pernah mengambil apa-apa bantuan, itulah yang sering menjadi perbualan. Akhirnya titik jawapan diletakkan atas diri Mat dalam rahmat tuhan.
   Dua tahun awal isyarat Mat terima,sungguh mengharukan,
Mat diarah berpisah jasad dan nyawa. Perkhabarannya nyata kerana tugasnya telah selesai didunia. Alam rohani sangat memerlukannya. Bila 44 hari sebelum tiba berbagai pesanan kepada murid-muridnya supaya ingat kepada yang berkuasa sentiasa. Namun seorang pun tidak dapat mengesan apa akan terjadi kepada guru mereka.
      Pada hari tiba, maka teka tekinya bermula, entah mengapa petang khamis lebih kurang jam 5.30 petang masanya Mat ingin benar berjumpa rakan- rakan lamanya . Mat pun menghala dengan debaran dihati, tanda diterima nyata, tarikh dan waktu takkan berubah biar sesaat pasti tiba.
     Mat berjumpa rakan2nya berbual bersahaja. Lebih kurang 10 minit Mat berkata, sampai sudah waktu ku mengundur diri dari dunia. Taatlah kepada alam jangan cuba merubah kerana yang mengurus tuhan semata. Hairan sungguh rakan2nya apabila Mat berkata, seolah olah ingin mati saat itu juga namun tubuhnya segar, tanda sakit pun tiada.
     Berkata lagi, aku akan menyeberang parit kampung kita tapi tidak mengguna jambatan yang disedia. Laluan ku batang saluran paip yang ada dihadapan kita. Andainya aku terjatuh ke parit itu maka ku ucapkan selamat sejentera ke atas kamu semua. Jangan dicari aku kerana pasti tidak berjumpa.
     Rakan2 Mat ada yang diantaranya ketawa sebab parit yang ada hanya dalam paras dada. Mustahil Mat jatuh akan tenggelam dan hilang selamanya. Setelah bersalaman Mat terus melangkahkan kaki menjejak batang paip menyeberang parit.
      Senyum rakan-rakannya , dan tiba dipertengahan parit, benar apa yang dikata Mat, Mat tergelicir lalu jatuh ke dalam parit. ( asbabnya batang paip yang begitu besar, Mat boleh tergelincir ) Ada kawan menjerit, bukan kerana apa,simpati habislah basah jubahnya. Namun yang dilihat hanya serban Mat terapung tapi dirinya tiada. Tak sabar ditunggu, salah sorang rakannya terjun mencari Mat.
     Puas tidak berjumpa dan akhir semua rakan-rakan Mat berada dalam parit mencari Mat. Air surut hanya paras dada, kemana hilang Mat tidak dapat diteka. Mat ghaib pada petang khamis jam 5.30 petang sebagaimana janji pesan dirinya.
    Mati Mat ghaib bersama jasad sesuai orang2 putus makrifah segala. Khabarnya Mat diangkat sebagai Rijalul Ghaib sesuai dengan maqam dirinya. Jasmaninya mendunia dan rohaninya membumbung ke alam esa menjalankan tugas, membantu mentadbir alam sempurna. Hakikatnya perjalanan Mat adalah sempurna segala ... segala - gala TEKA TEKI ALLAH SWT.
    Tamatlah sudah kisah Tun Mat Ratip Semerah Padi Al Suffi .
Kisah hikayat untuk hiburan semata, Terima Kasih pembaca semua, Alhamdulillah kita dalam rahmatnya, nikmatnya hidup biarlah dirasa, susah dan senang sentiasa ada hikmahnya. Aminnnnn..

Tamat

Comments

Popular posts from this blog

Ramalan Jodoh mengikut Kitab Tajul Muluk

Kitab Tajul Muluk adalah merupakan kitab lama. Dikatakan perkataan asal adalah taj-al-mulk. Setelah ia memasuki tanah melayu dari arab, maka sejak itu lah ia berubah menjadi tajul muluk. Sesetengah orang menolak apa yang terdapat di dalam ilmu tajul muluk kerana dikatakan boleh memesongkan akidah. Antara ilmu yang terkandung di dalam kitab ini adalah seperti ilmu berkaitan sifat wanita dan juga jodoh. Berikut adalah pengiraan berdasarkan ilmu tajul muluk mengenai ramalan jodoh. LANGKAH 1 Ke semua nama perlu dieja di dalam tulisan jawi. Memerlukan  nama sendiri, nama ibu sendiri, nama pasangan  dan nama ibu pasangan jumlahkan semua nilai huruf pada nama tersebut. kemudian, jumlah tersebut perlu di tambah 7 dan bahagi 9 Perlu teliti dalam pengejaan kerana dibimbangi keputusannya nanti tidak tepat. CONTOH nur + nurul + muhammad + ahmad احمد +  محمد  +  نورال  +  نور asingkan huruf dan tambah macam di bawah ni (50+6+200)+(50+6+200+1+30)+(40+8+40+4)+(1+8+40+4) jumlah huruf

Nabi Penjaga Air-Bumi-Hutan & tanaman

  Nabi Penjaga Air-Bumi-Hutan & tanaman PENJAGA AIR / BANYU: Nabi khaidir. a.s. Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Khaidir Alaihissalam, ulun minta halal minta ridho wan pian minta banyu gasan mandi,mandi wajib,minum,dll PENJAGA TANAH / BUMI Nabi adam. a.s. Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Adam Abul Basyar Alaihissalam, ulun minta halal minta ridho umpat bejajak / bejalan di atas / di belakang tanah / bumi atau handak betanam pohon dll PENJAGA HUTAN / PAPOHONAN Nabi ilyas. a.s Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Ilyas Alaihissalam, ulun minta halal minta ridho minta kayu atau menatak kayu dll PENJAGA RUMPUT / TANAMAN Nabi idris. a.s Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Idris Alaihissalam, ulun minta ridho minta halal umpat bejalan / bejajak di atas rumput dll

Ilmu Ina Anaa Amanna

Assalamu'alaikum Wr. Wb. -----------------------------------------------------------------------   Mau ngasih TESTIMONI tentang amalan dibawah ini: yang dibabarkan oleh Guru Bambang Satriani. ----------------------------------------------------------------------- langsung tajrib lagi, kalau disini semula jadi namanya INNA ANNA AAMANA Dibaca 11 kali tahan nafas, lidah lipat keatas tahan nafas diperut pegang dada kiri oleh tangan kanan, setelah beres membaca niatkan dalam hati ditujukan untuk apa fadilah -menundukan hati seseorang -tidak bayar ongkos kendaraan umum -meredam orang yang lagi emosi -menundukan atasan,bos -menangkan arisan -penarik pembeli