Skip to main content

Silat Dalam Gelanggang Media Mecari Mengapa Tidak Sampainya Jurus Kita Dalam TV




        Sering kali aku membaca tentang keluhan rakan-rakan silat yang menyatakan bahawa stesen TV sekarang tidak lagi memberi peluang kepada drama atau filem yang berunsur seni bela diri silat muncul di kaca TV lagi sekarang ini, berbanding tahun 80an dan 90 dahalu, aku pun tak pasti kena situasi ini berlaku walau pun aku sendiri kerja distesen TV. Dahulu drama seperti Pendekar Kundur, Keri Hitam Bersepuh Emas, Slot Pendekar selalu saja menjadi tonton utama pada setiap malam dan pada masa itulah gelangang silat tumbuh bagai cendawan selepas hujan, namun ianya semakin malap dan selepas itu hilang begitu sahaja.

        Namun jauh dari sudut pemerhatian aku yang tiada ilmu ini perubahan semasa generasi dan genre hiburan menjadi antara faktor kehilangan itu itu, sukar nk menyalahkan sesiapa dalam perkara ini, stesen TV memerlukan keuntungan dan sentiasa mencari sesuatu yang boleh menarik minat penonton, namun penonton tv hari ada lah generasi muda yang jauh telah lari dari mengenali apa itu silat, stesen tv juga lebih cenderung memilih drama yang menarik penonton muda dan grenre mengarut, mengarut pada fikiran aku bukan pada fikiran orang yang mencari keuntungan ini.

        Filem drama unsurkan cinta, seram, gangster ini lebih menarik produser dan stesen untuk d terbitkan dan ditayangkan, pada mereka unsur silat dalam drama dan filem hanya sisa-sisa yang hanya mencukupkan scene itu pun kalau pengarah atau penerbit nakkan ada nya unsur tu kalau tak drama lebih banyaklah unsur cinta, tembak menembak, orang kaya duduk rumah banglo cerita-cerita orang pakai kot sebagainya. Tapi yer lah mana ada orang berniaga nak rugi nak jual barang yang orang tak mahu beli, masalahnya silat ni orang tak mahu belikah? macam mana pula dengan kung fu, muay thai, dalam filem-filem luar tu??elok jee menjadi, filem merantau worior  menjadi contoh perubahan kepada corak filem moden yang membawakan silat sebagai peranan utama dalam jalan ceritanya.

          Penerbit dan pembikin filem dinegara kita ini sebenarnya sudah muak dengan kegagalan karya mereka dilayar perak, jadi mereka telah mengubah fikiran mereka untuk mencipta filem drama yang mengikut cite rasa masa kini janji poket mereka terisi, daripada memenuhi permintaan yang tidak menjanjikan pulangan pada mereka hanya walaupun kreativiti mereke tehakis jauh tengelam dari apa yang mereka cita-citakan, begitulah  berkuburnya keingin kita melihat silat dalam sebuah filem melayu dimasa akan datang, jangan bandingkan dengan filem yang dah terbit yer macam filem Puteri Gunung Ledang ke Hikayat Merong Mahawangsa....ini soal silat ke layar perak pada masa akan datang, tak tau la kalau ada jutawan hartawan yang mahu menyumbang dana berjuta-juta tanpa memikirkan soal keuntungan hanya untuk mengetengahkan silat sebagai peranan utama dalam filem dan drama yang belum tentu penontonnya semua lapisan umur.

           Pokok pangkalnya kita kene berpijak dibumi dan alam yang nyata, mengikut arus semasa, tidak boleh menunding jari kepada mereka siapa salah siapa betul , orang silat pertahankan budaya silatnya, orang berniaga tetap cari keuntungan tidak memikirkan pun perkara lain selain perniagaanya,stesen tv ada peraturannya yang digubal oleh pertadbirnya dalam urusan penerbitan drama, pembelian drama, soal pemilihan pelakon, dan mereka hanya menyiarkan apa yang diterima oleh mereka, filem-filem luar pula hanya mengisi slot-slot yang telah d tetapkan tak kiralah filem cinta, seram, aksi, ada satu cara kalau nk realisasikan cita-cita ini dengan harapa ada jutawan yang sanggup kuar modal beli airtime berjam-jam dengan harga berjuta-juta dimana-mana stesen tv, kemudian jual laa filem drama silat.

             Arus kemodenan yang pesat munculnya pelbagai medium media sosial menjadi batu loncatan dalam mempromosikan silat hari ini, hari ini semua orang ada hp canggih satu sorangkan, jadi apa lagi rakamlah aksi-aksi persilatan dan post lah pada media sosial kita kerana itu adalah medium paling mudah masa kini dan murah untuk mengembangkan perjuangan kita, sedangkan budak sekolah pun boleh buat filem pendek pakai HP untuk suka-suka upload saja dalam you tube, facebook,bla bla bla, kenapa pejuang kita yang bijaksana lagi ada hp canggih ni tk mampu buat??soal tak ada masa, kualiti tak cantik? audio tk puas, pada aku itu bukan soalnya tapi sebenarnya banyak yang pandai cakap tapi malas nk buat, tukang komplen kiritik usah cakap la, akan muncul berjuta-juta lemon nanti, suruh buat semua tengelam kepala dalam cengkerang labi-labi.

          Selain itu apa yang lihat sekarang tiap-tiap perguruan dan gelanggang perlu kukuhkan dulu perguruan mereka dari situ secara tak langsung akan ada perkembangan berkaitan silat ini secara tular melalui media sosial, cetak atau elektronik, selain itu perguruan juga perlu bijak selalin mengajar silat minta yuran daripada murid kene ada cara mencari dana perguruan cara lain macam berniaga ke apa-apa saja.aku selalu menyatakan pada sesiapa yang bertanya pada aku kenapa kalau kita jemput media ni jarang nak datang, salah satu sebabnya media bukan hak kita, media tak mencari bahan lagi melalui turun padang kecuali perkara yang perlu, semua maklumat d hujung jari gambar boleh cedok dari page dari wassap, media sosial letak jee dalam berita diorang, manakala kita sebagai tuan rumah ni berharap bahawa media ni datang berduyun duyun ke tapak acara buat sidang media macam kes MH370, itu laa harapan orang.

Comments

Popular posts from this blog

Ramalan Jodoh mengikut Kitab Tajul Muluk

Kitab Tajul Muluk adalah merupakan kitab lama. Dikatakan perkataan asal adalah taj-al-mulk. Setelah ia memasuki tanah melayu dari arab, maka sejak itu lah ia berubah menjadi tajul muluk. Sesetengah orang menolak apa yang terdapat di dalam ilmu tajul muluk kerana dikatakan boleh memesongkan akidah. Antara ilmu yang terkandung di dalam kitab ini adalah seperti ilmu berkaitan sifat wanita dan juga jodoh. Berikut adalah pengiraan berdasarkan ilmu tajul muluk mengenai ramalan jodoh. LANGKAH 1 Ke semua nama perlu dieja di dalam tulisan jawi. Memerlukan  nama sendiri, nama ibu sendiri, nama pasangan  dan nama ibu pasangan jumlahkan semua nilai huruf pada nama tersebut. kemudian, jumlah tersebut perlu di tambah 7 dan bahagi 9 Perlu teliti dalam pengejaan kerana dibimbangi keputusannya nanti tidak tepat. CONTOH nur + nurul + muhammad + ahmad احمد +  محمد  +  نورال  +  نور asingkan huruf dan tambah macam di bawah ni (50+6+200)+(50+6+200+1+30)+(40+8+40+4)+(1+8+40+4) jumlah huruf

Nabi Penjaga Air-Bumi-Hutan & tanaman

  Nabi Penjaga Air-Bumi-Hutan & tanaman PENJAGA AIR / BANYU: Nabi khaidir. a.s. Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Khaidir Alaihissalam, ulun minta halal minta ridho wan pian minta banyu gasan mandi,mandi wajib,minum,dll PENJAGA TANAH / BUMI Nabi adam. a.s. Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Adam Abul Basyar Alaihissalam, ulun minta halal minta ridho umpat bejajak / bejalan di atas / di belakang tanah / bumi atau handak betanam pohon dll PENJAGA HUTAN / PAPOHONAN Nabi ilyas. a.s Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Ilyas Alaihissalam, ulun minta halal minta ridho minta kayu atau menatak kayu dll PENJAGA RUMPUT / TANAMAN Nabi idris. a.s Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Idris Alaihissalam, ulun minta ridho minta halal umpat bejalan / bejajak di atas rumput dll

Ilmu Ina Anaa Amanna

Assalamu'alaikum Wr. Wb. -----------------------------------------------------------------------   Mau ngasih TESTIMONI tentang amalan dibawah ini: yang dibabarkan oleh Guru Bambang Satriani. ----------------------------------------------------------------------- langsung tajrib lagi, kalau disini semula jadi namanya INNA ANNA AAMANA Dibaca 11 kali tahan nafas, lidah lipat keatas tahan nafas diperut pegang dada kiri oleh tangan kanan, setelah beres membaca niatkan dalam hati ditujukan untuk apa fadilah -menundukan hati seseorang -tidak bayar ongkos kendaraan umum -meredam orang yang lagi emosi -menundukan atasan,bos -menangkan arisan -penarik pembeli