Qadim Hangus (1)
Kalau benar Nabi Allah Ibrahim membina Kaabah
Kalau benar wali allah sampai di baitullah
Sungguh Qadim takkan musibah
Kerana dalam pelihara Allah.
Akulah si Qadim Hangus
Berkat doa laillahaillah Mohd Rasulullah.
Kalau benar wali allah sampai di baitullah
Sungguh Qadim takkan musibah
Kerana dalam pelihara Allah.
Akulah si Qadim Hangus
Berkat doa laillahaillah Mohd Rasulullah.
Kisah Si Qadim tersebar luas di pelusuk mukim kerana terkena panahan petir. Dah ajal itu ketentuan, Qadim tidak mati dan hanya beberapa jam pengsan.
Semasa hujan lebat kilat sabung menyabung, satu detuman kuat panahan petir berbunyi. Qadim yang sedang duduk terbaring tumbamg. Tubuhnya sebahagian hangus, orang2 yang berada di warumg kopi itu berkerumun sambil mulut kumat kamit membaca sesuatu, khuatir juga terlibat kena panahan petir.
Tiba2 suara seseorang berkata, ada tetungkal di pokok kelapa. Tumpuan mata beralih dari Qadim kepada pokok kelapa berhampiran. Pokok kelapa hangus kekuningan layu ibarat terkena racun tempias panahan petir. Namun ajaibnya daun2 pokok kelapa tersebut tersimpul seperti ayaman merenjis pengantin tersedia.
Pak Ali orang tua kampung mengait daun ayaman itu, kemudian diambil pula semangkuk air. Ayaman itu direndam lalu direnjis pada tubuh Qadim. Perlahan Qadim mencelikkan mata, namun wajah berkerut menahan kesakitan.
Sungguh Qadim hangus di panah petir... tak tipu...
Percubaan temberang.. hahaha
Percubaan temberang.. hahaha
Qadim Hangus (2)
Qadim kemudiannya dibawa ke hospital bagi mendapat rawatan lanjut. Lebih kurang seminggu Qadim dibenarkan keluar namun kesan terbakar ditubuh badannya masih lagi belum sembuh. Pendengarannya juga masih kurang jelas. Qadim menyambung rawatan kampung dengan Pak Ali orang tua di kampungnya.
Daun2 dipilih dan ditumbuk kemudian disapu pada kesan terbakar tubuh Qadim. Pak Ali merawat Qadim dengan sabar tetapi disebalik itu, Pak Ali telah dapat mrngesan sesuatu terhadap diri Qadim. Hati kecil Pak Ali mengesan dengan ilmunya..
Assalamualaikum Ahmad Nurullah
Waalaikum Salam Ya Rahmatal Alamin
Alif Lam Ha Mim Dal
Alhamdu Alif
Alhamdu Alamin
Allah Hu Haq
Berbicaralah Pak Ali drngan dirinya merungkai kisah Qadim.
Waalaikum Salam Ya Rahmatal Alamin
Alif Lam Ha Mim Dal
Alhamdu Alif
Alhamdu Alamin
Allah Hu Haq
Berbicaralah Pak Ali drngan dirinya merungkai kisah Qadim.
Bermula tenaga jiwa, diiringi tenaga bayang seterusnya tenaga pandang maka terlihat jelas perjalanan hidup Qadim. Pak Ali menyimpan rahsia Qadim, tiada siapa diceritakannya. Qadim rahsia, rahsia Qadim mengqadim sesuatu. Gementar Pak Ali, jika rahsia terbongkar tentuya Qadim bermaharajalela, berbuat sesuatu sesukanya ibarat firaun dizaman purba.
Nauzubillah, mudah mudahan dijauhkan bala. Lebih kurang sebulan kemudian Qadim sembuh sepenuhnya. Pulut kuning dihantar Qadim ke rumah Pak Ali tanda syukur ke hadrat illahi. Majlis doa selamat dibaca namun kesembuhan Qadim tidak sempurna.Parut diserata tubuh masih ada biar pun luka sudah tiada.
Pak Ali berkata, wahai Qadim, pergilah kemana yang kamu suka mengembara, biar tenang diri tidak membara, jangan tuhan dipersalah sentiasa nanti Qadim tidak menjadi pula.
Qadim minta penjelasan dari Pak Ali tanpa kias dan apa segala. Pak Ali hanya minta Qadim menambah ilmu didada, agar nanti tidak dipandang rendah oleh sesiapa. Pergilah timggal di Pulau Senggara, duduk bertapa setahun dua, nanti akan ada hikmahnya. Jangan dibantah lagi, dengar apa yang Pak Ali kata, Pergilah wahai Qadim.
Ku bekalkan amalan ini dan beramallah, bersandarlah pada tuhan sedia ada, ilmu ku beri jalannya sahaja, kata Pak Ali memberi semangat.
Kullun binafsin zailkkatul mauti yaumil kiamati, warab buna warab bukum, akam luma akam lukum rijahannam.. waasyaallaillahaillah hu waasyadu ana muhamdarra..
Sang awang mengikut rentak..
Si awang melompat menari nari...
Aku tak binasa di gertak..
Kur habib dengan berbulang..
Ahh panglima yg bertanjak..
Sekelip mata aku menghilang..
Takkan dikesan apalagi dijejak..
Sayap jibrail melindung segala.. Ghaib aku hilang esa yg ada..
Mohd tenggelam disebalik masa.. Zat Allah yg mengurus jua..
Hu zattullah.. allah allah allah...
Tinggallah Qadim
Sedih sayu, rindu, gementar di teratak buruk
Ikutlah Qadim
Berani, Gagah, Suka, Bersahaja bertapa
Qadim bukan sebarang Qadim
Qadim ku akan nyata....
Si awang melompat menari nari...
Aku tak binasa di gertak..
Kur habib dengan berbulang..
Ahh panglima yg bertanjak..
Sekelip mata aku menghilang..
Takkan dikesan apalagi dijejak..
Sayap jibrail melindung segala.. Ghaib aku hilang esa yg ada..
Mohd tenggelam disebalik masa.. Zat Allah yg mengurus jua..
Hu zattullah.. allah allah allah...
Tinggallah Qadim
Sedih sayu, rindu, gementar di teratak buruk
Ikutlah Qadim
Berani, Gagah, Suka, Bersahaja bertapa
Qadim bukan sebarang Qadim
Qadim ku akan nyata....
Baiklah Pak Ali....
Qadim Hangus (3)
Sebelum pergi ke Pulau Senggara, Qadim berpuasa sunat 3 hari berturut turut. Itu atas nasihat Pak Ali bagi meletakkan niat perantauan selebihnya agar mudah perjalanan. Setelah habis berpuasa 3 hari selepas Subuh Qadim pun membuka lembaran baru.
Pulau Senggara di tuju, mendayung perahu sendirian dan hanya gagah dihati teman. Qadim pasti sampai biarpun ada ombak serta gelora dilautan. Perahu Qadim meluncur laju didayung, ibarat busur panah dilepas dan akhirnya Qadim selamat tiba di Pulau Senggara.
Allah hu akbar
Allah hu akbar
Tanah pulau kaki dijejak
Bagai adam menjejak bumi
Aku Qadim yang berpijak
Baru tiba menjadi penghuni.
Allah hu akbar
Tanah pulau kaki dijejak
Bagai adam menjejak bumi
Aku Qadim yang berpijak
Baru tiba menjadi penghuni.
Aku tahu usulnya dari asal,
Asalnya dari Qalam,
Qalam bermula kehidupan,
Maka Pulau Senggara dari aku yang tiada berpenghuni.
Asalnya dari Qalam,
Qalam bermula kehidupan,
Maka Pulau Senggara dari aku yang tiada berpenghuni.
Malam pertama Qadim tinggal dipersisiran pantai, benar bukan cerita dongeng Pulau Senggara sememangnya tiada penghuni. Tapi kenapa hati Qadim sedikit pun tiada rasa gentar dan takut. Tiada yang lain dalam bayangan Qadim hanya Pak Ali. Semua ini adalah cerita Pak Ali maka Qadim sampai di Pulau Senggara.
Waktu hening ditengah malam, Qadim bertafakur memandang, halua telinganya sayup-sayup mendengar bisikan..
Wahai Qadim
Kamulah Qadim sejati
Esok bila sudah siang bergeraklah kamu menuju arah matahari naik. Teruslah mendaki bukit hingga sampai ke gua senggara. Disitulah tempat pertapaan kamu, beramallah dengan sepenuh hati, pasti dunia kamu miliki, beramallah dengan ikhlas hati pasti akhirat kamu dapati.
Kamulah Qadim sejati
Esok bila sudah siang bergeraklah kamu menuju arah matahari naik. Teruslah mendaki bukit hingga sampai ke gua senggara. Disitulah tempat pertapaan kamu, beramallah dengan sepenuh hati, pasti dunia kamu miliki, beramallah dengan ikhlas hati pasti akhirat kamu dapati.
Rumah tinggi bertiang seri
Bertangga tingkat kayu meranti
Hidup mati Qadim sendiri
Agar diri tahu perihal mati
Bertangga tingkat kayu meranti
Hidup mati Qadim sendiri
Agar diri tahu perihal mati
Qadim mula duduk beramal di malam hari tinggal berseorang menyendiri. Siang berburu mencari bekal untuk dimakan tanpa henti.
Pulau Senggara ditawan hati
Dulunya sepi kini juga sunyi
Riuh rendah gendang berbunyi
Entah siapa yang berentak menari
Hai segala jin hantu jembalang disini
Qadim ku lihat setiap hari.
Dulunya sepi kini juga sunyi
Riuh rendah gendang berbunyi
Entah siapa yang berentak menari
Hai segala jin hantu jembalang disini
Qadim ku lihat setiap hari.
Sedang Qadim beramal tiba-tiba cahaya biru memancar dihadapannya . Semakin dilihat semakin tinggi cahaya memancar. Tiba2 gelap malam hari menjadi terang benderang.Qadim menyerah rela hati, cahaya biru menyelinap masuk kedalam raga tubuhnya. Sama ada khayalan atau mimpi Qadim sendiri tidak pasti....
Comments
Post a Comment