Skip to main content

Melepaskan Angin Silat Semarak Silat Pusaka Warisan


Asalamualaikum wbt....

Minggu ni akan bermulanya Ramadan, banyak sangat program yang nak dihabiskan dalam minggu ni, semua berjalan seperti yang telah diaturkan oleh yang Maha Kuasa, bermula dengan tugasan yang aku handle Rentak Juara Akhir, Konsert 7117 dan Program Semarak Silat Pusaka Warisan anjuran DSSM, PEWARIS dan Hamboran Rimou Puteh, seronok dapat bersama-sama rakan-rakan seperjuangan dalam dunia persilatan dapat berkenalan dengan sahabat baru lebih-lebih lagi yang berdarah Banjar ni.




Sebenarnya aku ni dah lama tak bersilat seingat aku last aku bersilat dalam 8 tahun lepas kot, masa silat pengantin kenduri kawen si Lani, tapi aku tak pernah la tinggal permainan silat ni, jadi masa program ni dapat la aku main melepaskan angin silat ni walaupun badan dah tak fit macam dulu, langkah pun sumbang sikit, gerakan pun tk tersusun sangat, paling ketara langkah jalak lenteng aku tu tak teratur sangat, tapi aku masih bangga sebab masih boleh bermain solo, ditambah dengan gerakan hak (semula jadi), yang penting gaya permainan cemande aku ni tk sama langsung dengan gaya permainan perguruan lain sebab dah beberapa event aku ikut tengok perguruan lain main, tapi gaya aliran Cemande Banten yang aku bawa ni betul lain dan sungguh aku sangat bangga (puji diri sendiri lak).



Kehadiran aku sebenar nak bagi sokongan je masa tu takde la niat nk main sangat, ingat kalau diajak pun mungkin cukup satu set permainan dah la, tapi tak sangka dari sesi permainan  orang lama buka gelangang lepas tu kene petik buat jurus solo, dan ikut sama penutupan gelangang bersama-sama guru tua menjadikan satu kepuasan bagi aku yang dan lama pendam angin silat ni, tu bila balik baru rasa sengal-sengal peha kaki tu, weiii pecah lemak2 kaki, tu pun rasa tak puas sebab set kedua ketiga tu dah rasa sakit, tu yang tk boleh nk tunjuk langkah yang baik dan halus tu.



Aikkk sebenarnya niat asal aku nk tulis ni pasal lain, pasal hari yang aku rasa suram bila teringgat pasal 3 hari lagi nak puasa, rindu arwah mak, nak jalani kehidupan bulan puasa ni, lebih-lebih lagi bila kenangkan yang raya pertama nanti kene kerja, terlepaslash satu nikmat yang ada dalam bulan Syawal ni, nikmat bersama kawan-kawan suasana raya di kampung yang meriah, hmm sedih bila raya kat Kuala Lumpur ni, sembahyang raya walaupun dekat masjid tapi suasana kemeriahan tu langsung tkde rasa, tak kenal satu sama lain, kat kampung ada baraan dari rumah ke rumah, ni habis solat raya (entah pergi entah tidak) datang opis yang kosong ni tengok muka budak-budak yang kene keje hari tu semua muka toyaa jee....nk tunggu makan-makan, baru boleh balik kampung, sampai kampung pun dalam pukul 4.30 petang, masa tu dah habis masa meriah tu, cuma boleh nengok budak-budak berlumba-lumba dijalan.

Tu jelah buat masa ni mungkin nanti nak raya aku akan update sesuatu yang rasa lebih menyedihkan sebab saja nak luahkan perasaan pasal tak dapat cuti raya pertama.k byee

Comments

Popular posts from this blog

Ramalan Jodoh mengikut Kitab Tajul Muluk

Kitab Tajul Muluk adalah merupakan kitab lama. Dikatakan perkataan asal adalah taj-al-mulk. Setelah ia memasuki tanah melayu dari arab, maka sejak itu lah ia berubah menjadi tajul muluk. Sesetengah orang menolak apa yang terdapat di dalam ilmu tajul muluk kerana dikatakan boleh memesongkan akidah. Antara ilmu yang terkandung di dalam kitab ini adalah seperti ilmu berkaitan sifat wanita dan juga jodoh. Berikut adalah pengiraan berdasarkan ilmu tajul muluk mengenai ramalan jodoh. LANGKAH 1 Ke semua nama perlu dieja di dalam tulisan jawi. Memerlukan  nama sendiri, nama ibu sendiri, nama pasangan  dan nama ibu pasangan jumlahkan semua nilai huruf pada nama tersebut. kemudian, jumlah tersebut perlu di tambah 7 dan bahagi 9 Perlu teliti dalam pengejaan kerana dibimbangi keputusannya nanti tidak tepat. CONTOH nur + nurul + muhammad + ahmad احمد +  محمد  +  نورال  +  نور asingkan huruf dan tambah macam di bawah ni (50+6+200)+(50+6+200+1+30)+(40+8+40+4)+(1+8+40+4) jumlah huruf

Nabi Penjaga Air-Bumi-Hutan & tanaman

  Nabi Penjaga Air-Bumi-Hutan & tanaman PENJAGA AIR / BANYU: Nabi khaidir. a.s. Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Khaidir Alaihissalam, ulun minta halal minta ridho wan pian minta banyu gasan mandi,mandi wajib,minum,dll PENJAGA TANAH / BUMI Nabi adam. a.s. Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Adam Abul Basyar Alaihissalam, ulun minta halal minta ridho umpat bejajak / bejalan di atas / di belakang tanah / bumi atau handak betanam pohon dll PENJAGA HUTAN / PAPOHONAN Nabi ilyas. a.s Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Ilyas Alaihissalam, ulun minta halal minta ridho minta kayu atau menatak kayu dll PENJAGA RUMPUT / TANAMAN Nabi idris. a.s Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Idris Alaihissalam, ulun minta ridho minta halal umpat bejalan / bejajak di atas rumput dll

Ilmu Ina Anaa Amanna

Assalamu'alaikum Wr. Wb. -----------------------------------------------------------------------   Mau ngasih TESTIMONI tentang amalan dibawah ini: yang dibabarkan oleh Guru Bambang Satriani. ----------------------------------------------------------------------- langsung tajrib lagi, kalau disini semula jadi namanya INNA ANNA AAMANA Dibaca 11 kali tahan nafas, lidah lipat keatas tahan nafas diperut pegang dada kiri oleh tangan kanan, setelah beres membaca niatkan dalam hati ditujukan untuk apa fadilah -menundukan hati seseorang -tidak bayar ongkos kendaraan umum -meredam orang yang lagi emosi -menundukan atasan,bos -menangkan arisan -penarik pembeli