Skip to main content

Posts

Qadim Hangus tulisan Anjang Mawi

Qadim Hangus (1) Kalau benar Nabi Allah Ibrahim membina Kaabah Kalau benar wali allah sampai di baitullah Sungguh Qadim takkan musibah Kerana dalam pelihara Allah. Akulah si Qadim Hangus Berkat doa laillahaillah Mohd Rasulullah.     Kisah Si Qadim tersebar luas di pelusuk mukim kerana terkena panahan petir. Dah ajal itu ketentuan, Qadim tidak mati dan hanya beberapa jam pengsan.     Semasa hujan lebat kilat sabung menyabung, satu detuman kuat panahan petir berbunyi. Qadim yang sedang duduk terbaring tumbamg. Tubuhnya sebahagian hangus, orang2 yang berada di warumg kopi itu berkerumun sambil mulut kumat kamit membaca sesuatu, khuatir juga terlibat kena panahan petir.      Tiba2 suara seseorang berkata, ada tetungkal di pokok kelapa. Tumpuan mata beralih dari Qadim kepada pokok kelapa berhampiran. Pokok kelapa hangus kekuningan layu ibarat terkena racun tempias panahan petir. Namun ajaibnya daun2 pokok kelapa tersebut tersimpul seperti ayaman...

RATIP SEMERAH PADI. tulisan Anjang Mawi

     Mana lar kawan sorang ni, selalunya hari Khamis dah start meroyan, tapi sampai sekarang petang Jumaat tak lagi muncul.. agaknya masih dalam fanaq bakaq tak habis2 atau pun ramai tetamu datang minta tolong doakan itu ini dan sebagainya. Oleh kerana demikian sibuknya ya amat hingga nak londeh seluar nak kencing pun tak sempat.            Kawan saya ni orangnya taklah alim sangat tapi alim lar jugak sebab kekadang dia pakai serban dan jubah kerana serban itu menunjukkan  kealiman seseorang kata masyarakat. Rasa geli geleman pun ada bila dia letak celak dan pakai serban sebab kita campur lama dengan dia, ibarat ABC dalam mangkuk. Kacang tersenyum melihat ais kerna kemudiannya cair menjadi air kena hirup tapi kacang tak perasan yang dia juga nanti kena kunyah.. hehe choiii            Wataknya amat baik, kelakar dan sentiasa nak senangkan hati kekawan tapi degilnya boleh tahan gak. Salah satu hobi bel...

Temu Bual Dengan Pegetua Yayasan Nursaifullah

          Asalamualaikum wbt........Lama betul aku tak menulis asyik share jee apa yang orang lain tulis tapi hari ni aku nak tulis pasal temuramah aku dengan Ustaz Mahdi Rizki Pengetua Yayasan Nursaifullah, pemain peranan utama dalam rancangan Alam Sebelah, mungkin ramai yang tak tahu rancangan Alam Sebelah ni apa, biar aku cerita sikit pasal rancangan ni, ia merupakan rancangan paranormal macam  Seeker la. Tv Indonesia ni ada banyak rancangan macam ni seperti Kasat Mata, Dunia Lain, Misteri Tukul, Jejak Paranormal ntah apa-apa lagi.       Ustaz Mahdi boleh la kata seleberiti macam Ki Prana Lewu gak, team Alam Sebelah ni berpusat di Banjarmasin, malam td 25 Feb aku semak-semak la news feed di FB, pastu nampak la status ustaz ni, aku pun saja la usha-usha borak, lepas tu ustaz pun balas  pertanyaan aku, masa tu aku putuskan nak terus interview ustaz untuk masuk dalam entri aku ni, rajin pula ustaz ni reply komen-komen aku ni, jadi aku ...

Tok Lalang Beliung tulisan Anjang Mawi

Asal usul Tok Lalang Beliung.  Lahir di sebuah desa pendalaman jauh dari manusia moden. Sebuah keluarga daif hidup dalam serba serbi kekurangan. Membesar tanpa sebarang pendidikan makanya tidaklah mengenal erti persekolahan. (Macam minta simpati pulak cerita ni, yg nak derma silakan, nanti boleh dapat banyak pahala) Ubi kayu dan segala macam ubi dah jadi mainan Pak Lalang Beliung untuk membesarkan dirinya. Tanpa sedar Pak Lalang Beliung telah akilbaligh menjadi remaja. Hati  Pak Lalang Beliung rasa puas telah dinobat dewasa, sepuas pendekar menewaskan musuhnya . Pada suatu hari tarikh tetap dan waktu tidak ingat pada pertengahan Rabiulakhir sebelah malam selepas Magrib sewaktu Pak Lalang Beliung di beranda pondok usangnya tiba-tiba telah didatangi oleh seseorang yang tidak dikenali. Wajahnya kekuningan bercahaya, bermisai dan berjambang, tubuhnya agak sado berpakaian kemas rapi. (Baju ada lambang Toyota - muskil) Dalam hati Pak Lalang Beliung tertanya-tanya siapakah g...