Skip to main content

Tok Lalang Beliung tulisan Anjang Mawi

Asal usul Tok Lalang Beliung. 

Lahir di sebuah desa pendalaman jauh dari manusia moden. Sebuah keluarga daif hidup dalam serba serbi kekurangan. Membesar tanpa sebarang pendidikan makanya tidaklah mengenal erti persekolahan. (Macam minta simpati pulak cerita ni, yg nak derma silakan, nanti boleh dapat banyak pahala)
Ubi kayu dan segala macam ubi dah jadi mainan Pak Lalang Beliung untuk membesarkan dirinya. Tanpa sedar Pak Lalang Beliung telah akilbaligh menjadi remaja. Hati Pak Lalang Beliung rasa puas telah dinobat dewasa, sepuas pendekar menewaskan musuhnya .
Pada suatu hari tarikh tetap dan waktu tidak ingat pada pertengahan Rabiulakhir sebelah malam selepas Magrib sewaktu Pak Lalang Beliung di beranda pondok usangnya tiba-tiba telah didatangi oleh seseorang yang tidak dikenali. Wajahnya kekuningan bercahaya, bermisai dan berjambang, tubuhnya agak sado berpakaian kemas rapi. (Baju ada lambang Toyota - muskil) Dalam hati Pak Lalang Beliung tertanya-tanya siapakah gerangan tetamu ini dan apakah hajatnya.
Assalamualaikum......
Ambe datang membawa hajat
Jangan takut mengiring kalbu
Ambe berpenyakit ingin berubat
Jangan tuan mengata tidak tahu
Maaflah tuan
Sunnguh ambe tidak mengerti
Huruf Alif pun ambe tak kenali
Apa yang dimaksudkan begitu begini
Kalau nak berubat jumpa Sani..
Kalau tak pun jumpa Wani
Ambe tak tau apa2...

Tok Lalang Beliung (2)

Ambe baru stahun jagung, kalau ketom boleh gak direbus tapi ambe manusia yang tiada apa-apa, tiada cincin permata nak di tayang-tayang apatah lagi kemeyan nak dibakar untuk mengubat orang,terang Tok Lalang Beliung kepada tetamu yang tidak diundang tersebut. Lainlah Tok Ngulu Fizol kehulu hilir bersama tembakau kopi menyedut pipe meneroka alam.Orang kata Tok Ngulu Fizul wali..entahlah……Kemudian Tok Lalang Beliung bertanya….
Nama Tuan siapa…?
Berasal dari mana…?
Hajat apa sebenarnya…?
Tetamu tersenyum simpul, agak lebih kurang Halimah Jongang melihat gelagat Tok Lalang Beliung bertanya soalan, seterusnya menjawab satu persatu.
Nama ambe Kuntrai Alam, berasal dari Hulu Angin Sambuh di sebuah negeri bernama Spa Junjung Darjat. Ada pun tujuan ambe berjumpa tuan membawa amanah untuk menyampaikan senjata berupa Beliung kepada tuan dan hanya bermain untuk berubat. Kegunaannya bermacam-macam dan bawalah kemana sahaja tuan pergi.Bila ada hajat berdoalah memohon dan Beliung sebagai sandaran maka nanti insyallah Pengusa Alam akan memakbulkan. Alhamdulillah dan tiba-tiba tetamu Kuntrai Alam telah ghaib dari pandangan Tok Lalang Beliung.
Semenjak dari saat itu Tok Lalang Beliung tidak pernah berpisah dengan hadiah senjata Beliung yang diterima. Orang kampong sering bertanya ,dari mana beroleh Beliung .Bermacam helah macam lalang diberikan jawapan dan akhirnya dapatlah gelaran nama Lalang Beliung. Kekalah sehingga ke dalam kad pengenalan tertera nama Lalang Beliung Bin Mohd Sunny.
Semenjak menerima senjata Beliung tanpa disedari Tok Lalang Beliung mudah teramat sangat untuk pergi ke satu-satu tempat. Awalnya tidak sedar bila berniat sahaja hendak menuju ke satu tempat maka putting beliung hadir menerbangkannya…. Fuhhhhhh… ada macam tipu ke...

Tok Lalang Beliung (3)

Orang kampumg begitu resah kekerapan kehadiran puting beluing di kampung mereka tetapi turut merasa lega kerana puting beliung ini tidak pernah merosakkan atau membinasakan harta benda atau apa juga di kampung tersebut.Namun bagi Tok Lalang Beliung itu adalah anugerah untuknya dan beliau amat gembira sekali apa yang dimiliki.
Pada suatu malam, Tok Lalang Beliung telah dihadirkan mimpi yang mana Raja Beliung mengajarnya pelbagai serapah dalam menggunakan senjata Beliung dan juga angin puting beliung. Saban malam Raja Beliung hadir dalam mimpinya mengajar sesuatu diluar hokum akal Tok Beliung. Antara jampi serapah yang awal yang Tok Lalang Beliung diajar adalah ajian Beliung Gagah Tubuh. Serapah jampi berbunyi….

Hai Beliung, aku tahu asal engkau dari dua beranak bertapa untuk sakti
Beras bertih digenggam, yang kanan hari genap, yang kiri hari ganjil
Aku menapakan beliung dalam diriku supaya gagah perkasa
Tiada busur panah menembus, tiada pahat tembus dimata
Sedangkan tembaga dan besi cair meleleh apatah lagi peluru timah melayang
Aku siputing beliung, melencongkan segala petaka, tidak rosak tidak akan cacat tubuh selamanya.
Ghaib aku dalam beliung Hu Allah dengan berkat doa………dot.. dot.. dot
{ Yang rasa syok nak jadi gagah boleh ler amalkan mentera ni, apa2 yang terjadi tanggung sendiri}

Sejak beramal mentara Beliung, Tok Lalang Beliung sangat berahsia, namun rajinnya tidak terkira, habis segala kebun sawah diambil upahnya. Orang kampung sangat gembira kerana ada pemuda kampung ringan tulang membantu apa sahaja. Biarpun begitu, banyak yang suka ada juga yang tidak gembira. Inilah dikatakan hokum alam bekarma. Salah seorang pemuda kampung nama panggilan Gelendangan Sparow bersama teman-temannya sangat sakit hati tidak terkira.

Pada suatu hari, nak dijadikan cerita Gelendangan Sparow dan para sahabatnya menguji kesabaran Tok Lalang Beliung….
Mentera apakah yang digunakan Tok Lalang Beliung bagi mengajar kebiadapan Gelendangan Sparow dan rakan-rakannya.. tunggu

Tok Lalang Beliung (4)
Lurusnya tombak tidak membisu
Lenggang lekuk keris bersarung
Bersinar kilat parang terasah
Bukan tandingan si puting beliung
Hadirlah Si Anak Puting Beliung
Mengutip sampah musuh durjana
Jangan lagi bersisa-sisa, sambil Tok Lalang Beliung mengangkat tangan memberi isyarat menunjuk ke arah Gelendangan Sparow...
Maka tiba-tiba ribut puting beliung pun hadir melanda. Gelendangan Sparow diangkatnya dibawa terbang tinggi melayang entah kemana. Rakan2 Gelendangan Sparow yang lain bertempiran lari menyelamat diri dan Tok Lalang Beliung hanya tersenyum melihat keadaan.
Semenjak dari tarikh tersebut nama Tok Lalang Beliung terkenal meniti dari bibir ke bibir akan kehebatannya. Orang terkenal Hj Beragas Subuh pun turut bertanya , tak ketinggalan Tauke Saw Nyonya Chinchau turut risau akan warongnya. Oleh kerana demikian terpaksalah Tok Lalang Beliung berpindah dari kampung khuatir akan adanya fitnah. Berjalanlah menuju ke selatan dan kecohlah sekampung Tok Lalang Beliung telah tiada.
Ramainya orang tahu akan Tok Lalang Beliung tapi sayang tidak mengenal kecuali orang kampungnya. Dalam perantauan ringan tulangnya masih seperti biasa, membantu masyarakat daif sentiasa.
Berpindah randah perkara biasa, menumpang simpati turut sama akhirnya Tok Lalang Beliung sampai di sebuah daerah bernama Pancung Perdana. Tok Lalang Beliung menukar nama kepada Ku Alang Bera supaya orang tidak tahu siapakah gerangan dirinya. Di kampung ini Tok Lalang Beliung tinggal menumpang di sebuah madrasah mendalami ilmu agama.
Tuan guru bukan calang2 orangnya .Mata hatinya kasyaf tembus pandang sering memerhati tingkah lakunya.Suatu waktu Tuan Guru bercerita:-
Umurnya kecil tanpa pelajaran
Hidupnya miskin serba kekurangan
Tiada kedua ibubapa
Sebatang kara menempuh susah
Jauhnya merantau menghindar fitnah
Kerana ilmu sudah terdedah
Raja Beliung berdiam diri tidak bermegah.
Itu aku, bagaimana Tuan Guru tahu.. siapa yg cerita (dalam hati Tok Lalang Beliung)
Belajarlah bersabar sebanyaknya wahai Ku Alang Bera , apa yang ada simpanlah buat seketika kerana hidup hanya sementara, biar aman tanpa musuh melanda.
Insyaallah Tuan Guru..

Tok Lalang Beliung (5)

Bertambah tekun Tok Lalang Beliung belajar agama kerana Tuan Gurunya petah menjawab soalan yang tersurat lagi tersirat. Hukum hakam sudah dalam kepala dan era mengenal alam pun bermula.Usul diri mencari punca agar ditemui tuhan perkasa, yg lain dinafinya maka Tok Lalang Beliung pening lalat dibuatnya.
Rahsia dirinya tetap dijaga dan hanya Tok Guru mengetahui siapa dia. Sesekali teruji juga, Tok Guru sering menyindir kudrat punya siapa kalau bukan tuhan yang maha berkuasa.
Suatu saat ribut taupan melanda, madrasah digempur binasa dibuatnya,murid pengajian basah kuyup namun Tuan Guru tersenyum bersahaja.
Tok Lalang Beliung bertambah resah bila dilihat Tuan Gurunya tanpa gelisah sepanjang masa sehinggalah taufan diusir pulang keasalnnya.Dalam hati ilmu apakah Tuan Guru bersahaja, akan ku pelajari tak kira masa, mudahan tercapai hajat dihati agar sempurna.
Betahun sudah Tok Lalang Beliung mengaji di pondok Tuan Guru, tak sangka pula ada puak puak didalamnya. Bila bara merebak, api pun marak maka terjadilah pertelingkahan. Cabar mencabar pun terjadi, dari asal daerah beralih keturunan, masing2 mendakwa hebat belaka biarpun belum dicuba. Tok Lalang Beliung memerhati tapi diarah Tuan Guru supaya selesaikan segera agar menjadi pengajaran untuk mereka. Berdalih Tok Lalang Beliung tapi terpaksa kerana Tuan Guru lebih makrifah dihatinya.
Turunlah Tok Lalang Beliung untuk muzakarah supaya pertelingkahan selesai segera. Diucapkan sepatah dua kata....
Hai anak manusia
Kalau benar berasal Adam
Janganlah angkuh nak berdendam
Api yang marak cubalah padam
Supaya tenang neraka tidak mengidam.
Terperanjat kedua puak mendengar anak hingusan bersuara dan salah seorang pula cuba menyerang Tok Lalang Beliung. Penumbuk diacu ke muka Tok Lalang Beliung tapi satu pun sasaran tidak mengena. Malunya tidak terkira manakala yg lain terbahak bahak ketawa. Diarah semua kumpulannya menyerang Tok Lalang Beliung agar diajar hingga lunyai kata mereka. Segeralah Tok Lalang melompat tinggi ke udara terampung bagai burung mendabik dada. Turun semula ketanah dgn kuda2 , diserunya Raja Beliung hadir dengan mentera minta diajar kumpulan penderhaka. Jurus Beliung pun dipakai guna , seorang demi saorang pun tumbang tidur lena. Tok Lalang Beliung kekal disana, setiap lawan datang menyembahnya.
Kudrat iradat ilmu hayat samaq basar kalam buka ku punya.. tohan memberi janganlah disalah guna, hidup damai aman sejahtera, hati tenang menuju ke syurga. Ambe pun orang biasa, bukanlah pahlawan tidak juga laksamama,jangan disembah itu mendua namanya.
Pada masa yang sama ada juga yang masih tidak berpuashati, diambilnya kapak cuba mendekati namun Tok Lalang Beliung pantas memerhati. Belum sempat kapak mendekati jurus beliung mengempur sendiri. Musuh tumbang terkena pukulan sakti kerana beliung punya cemati.Entah bila tangan Tok Lalang Beliung memukul musuh tak seorang pun dapat perhati. Begitulah hebat ilmu yang dimiliki dan tanpa sedar musuh yang ingin menyerang tiba2 mati.
Kesalnya Tok Lalang Beliung dengan apa yang terjadi maka di serunya puting beliung menghampiri.Segeralah Tok Lalang Beliung menghilangkan diri bersama angin beliung mengembara lagi.
Sedarnya Tok Lalang Beliung di sebuah negeri.Raja bernama Pok Nang Sari pengemar zamrud sejak azali. Namun negeri sangatlah sunyi sepi bagai tiada rakyat yang menghuni. Berjalanlah Tok Lalang Beliung berseorang diri tanpa sedar askar di raja asyik menerhati.
Saat Tok Lalang Beliung lelap dibawah pohon jati, tiba2 telah dikepung askar Raja Pok Nang Sari. Tombak dileher kanan dan kiri disoal siasat apakah hajat Tok Lalang Beliung dihati.
Tok Lalang Beliung tidaklah terperanjat mana dengan apa yang terjadi dan hanya memohon supaya disimpati. Askar berkeras supaya Tok Lalang Beliung dibawa mengadap kehadapan Raja Pok Nang Sari. Mereka berkata jika datang ke negeri ini membawa niat buruk maka buruklah padahnya, jika niatnya baik maka baik jugalah diterimanya.
Di hadapan Raja Pok Nang Sari, Tok Lalang Beliung merendah diri namun tetap menjeling kerana gementar cincin zamrud di dua jari. Hijau berair idaman hati, tapi apakan daya tak mampu nak membeli.
Raja Pok Nang Sari bertanya..
Bukanlah ia satu keperluan
Bukan juga kegunaan
Bukan juga ia permainan
Dimiliki adalah idaman,
Hijau warna kebiasaan
Tiba2 terpacul dari mulut Tok Lalang Beliung.. cincin zamrud tuanku.... siaran tergendala..


Tok Lalang Beliung (6)

Raja Pok Nang Sari dengan 2 cincin zamrud azimat keturunan nenek moyangnya bermula bertanya asal usul Tok Lalang Beliung dan perbagai soalan lagi dan akhirnya Raja Pok Nang Sari berpuashati dengan jawapan yang diberikan. Tok Lang Beliung sedikit sebanyak pun lipak juga dalam menjawab soalan Raja dan telah menukar namanya kepada Loh Bestari bin MJ Mega Suci.
Kemudian Loh Bestari bertanya kenapa negeri itu sunyi sepi bagai tiada berpenghuni. Kemudian memanda menteri pun menceritakan apa yang terjadi. Waktu siang hari semua penduduk takut hendak keluar rumah kerana takut dengan serigala jadian. Diceritakan beratus ratus serigala akan merayau rayau dan akan menyerang sesiapa yang dilihatnya. Serigala jadian ini diketuai oleh seorang petapa jahat dikenali sebagai Utoh Warek Serigala.Ramai sudah panglima hadir cuba menentang tapi tak seorang pun dapat mengalahkan nya, malahan ada yang berpihak kepadanya kerana khutir akan dibunuh. Setakat ini hanya kawasan istana yang tidak dapat dimasukinya kerana Raja Pok Nang Sari tidak kurang hebatnya. Walaubagai mana pun kesian kepada rakyat jelata yang tidak dapat melakukan apa apa kerja.
Selepas habis diceritakan kisah negeri itu maka Tok Lalang Beliung menawarkan diri untuk cuba membantu. Raja terpegun kerana dilihat anak muda yang bersemangat jitu. Ditanya Raja apakah kebolehan Tok Lalang Beliung hingga sanggup hendak berhadapan dengan Petapa Utoh Warek Serigala namun Tok Lalang Beliung hanya membisu.
Kalau nanti terbenam matahari
Maka malam hadir sukarela
Lihatlah lagak bulan dan bintang
Tiadalah guna ambe menawarkan diri
Kumpulkan rakyat jelata ambe akan yang menuntut bela
Biar terkorban nyawa tetap ku tentang
Lembut lembutnya lidah si biawak
Lembut lagi lidah putri
Kalau dah begitu kehendak awak
Pancinglah petapa bawa kemari
Biar Loh Bestari yang menghadapi
Bermesyuaratlah Raja bersama menteri2nya di malam hari ( khabar mesyuarat di Safren cafe pengerusi Lan Sunny)...
Keputusannya dari Raja Pok Nang Sari supaya di adakan pesta untuk rakyat disiang hari bagi memancing serigala jadian datang menghampiri.
Hari tersebut Tok Lalang Beliung pun hadir melapur diri. Raja pun turun padang menjadi pemerhati, apakah petapa akan tewas hari ini.
Sedang pesta berlansung benar bagai dijangka, serigala jadian muncul tiba2.. beratus ekor ibarat pesta mereka yang punya. Muka bengis siap sedia hendak menerkam rakyat yang bersukaria. Maka kucar kacir rakyat dibuatnya dan masing2 lari bersembunyi dibawah para. Yang tinggal hanya Tok Lalang Beliung, Raja Pok Nang Sari bersama hulubalang bertaraf laksamana.
Setenang tasek cini yang tiada gelora Tok Lalang Beliung tanpa setapak berundur tidak gentar melihat serigala. Ratusan serigala jadian sangat dahaga, idaman hati darah Tok Lalang Beliung untuk santapan mereka. Mengelilingi Tok Lalang Beliung sedia untuk membaham agar daging nanti dibahagi sama rata.
Tiba2 ribut puting beliung turut hadir meranapkan tapak pesta. Raja Tok Nang Sari turut gementar melihatnya. Serigala jadian bertahan dengan angin puting beliung berlegar legar mencari sasaran untuk diangkatnya dan akhirnya serigala jadian bertukar menjadi manusia yang diketuai oleh Petapa Utoh Warek Serigala. Dalam ribut bertempurlah Tok Lalang Beliung dengan Petapa Utoh Warek Serigala bersama anak buahnya.
Andalan Maut Beliung Puaka.
Hai Raja Beliung dari Segenap Ufuk
Hai Neraka Pintu yang tertutup rapat
Ku hantar Raja Beliung meminjam bara
Biar panasnya 70 ribu kali berganda
Andainya tercecah tubuh takkan ada penawar mujarab
Akan hancur menjadi debu halus.
Aku Si Beliung puaka menyembah duli merah membara bersama api neraka.
( panjang lagi menteranya... jangan dicuba khuatir berasap badan, tanggung sendiri)
Senjata Tok Lalang Beliung pun bertukar merah bara ditangannya, lalu dilepas melayang ke udara. Setiap anak buah Petapa Utoh Warek Serigala telah ditujahnya, tewaslah mereka satu persatu hangus menjadi debu tidak berupa. Tinggal seorang Iaitu Petapa Utoh Warek Serigala kebingungan melihat anak buahnya yang telah tiada. Sungguh handal si petapa tidak lut jurus maut beliung puaka.
Maka kehadapan Petapa Utok Warek Serigala untuk menentang Tok Lalang Beliung seterusnya......
Tubuh Petapa Utoh Warek Serigala sasa dan tinggi lampai orang. Diserangnya Tok Lalang Beliung dengan andalan pasak bumi hingga tak dapat berganjak Tok Lalang Beliung. Ingin melompat keudara kakinya dicengkam bumi, Petapa makin hampir untuk menikam dengan tombaknya.
Aku embun pagi
Muncul disubuh hari
Matahari naik lagi
Ghaiblah aku sekali
(Turunnya ilmu ghaib Tok Lalang Beliung)
Ghaiblah Tok Lalang Beliung dari pandangan Petapa. Marahnya tak terkira kerana tak dapat hendak menikam didada. Hampa jurus pasak bumi tidak berkesan, dapat dipatah oleh Tok Lalang Beliung bersahaja....

Tok Lalang Beliung (7)

Raja Pok Nang Sari gamam melihat pertempuran sambil berfikir kemana hilang Tok Lalang Beliung. Khuatir juga jika tak muncul siapa akan menetang si Petapa, sedang jurus maut beliung puaka pun tidak lut untuknya.
Bila matahari muncul pagi
Pancaran cahaya turut menemani
Aku Raja beliung muncul kembali
Mengikut cahaya melepas pasak bumi
Muncullah Tok Lalang Beliung menyeringai gigi sambil menyindir Petapa Utoh Warek Serigala.
Bertahun tahun tinggal sendiri
Kata bertapa hidup menyendiri
Dah tua masih tak sedar diri
Ilmu tak seberapa ada niat mengusai negeri
Tak mungkin akan menjadi sultan biarpun sehari
Hahaha.. kalau jadi pun takkan ada permaisuri
Kerana tiada siapa yang sudi
Nama pun serigala tiada gigi...
Ketawa terbahak bahak Tok Lalang Beliung sukanya hati..
Marah bukan kepalang Si Petapa sambil membuka langkah jurus Panah Halilitar Berapi. Digempurnya Tok Lalang Beliung dengan pukulan jarak jauh panah halilitar berapi. Terperanjat sungguh Tok Lalang Beliung menahan pukulan tersebut. Api membuak marak di tahan oleh Tok Lalang Beliung supaya tidak sampai ketubuhnya. Kumat kamit mengingat mentera Hujan Beliung Bersalji.
Kalau api menjulang tinggi
Setitis air tidaklah beerti
Aku beku dalam ribut salji
Api marak kuncup diam menyepi
Dingin salji membasah bumi
Terpadamlah api aku tetap sejati.
Turun salji bersama puting beliung dan padamlah api yang dijurus oleh Si Petapa.
Tahap sabar Tok Lalang Beliung telah berakhir dan kini beliau membuka langkah jurus Saka Beliung Menggila.
Pusar pusar diumbun umbun
Pusaran beliung disegenap pelusuk
Berpusar kini dalam gemgaman
Hidup kini dalam buangan
Gilalah pusar berpusing menari
Menembus musuh bila menanti
Kun pusar penggempur diri
Diserunya Raja Beliung berganda sebesar gunung ganang. Pusaran Raja Puting Beliung akur menurut perintah. Ditadahnya tangan bersama senjata beliung.Sepantas kilat Tok Lalang Beliung masuk kedalam pusaran raja siputing beliung. Sekelip mata Petapa Utoh Warek Serigala disedutnya dalam gumpalan. Saat itu Tok Lalang Beliung melepaskan jurus Panah Beliung Bisa Sipari. Sasaran tepat menuju ke dada Petapa Utoh Warek Serigala. Kebal pun tiada berguna kerana racun pari meresap ke jantungnya. Tak sampai 5 saat Petapa Utoh Warek Serigala pun mati serta merta. Raja Angin Puting Beliung pun pergi dan sekitar kawasan tenang dan aman kembali.Gong telah dipalu, Si Petapa diistiharkan mati.
Raja Pok Nang Sari gembiranya tiada terperi dan rakyat jelata bersuka ria senangnya hati.
Negeri Raja Pok Nang Sari kembali sedia kala dan berhutang budi pada Tok Lalang Beliung.
Kalau beta punyai puteri
Pasti Tok Lalang Beliung kupilih sebagai menantu
Apakan daya beta sendiri tidak mempunyai isteri
Katakanlah apakah hajat yang dapat beta bantu
Tersenyum simpul Tok Lalang mendengar ucapan Raja.
Andainya benar hajat dihati
Pasti ikhlas bila memberi
Banyak sungguh pilihan hati
Cincin zamrud jika tuanku sudi
Kerana ambe tertarik sekali
Tak kiralah jari kanan atau pun kiri
Tetap ku terima sebagai saguhati
Jika tidak ambe pun tak kecil hati
Sekadar berhajat jika diberi.
Peninnn lalat Raja Pok Nang Sari samada nak beri atau tak..

Tok Lalang Beliung (8)

Tanpa pilihan Raja Pok Nang Sari di tanggalnya cincin zamrud sakti dari jari dan di hadiahkan kepada Tok Lalang Beliung. Bukan kepalang gembira Tok Lalang Beliung menerima saguhati dan kemudian Raja mengarah Tok Lalang Beliung tinggal di istana dilantik menjadi menteri. Bukan pandai sangat Tok Lalang Beliung dalam urusan negeri tapi kerana dilantik terpaksalah berbakti. Hidup aman tenteram Raja , Tok Lalang Beliung bersama rakyat tapi sayang Raja tetap masih tidak berpermaisuri.
Nak dijadikan cerita pada suatu hari Tok Lalang Beliung bermimpi. Ditugaskan beliau supaya meninggalkan negeri kerana dah sampai masa merantau lagi. Dengan rasa beratnya hati, Tok Lalang Beliung pun menghilangkan diri dari istana dan jawatan menteri. Berbekal cincin zamrud sakti pemberian Raja ,Tok Lalang Beliung melangkahkan kaki.
Rasa penat berjalan diserunya puting beliung membawanya kesana kemari sebagaimana yang dihajati. Puas sudah merantau dari negeri ke sebuah negeri, sampailah Tok Lalang Beliung ke daerah kediaman Panglima Beragas Subuh yang gagah lagi bijak bistari. Tok Lalang Beliung pernah mendengar namanya tapi belum pernah berjumpa sendiri dan hanya cerita dari mulut ke mulut yang didengari.
Bertanyalah Tok Lalang Beliung di manakah Panglima Beragas Subuh tinggal kerana hajat ingin bersua agar dapat berbicara atau pun berguru jika disudi. Tak pandai berbohong anak anak kecil terus menunjukkan rumah Panglima Beragas Subuh yang hendak diketahui.
Assalamualaikum
Keluarlah seorang lelaki tua tapi tubuh sangat perkasa, bermisai tebal, berjanggut tanpa baju kelihatan bulu dada. Tok Lalang Beliung pun bertanya apakah dihadapannya Panglima Beragas Subuh seperti dikata dan hanya senyuman manis tanpa dijawapnya. Masuklah ke teratak ambe lagi mudah kita berbicara.
Berbual panjanglah kedua mereka dari Isyak ke Subuh jadinya. Kopi hitam pekat tanpa gula menyebabkan mata tidak mengantuk sekala. Berkalam sungguh Panglima Beragas Subuh bila berbicara hingga Tok Lalang Beliung terlopong mendengarnya.
Ilmu itu tiada berguna
Kerana terhijap dalam permainannya
Segagah mana pun kudrat ahad yang punya
Kita papa lagi hina
Tanpa pengetahuan serta tiada daya upaya. Jika akhir qalam tambah lagi terseksa
Ilmunya diambil kita merana
Kerana ilmu tersebut esa yang punya.
Kembalikan dahulu segala galanya pencarian redha akan bermula.
Tok Lalang Beliung tak kurang juga pengetahuan ilmu qalamnya. Tenungan makrifah benar Panglima Beragas Subuh dah kosong segala. Semua diserah pada yang empunya tinggal wadah ketuhanan diisinya. Namun sikap orang muda sengaja nak menguji orang tua maka dibahasnya mencari kebenaran belaka hingga Panglima Beragas Subuh pun menganggukkan kepala.
Hidupnya kita diatur segala
Hingga kemulian dan kesengsaraan akhirat pun tetap diurusnya
Dia yang merencana, yang mengurus pentadbiran alam semestera.
Hamba mengikut rentak, menari sahaja
Bila penguasa berkata kanan maka kananlah ambe
Bagaimana mungkin hendak kekiri mengubah jalan cerita.
Jika sudi pengalaman Panglima ajarkan ambe ilmu mengenal budi alam semesta.
Agar ambe menjadi manusia tidak pelupa.
Berbisiklah Panglima kepada Tok Lalang Beliung jalan putus hakikat diri sebenarnya siapa. Tertutup rapat rahsia Panglima mengangkat naik jiwa Tok Lalang Beliung ke Sidratul Muntaha. Menitislah air mata Tok Lalang Beliung kerana sayu hiba perjalanan akhir ingin pulang keasal kejadian pertama.
Tiga anak tangga akan ghaib selamanya....


Tok Lalang Beliung (9)

Pertemuan dengan Panglima Beragas Subuh sangat bermakna. Bila beedar dari rumah Panglima Beragas bermacam macam lintasan diakal fikiran dalam melalui perjalanan kehidupan. Dari susah, tiada pengetahuan dan perbagai lagi telah berubah. Kemana hendak dituju arah Tok Lalang Beliung sendiri tidak tahu. Kampung halaman telah lama ditinggal begitu, terasa rindu dihati begitu syadu. Akhirnya keputusan pulang kekampung dan biar mereka tahu kerana itulah jalan terbaik bagi Tok Lalang Beliung.
Bukanlah masa yang lama hendak kembali ke kampungnya, puting beliung diseru untuk membawanya, tak sampai beberapa minit kampungnya telah pun kelihatan. Turunlah ke jalan dihujung kampung dan menuju ke rumah asalnya. Sampai disitu sedih tidak terkira rumah usang tidak berjaga. Kembali kesurau untuk berehat seketika memikir sejenak bagaimana rumah nak dibangun semula.
Masuknya waktu maghrib orang kampung hadir hendak sembahyang maka berjumpalah mereka dengan Tok Lalang Beliung di sana. Ramah sungguh mereka kerana dah 10 tahun tidak berjumpa. Maka panjang cerita suka duka dan sebagainya.
Rumah usang Tok Beliung dibina semula , gotong royong orang kampung membantunya. Gembira Tok Lalang Beliung tidak terkira. Tok Ngulu juga turut suka apatah lagi anak2 dara kerana mereka tahu Tok Lalang Beliung handal orangnya selain dari itu dah jadi pemuda, tanpan gagah perkasa. Tidak lagi miskin malahan kaya raya hadiah dari pihak Raja . Zamrud dijari kiri berkilau menambahkan lagi lagak pemudanya.
Dalam diam Siti Fairus anak Tok Ngulu jatuh cinta. Burung merpati menghantar berita , diluah isi hati kepada Tok Lalang Beliung agar sudi menerima. Bercintalah mereka berdua dan tanpa halangan berkahwinlah Tok Lalang Beliung dengan Siti Firus hingga memperoleh anak lelaki Sulong , Beliung diberi namanya.
Semakin hari semakin tua Tok Lalang Beliung dirinya. Mengajar ugama dicurah segala ilmu yang ada. Semasa perjalanan ke tuan berbagai rintangan dihadapinya tetapi tidak lagi menunjuk ilmu didada. Bersabar itulah kerjanya hanya takzirah untuk menjatuh musuh yang ingin menentangnya.
Pernah suatu hari pahlawan gurkha datang ingin mencabarnya. Berkali Tok Lalang Beliung berdalih kerana tiada kudrat katanya tapi habis segala keturunan Tok Lalang Beliung dicaci maki oleh Pahlawan Gurkha. Akhirnya Tok Lalang Beliung memakai cincin sakti zamrud pemberian Raja . Dibaca mentera maka kebal segenap inci tubuhnya..
Cincin batu zamrud bukan Raja yang punya
Waris nabi Sulaiman menyimpan mohor di raja
Sarung ku kejari menjadi petapa
Sehelai bulu roma tidak akan binasa
Tiada senjata yang akan menembusnya
Kerana 7 sifat dah berpunya.
Bukan kebal haq ku ,
Kebal allah bagi aku
Bukan binasa haq ku
Binasa Allah bagi aku
Tidak binasa aku selagi Allah tidak binasa.
Allah Akbar, Allah Hu Haq.
Turunlah Tok Lalang Beliung menentang panglima Gurkha yang berpedang samurai ditangannya. Ditetaknya tubuh Tok Lalang Beliung tapi tidak tembus senjata. Ditikam dada bagai berladang tidak juga apa2. Hanya tersenyum Tok Lalang Beliung berserah pada yang berkuasa. Lala kelaman di tampar Tok Beliung Panglima Gurkha, tak dapat mengelak tuli Panglima Gurkha selamanya. Tumbang tersungkur menyembah bumi meminta ampun bertaubat juga minta ubat.
Bayaklah lagi kisah2 terjadi pengalaman Tok Lalang Beliung. Kalau nak dicerita khuatir juga Azlin Sparow, PoK Nang, Gelendangan Sufi, Hazura Hamzah, Saiful Bentayan asyik melopong mulut ditipu sentiasa. Biarlah ianya menjadi sejarah nanti anak cucu tahulah menambah tokohnya.
Kini anak Tok Lalang Beliung , Sulong Beliung pewaris utama. Sesekali terdengar juga cerita , bertumbuk dikampung lumrah perkara biasa. ...
Suatu hari dipanggil anaknya Sulong Beliung dengarlah ayah berbicara...
Ada dua perkara
Mengaji biarlah sampai kepenghijungnya
Jangan ditunggu mati menjemput biarlah kita yang menghampirinya
Tuhan itulah yang berkuasa
Kenallah tuhan kerana itulah tujuan hidup dialam maya..
Ayah punya dua senjata
Senjata Beliung pemberian khutub sahbat baginda
Puting Beliung sahabat juga
Bila diseru hadirlah ia
Cincin zamrud bukanlah perhiasan belaka
Bagai Nabi Sulaiman yang memakainya
Ayah akan serahkan segala galanya
Genap 7 hari , selepas Zohor hari Khamis ayah akan pergi selamanya.
Kamu waris ayah menjaga pusaka.
Ini adalah rahsia, jangan dipecah kepada sesiapa Bila akhir qalam menjelma, maka berpisahlah kita.....




Tok Lalang Beliung (10)

Istqomah 7 hari Tok Lalang Beliung berterusan menitiskan air mata mengigatkan penguasa alam yang menjadikannya. Kini dijemput berpindah dari dunia ke kampung akhirat untuk tinggal selama lamanya.Hanya anaknya Sulong Beliung tahu punca. Isterinya Siti Firus gundah gulana memikir suami yang tak kering air mata.
Allahu Wahdahu Lasyarikalh Muhammadun Abduhu Warasuluhu Tawah hu Pain Nahu Haisyusyik Tumanshuh ... .... .... Lailahaillallah Muhammadarrasulullah.... .... Aliful Ghaib Wa Syahadahtullah
Assalamualaikum Walaikumsalam
Zat Allah, Sifat Allah, Kudrat Allah, Na am, sungguh bumi ku pijak, aku tetap dalam kalimah Laillahaillah. Aku datang dari Nur Allah pergi ke Nur Muhammad duduk di lembaga Adam, patuh ajaran Muhammad SAW.
Bismillah nama diriku, Alahamdulillah nama tubuh diriku, Sifatullah nama hatiku, Nurullah dalam tubuhku, Nur Muhammad kejadian aku, Alam tidak memberi bekas, jadi alam kerana aku, jadi aku kerana Allah.. aku pulang sempurna ke asal kejadian ku.
Allah Hu Akbar.. .... ...
Seperti yang di beri tahu kepada anaknya Sulong Beliung pada hari Khamis selepas Zohor genap 7 hari,pulanglah Tok Lalang Beliung kembali menemui tuhannya buat selama.
Gong masjid dipalu 7x isyarat memberi tahu ada orang mati dikampung terdebut. Pantasnya perkhabaran kematian Tok Lalang Beliung keseluruh pelusuk hingga antara benua.
Ramainya manusia hadir tidak terkira, pusing Tok Ngulu memikirkan dari mana datangnya manusia. Semuanya mengaku bersahabat dengan Tok Lalang Beliung dimasa hidupnya. Lagi menghairankan haruman kasturi, misik sentiasa semerbak wangi sekampung merasa. Indahnya kematian Tok Lalang Beliung penuh dengan misteri bila langit mendung sentiasa. Cahaya matahari pun bagai berkabung merendah diri malu memancarkan cahayanya.
Jenazah Tok Lalang Beliung pun diurus segera. Sedang dimandikan tubuh Tok Lalang Beliung tetap panas suam ibarat terkena sinaran matahari dan bersinar kekuningan emas dari wajahnya.
Tak di sangka-sangka orang kampung bercerita.
Tok Lalang Beliung pergi serta merta
Sihat tubuhnya tanpa derita
Tidak sakit selain dirinya tua.
Urusan jenazah Tok Lalang Beliung selesai sempurna. Maka pulanglah tetamu dengan sebak pilu masih lagi menitis air mata. Tok Lalang Beliung bukan hanya panglima betarung nyawa tapi dikenali juga semenjak bermastautin dikampung sebagai Tok Guru Agama. Alim warak berilmu semuanya ada sebagaimana kehendak tuhan yang berkuasa.
Pernah Tok Lalang Beliung mengkhabarkan berita pada anak2 muridnya..
Matinya orang syariat itu hancur lebur tubuh badan tulang belulangnya.
Mati orang tarikat itu kurus kering tubuh badannya wajah bercahaya tidak rosak binasa.
Mati orang hakikat itu gemuk tambun tubuh badannya, wajah bercahaya tidak rosak binasa.
Mati orang makrifat itu ghaib jasadnya bagai burung terbang dengan sangkarnya.
Pulang ke kampung akhirat yang jauh lebih indah dari dunia kerana dunia hanya tempat bergurau senda.
Tamatlah sudah kisah Tok Lalang Beliung. Cerita ini tiada bersangkut paut dengan mana -mana mahluk di alam ini atau alam sebelah samaada yang masih hidup atau pun yang telah mati.
SELESAI SUDAH.



Comments

Popular posts from this blog

Ramalan Jodoh mengikut Kitab Tajul Muluk

Kitab Tajul Muluk adalah merupakan kitab lama. Dikatakan perkataan asal adalah taj-al-mulk. Setelah ia memasuki tanah melayu dari arab, maka sejak itu lah ia berubah menjadi tajul muluk. Sesetengah orang menolak apa yang terdapat di dalam ilmu tajul muluk kerana dikatakan boleh memesongkan akidah. Antara ilmu yang terkandung di dalam kitab ini adalah seperti ilmu berkaitan sifat wanita dan juga jodoh. Berikut adalah pengiraan berdasarkan ilmu tajul muluk mengenai ramalan jodoh. LANGKAH 1 Ke semua nama perlu dieja di dalam tulisan jawi. Memerlukan  nama sendiri, nama ibu sendiri, nama pasangan  dan nama ibu pasangan jumlahkan semua nilai huruf pada nama tersebut. kemudian, jumlah tersebut perlu di tambah 7 dan bahagi 9 Perlu teliti dalam pengejaan kerana dibimbangi keputusannya nanti tidak tepat. CONTOH nur + nurul + muhammad + ahmad احمد +  محمد  +  نورال  +  نور asingkan huruf dan tambah macam di bawah ni (50+6+200)+(50+6+200+1+30)+(40+8+40+4)+(1+8+40+4) jumlah huruf

Nabi Penjaga Air-Bumi-Hutan & tanaman

  Nabi Penjaga Air-Bumi-Hutan & tanaman PENJAGA AIR / BANYU: Nabi khaidir. a.s. Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Khaidir Alaihissalam, ulun minta halal minta ridho wan pian minta banyu gasan mandi,mandi wajib,minum,dll PENJAGA TANAH / BUMI Nabi adam. a.s. Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Adam Abul Basyar Alaihissalam, ulun minta halal minta ridho umpat bejajak / bejalan di atas / di belakang tanah / bumi atau handak betanam pohon dll PENJAGA HUTAN / PAPOHONAN Nabi ilyas. a.s Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Ilyas Alaihissalam, ulun minta halal minta ridho minta kayu atau menatak kayu dll PENJAGA RUMPUT / TANAMAN Nabi idris. a.s Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Idris Alaihissalam, ulun minta ridho minta halal umpat bejalan / bejajak di atas rumput dll

Ilmu Ina Anaa Amanna

Assalamu'alaikum Wr. Wb. -----------------------------------------------------------------------   Mau ngasih TESTIMONI tentang amalan dibawah ini: yang dibabarkan oleh Guru Bambang Satriani. ----------------------------------------------------------------------- langsung tajrib lagi, kalau disini semula jadi namanya INNA ANNA AAMANA Dibaca 11 kali tahan nafas, lidah lipat keatas tahan nafas diperut pegang dada kiri oleh tangan kanan, setelah beres membaca niatkan dalam hati ditujukan untuk apa fadilah -menundukan hati seseorang -tidak bayar ongkos kendaraan umum -meredam orang yang lagi emosi -menundukan atasan,bos -menangkan arisan -penarik pembeli