Skip to main content

Posts

Sekolah Tadika Kemas Parit 1 Barat

       1987 itu tahun aku mula-mula mengenali erti persekolahan tk macam budak-budak sekarang seawal umur 5 tahun dah kene hantar ke sekolah, masa ni aku berumur  7 tahun je, masa masuk sekolah tadika ni kak Long aku hantar sebab dia kenal cikgu tadika ni, lepas tu masa balik abah yang ambil,masa tu waktunya masuk 7.30 pagi balik 12.00 tghr, masa masuk tu aku ni terkontang kanting la sorang-sorang tak kenal sapa-sapa pun kat situ sebab kawan-kawan satu kampung semua masuk Tadika Kemas dekat jalan pegawai,       kat sini la aku belajar mengenal huruf dan angka sampai pandai membaca, nama cikgu yang mengajar tu Cikgu Salbiah dan seorang pembantunya nama tak ingat kat sekolah ni, kul 10 pagi dah rehat, cikgu akan sediakan makanan seperti nasi lemak, bubur kacang, mee goreng, antara kawan-kawan yang aku masih ingat masa sekolah tadika ni seperti Faizal, Rafie, Abdul Nazri, banyak lagi aku tk ingat nama       namun ada juga 2 orang ...

Merencana Ke Arah Kebaikan Diri dan Sekeliling

             Kita ini tidak kaya...tapi ada budi bahasa...kita sentiasa mahu berjaya tapi Allah sudah aturkan segalanya kita tidak akan mendapat segala yang kita mahu, tapi dalam hati perlulah kita tanamkan cita-cita dan kemahuan, pernah seorang sahabat yang berlainan pegangannya menyatakan sekiranya tuhan tidak memakbulkan apa yang kita hajati maka perlulah kita meningkatkan kehendak kita dengan kadar yang maksimum.      Bagi kita yang percaya kepada ALLAH kehendak kita itu wajar dipohon dengan berdoa sekuat-kuat keyakinan kepada Allah kerana Allah itu mendengar segala doa hambanya, kadang-kadang kita lupa bahawa apa yang kita terima itu adalah dari doa yang kita pohon dari Allah walaupun bukan dalam bentuk yang kita kehendaki, contohnya kita sentiasa berdoa memohon diberikan kebahagian, dan rezeki, setiap hari kita bangun dan bernafas itu adalah rezeki yang Allah berikan setiap hari, makan minum kita setiap hari adalah rezeki yang ...

Apa yang hati ini rasa

Apa aku mahu.... apa aku mahu.... duduk d tepi sungai.. .melabuh joran... duit berkoyan-koyan tak pernah kehabisan... masuk setiap bulan lepak makan-makan... sain dan tanda tangan... tak ada hutang nk dibayar bulan-bulan ada rumah hak milik persendirian. ada tanah sendiri buat bertanam-tanam hari-hari hari percutian hari minggu pergi jalan-jalan pulang bawa jajan sedekah kat kawan kat jiran... tak fikirkan beban tanah suci mekah tk pernah dilupakan ada rezeki nk jejak kaki... itu baru angan-angan... semoga Allah akan makbulkan....semua impian Cucu cicit Tok Puteri Junjung Buih

KAMUS BANJAR ONLINE

Kamus Banjar online ni sesuai la d gunakan kepada yang tk tau perkataan bahasa banjar... boleh la untuk rujukkan tapi perkataan banjar ni banyak kepada banjar dari Kalimantan Indonesia, bahasa banjar yang digunakan di Malaysia ni banyak berbeza dengan yang digunakan di Indonesia...nanti aku update yang lain yang sesuai dengan percakapan di Malaysia. ILUSTRASI / IDABUL   Bahasa Banjar (BB) berwujud dalam 3 Komunitas besar yaitu Bahasa Banjar Kuala, Bahasa Banjar Pahuluan dan Bahasa Melayu yang terangkum dalam berbagai dialek.  Tanjung, Kelua, Amuntai, Barabai, Kandangan, Banjarmasin, Baarito Kuala . Sebahagian besar perkataan dalam Bahasa Banjar adalah sama dengan Bahasa Melayu, begitu juga dengan awalan seperti  di, ber, ter, men, meng,  dan akhiran seperti  kan, an  dan sebagainya. Perbedaan yang nyata hanyalah dari segi sebutan. Bahasa Banjar menggunakan  a  bagi menggantikan  e  (pepet) seperti kalihatan(kelihatan), handak(h...

Januari -Februari 2015

Bermula tahun baharu 2015 cuti banyak betul 2 bulan ni, jadi aku ambil masa terluang ni dengan aktivit8 cam biasa la mancing dari awal lagii aku gan sedara aku rizal menerjah empangan Semenyih, entah cam mana boleh lak umpan tinggal yg aku bawa cacing je sebungkus....cehhh membangau aku dari sampai ke petang....lepas tuu cam biasa bila balik kampung perlagi merayau la cari port laa perlagii lepak kat jeti kelip-kelip  dekat Belia 2 Sungai Panjang, 2 hari kami terjah takde rezeki membangau jee anak baung jee yang pagut umpan..udang galah seekor pun haram tk sentuh...hari seterusnya perlagi casting la haruan akhirnya dapat la 2 ekor heheh..jadi la buat pengubat luka hati yang lara... Jeti kelip-kelip cun selesa tapi tkde rezeki  Belia 2 Sungai Panjang Hari minggu sebelum cuti raya cina ni terus mencari lokasi sebab bosan, jadi terus terjah ke kawasan mancing dekat Sungai Merab, Kajang, tapi pasal g terjah jee tkde persediaan yang rapi, sungai memang best haj...