1987 itu tahun aku mula-mula mengenali erti persekolahan tk macam budak-budak sekarang seawal umur 5 tahun dah kene hantar ke sekolah, masa ni aku berumur 7 tahun je, masa masuk sekolah tadika ni kak Long aku hantar sebab dia kenal cikgu tadika ni, lepas tu masa balik abah yang ambil,masa tu waktunya masuk 7.30 pagi balik 12.00 tghr, masa masuk tu aku ni terkontang kanting la sorang-sorang tak kenal sapa-sapa pun kat situ sebab kawan-kawan satu kampung semua masuk Tadika Kemas dekat jalan pegawai,
kat sini la aku belajar mengenal huruf dan angka sampai pandai membaca, nama cikgu yang mengajar tu Cikgu Salbiah dan seorang pembantunya nama tak ingat kat sekolah ni, kul 10 pagi dah rehat, cikgu akan sediakan makanan seperti nasi lemak, bubur kacang, mee goreng, antara kawan-kawan yang aku masih ingat masa sekolah tadika ni seperti Faizal, Rafie, Abdul Nazri, banyak lagi aku tk ingat nama
namun ada juga 2 orang kawan yg aku sifatkan lain dari yang lain macam Dollah dia ni ketegori oku sukar cikgu nak kawal sebab dia ni duduk dalam dunia dia saja dan fizikalnya yang tak sama macam pelajar lain, sorang lagi nama nya Yaakob tak banyak yang aku tau pasal pelajar ni, orang parit 3 dengarnya pelajar ni dah meninggal dunia, dia lain sikit pasal dia ni tk makan nasi, sepanjang aku belajar tak pernah sekali pun dia makan nasi.
Setahun belajar kat sekolah tadika kemas ni, macam-macam la aktiviti dari belajar, main, makan, sukan, pemeriksaan kesihatan la, sampai masa hujung tahun ada sukan jadi semua pelajar berlatih sukan, sukan akhir tahun tadika kemas ni bergabung semua tadika kemas satu daerah, ada sukaneka, ada pertandingan pakaian beragam, persembahan tadika-tadika kemas, upacara kemuncaknya adalah penyampaikan sijil tamat persekolahan ala-ala konvo dekat U.
Maka selepas hari itu berpisahlah semua pelajar ni meneruskan pelajaran sekolah rendah, kebanyakan pelajar tadika yg sama dengan aku ini masuk belajar kat Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Makmu sebab dekat dengan rumah diorang, tap aku lak abah hantar masuk ke Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Utama dekat dengan pekan dan bermulalah satu lagi episode persekolahan baru aku dan alam persekolahan yang penuh denga coretan warna warni sebagai seorang pelajar sekolah rendah, nanti la aku sambung cite ni lagi...
Tahun 1987 Sekolah Tadika Kemas Parit 1 Barat
Comments
Post a Comment