Kita ini tidak kaya...tapi ada budi bahasa...kita sentiasa mahu berjaya tapi Allah sudah aturkan segalanya kita tidak akan mendapat segala yang kita mahu, tapi dalam hati perlulah kita tanamkan cita-cita dan kemahuan, pernah seorang sahabat yang berlainan pegangannya menyatakan sekiranya tuhan tidak memakbulkan apa yang kita hajati maka perlulah kita meningkatkan kehendak kita dengan kadar yang maksimum.
Bagi kita yang percaya kepada ALLAH kehendak kita itu wajar dipohon dengan berdoa sekuat-kuat keyakinan kepada Allah kerana Allah itu mendengar segala doa hambanya, kadang-kadang kita lupa bahawa apa yang kita terima itu adalah dari doa yang kita pohon dari Allah walaupun bukan dalam bentuk yang kita kehendaki, contohnya kita sentiasa berdoa memohon diberikan kebahagian, dan rezeki, setiap hari kita bangun dan bernafas itu adalah rezeki yang Allah berikan setiap hari, makan minum kita setiap hari adalah rezeki yang Allah berikan.
Kenapa kita tidak mengingatinya, sebab rezeki itu kita dapat dengan cara yang terlalu mudah Allah berikan tanpa perlu membelanjakan wang atau mengeluarkan peluh untuk mendapatnya,dalam menyusuri kehidupan ini banyak ragam manusia yang perlu kita tempuhi, tapi apakan daya kita tidak akan mampu untuk menghadapi semua karenah manusia ini, perkara yang paling menjengkel adalah manusia yang sentiasa merasa dirinya hebat dan sombong kepada orang lain, ia merasakan apa perkara yang ia lakukan sentiasa betul dan orang lain sentiasa salah, lebih menjengkel ia sentiasa mengarah arah orang lain tanpa memikirkan perasaan, situasi, kemampuan orang lain.
Pada aku sikap yang paling baik adalah merendah diri, walau sehebat mana pun kita jawatan yang kita sandang, harta yang kita punyai, kemampuan kita segalanya adalah hak mutlak Allah SWT. Insan yang sentiasa merendah diri ini akan sentiasa disenangi orang sekeliling, dan mudah mendapat kawan dimana saja, perlakuan percakapan, yang sentiasa sederhana akan menyenangkan semua orang, namun begitu dalam bersikap seperti ini perlu ada hati yang cekal dan tabah, serta otak yang sentiasa berfikir, supaya tidak diperkotak katikkan oleh golongan yang sebaliknya.
Kehebatan yang akan dipandang kepada kita bukanlah pada hebatnya kita dalam melakukan sesuatu itu, tapi kehebatan kita adalah dalam kemampuan kita menerima apa saja cabaran dan ujian yang datang kepada kita, disitu kita akan merasa kemuncak hebat untuk sesuatu perkara itu, segalanya akan dikita syukuri sekiranya kita merasa merendah diri dan mengakui segalanya Allah yang merencanakan.
Akhirnya kita sebagai manusia yang banyak mempunyai hubungan sekeliling dengan masyarakat dan makhluk-makhluk Allah baik haiwan, tumbuhan, yang nampak yang ghaib, selalulah kita mengucapkan istqfar kepada Allah, berselawat, bersedekah kepada yang memerlukan, menjaga dan mengeratkan hubungan baik sesama kita mendoakan kebaikan, agar aura positif dapat kita kongsi sesama kita.
Comments
Post a Comment