Sering kali aku membaca tentang keluhan rakan-rakan silat yang menyatakan bahawa stesen TV sekarang tidak lagi memberi peluang kepada drama atau filem yang berunsur seni bela diri silat muncul di kaca TV lagi sekarang ini, berbanding tahun 80an dan 90 dahalu, aku pun tak pasti kena situasi ini berlaku walau pun aku sendiri kerja distesen TV. Dahulu drama seperti Pendekar Kundur, Keri Hitam Bersepuh Emas, Slot Pendekar selalu saja menjadi tonton utama pada setiap malam dan pada masa itulah gelangang silat tumbuh bagai cendawan selepas hujan, namun ianya semakin malap dan selepas itu hilang begitu sahaja. Namun jauh dari sudut pemerhatian aku yang tiada ilmu ini perubahan semasa generasi dan genre hiburan menjadi antara faktor kehilangan itu itu, sukar nk menyalahkan sesiapa dalam perkara ini, stesen TV memerlukan keuntungan dan sentiasa mencari sesuatu yang boleh menarik minat penonton, namun penonton tv hari ada lah generasi m...
Ini adalah suara dari hatiku tempat melepaskan apa yg terpendam dalam hatiku tiada kaitan dengan siapa2 dan apa-apa tujuan tertentu...mohon maaf sila abaikan saja sekiranya tulisan ini menyinggung hati sesiapa, kerana diri ini hanyalah insan biasa dan tiada daya upaya melainkan dengan izin Nya