Qadim Hangus (1) Kalau benar Nabi Allah Ibrahim membina Kaabah Kalau benar wali allah sampai di baitullah Sungguh Qadim takkan musibah Kerana dalam pelihara Allah. Akulah si Qadim Hangus Berkat doa laillahaillah Mohd Rasulullah. Kisah Si Qadim tersebar luas di pelusuk mukim kerana terkena panahan petir. Dah ajal itu ketentuan, Qadim tidak mati dan hanya beberapa jam pengsan. Semasa hujan lebat kilat sabung menyabung, satu detuman kuat panahan petir berbunyi. Qadim yang sedang duduk terbaring tumbamg. Tubuhnya sebahagian hangus, orang2 yang berada di warumg kopi itu berkerumun sambil mulut kumat kamit membaca sesuatu, khuatir juga terlibat kena panahan petir. Tiba2 suara seseorang berkata, ada tetungkal di pokok kelapa. Tumpuan mata beralih dari Qadim kepada pokok kelapa berhampiran. Pokok kelapa hangus kekuningan layu ibarat terkena racun tempias panahan petir. Namun ajaibnya daun2 pokok kelapa tersebut tersimpul seperti ayaman...
Ini adalah suara dari hatiku tempat melepaskan apa yg terpendam dalam hatiku tiada kaitan dengan siapa2 dan apa-apa tujuan tertentu...mohon maaf sila abaikan saja sekiranya tulisan ini menyinggung hati sesiapa, kerana diri ini hanyalah insan biasa dan tiada daya upaya melainkan dengan izin Nya