Suatu ketika dulu sebelum munculnya tablet2 ni, internet, facebook buku bacaan lah yang menjadi peneman semua orang, berpusu-pusu orang akan ke perpustakaan untuk cari buku membaca termasuk la aku, aku paling suka baca buku seram tak kira siapa pun penulisnya salah satunya Siri Bercakap Dengan Jin tulisan Tamar Jalis. Tapi masa tu penulis SBDJ ni sangat merahsiakan identitinya, memang semua bukunya aku ada, tak puas membacanya sampai berulangkali, cerita mengenainya bersama datuknya seorang bomoh membantu menyelesaikan masalah miteri dengan gaya penulisan tersendiri, cerita pengamalan penulis ini adalah kisah benar, beliau bersama datuknya mengharungi suka duka bersama, sentiasa menemani datuknya kemana saja. SBDJ ini akhir lenyap dan tiada naskah baru dikeluarkan, dan cerita mengenai penulis legend ni senyap hinggalah pada tahun 2011 aku membaca satu akhbar berkenaan Tamar Jalis yang telah mendedahkan identitinya kepada umum. Kalau ...
Ini adalah suara dari hatiku tempat melepaskan apa yg terpendam dalam hatiku tiada kaitan dengan siapa2 dan apa-apa tujuan tertentu...mohon maaf sila abaikan saja sekiranya tulisan ini menyinggung hati sesiapa, kerana diri ini hanyalah insan biasa dan tiada daya upaya melainkan dengan izin Nya