Aku ni keje kat satu jabatan kerajaan kejadian ni berlaku dalam tahun 2012 kot ... bahagian pentadbiran,lebih kurang pukul 6.30 petang aku dan beberapa rakan pejabat ni duk lepak-lepak kat sofa, biasa la dah lepas waktu keje lagi pun bos dah balik maka bersidang la ahli mesyuarat tingkap sambil gelak ketawa memenuh agenda petang tu, nk balik hujan masa tu, jadi bersidang laa kami kat sofa sementara menunggu hujan berenti.
Topik perbulan kami dari satu topik sampai satu topik macam-macam la kuar cite dari cite anak beranak, cite opis, sampai citer seram, masing-masing bercite pasal cite seram yang dilalui..ada yang lawak ada yang buat tegak bulu roma, Pejabat aku ni satu level dengan pejabat big bos ala pengarah besar la seorang wanita berpangkat Dato', nak di jadikan cerita masa tengah duk sembang-sembang tu aku rasa nk ke tandas, Aku pun cakap gan budak-budak tu aku nk g tandas, tkde la jauh sangat tandas gan tempat lepak tu, cuma terlindung sikit je, tp sama jalan gan pejabat big bos ni.
Sampai depan pintu tandas tu au dengar bunyi flash pintu ke opis big bos terbuka,aku pun berenti tk jadi masuk tandas tengok sapa lak masuk ni, rupa-rupanya big bos yang buka pintu, dalam hati aku ni baru balik meeting kot dengan baju kurung hijaunya dia pun toleh ke arah aku , terus aku sapa big bos tu " baru balik meeting ke Dato', kata aku, tapi dia diam je tkde respon pun. Aku pun buat bodo je la, meneruskan hajat aku ke tandas.
Habis je hajat, aku pun kembali ke tempat melepak, budak-budak tu masing duk sembang apa topik pun aku dah tak ingat gelak-gelak. Jadi aku pun cakap kat budak-budak ni, "aku tadi jumpa Dato', bila aku tegur dia tak jawab pun" aku merungut-rungut. Semua budak-budak tu terdiam bila aku cakap camtu, Aku jadi heran pasal per budak-budak ni diam lak, last-last PA bos aku ni cakap Dato dah lama balik laa....kul 5 tadi, aku lak menafikan aku beria cakap aku jumpa Dato' pakai baju hijau bawa fail, seorang lagi budak ni rilek je cakap Dato' hari ni pakai baju kuning la.
Semua terdiam, aku tk puas hati lalu aku g jalan ke pejabat big bos aku, erkkk betul la pejabat dah tutup.seram sejuk badan aku lepas tu, aku tengok budak-budak sorang-sorang angkat beg cabut..balik laaa weiii, tunggu apa lagi kata kawan aku tu....erkkk siapa lak yang aku jumpa aku tadi dalam hati aku berkata....cepat aku capai kuncii balik laa tunggu apa lagi.
Tapi memang nak jadikan cite opis aku ni memang seram, ada la lagi kisah seram yang orang lama bagitau pasal ofis ni...huhuhu....kalu aku rajin nnt aku tulis laa, perut pun lapa dah nii td aku masak nasi, buat ayam masak merah..cuti-cuti ni lepak rumah je la...bye
Comments
Post a Comment