Tiap-tiap pagi aku pergi keje ni la port aku singgah kene teh gan roti canai Restoran Kari Kepala Ikan ZK Kampung Attap, kalu pagi tak de la menu yang menarik sangat, roti canai, tosey, nasi lemak tu je yang di sediakan. Restoran ni memang popular kalau nk makan kari kepala ikan, memang sedap la orang cakap tp aku tk penah pun makan tengahari kat situ, pasal aku tk suka ramai-ramai orang ni, klu korang tk caya korang buka je google gambar orang penuh kat restoran ni.
Tapi apa yang sampaikan kat sini bukan pasal restoran atau makanan kt sini, aku suka sebab layanan staf-staf restoran ni, peramah rilek je, yang best tokey kedai ni Haji Zabarullah Khan Kader Mydin seorang yang sangat peramah dan sangat merendah diri, tu yang menjadikan kelainan disini. Restoran ni pernah masuk Majalah 3 memang ramai orang pada waktu tengahari. Aku panggil tokey ni haji je, die memang suka bersembang dengan pelangan, tanye khabar bila jumpa, tiap-tiap pagi die akan tanye khabar semua pekerja-pekerja die.
Haji ni suka cerita pengalaman dia dari mula berniaga masa kecil lagi, dari gerai pertama dia buka sampai sekarang dah ada restoran besar dan ada pekerja banyak, haji ni gak seorang yang pemurah dan tk berkira sangat, die sangat menjaga kualiti makanan yang di masak untuk pelanggan , katanya kalau nak hidang makanan kepada orang biar sedap, panas, sampai orang puashati, jangan sediakan makanan sebarangan kerana nak kejar untung. Tetiba je aku teringat satu kedai nasi kandar kt Seberanga Jaya Penang...len kali la aku cite pasal restoran tu..hehehe
Comments
Post a Comment