Skip to main content

Posts

Petua gagap dan bercakap dimajlis majlis

Petua gagap dan bercakap dimajlis majlis oleh  Abi Chai Al Ajami Abang ada tak petua untuk orang gagap.. anak penakan saya dah umur 10 tahun pun masih dok gagap lagi bercakap.. Baca se lawat je Laa selawat lagi.. ayat lain takda ke.. tak bidaah ka Ada.. banyak dalam quran tu .. ada doa nabi Allah Musa as lagi tu.. selain tu boleh juga ikhtiar dengan selawat.. mu tanya ni pun dah dua bidaah ambo jawab satu bidaah.. Macamana tu.. Entah.. tanya dema lain Ok abang.. macaman amalan tu Amalan tu macam ni.. Baca kat air hat takda klorin 100 kali bagi minum.. mula dengan astagfar.. kalimah syahadah dan fatihah la.. penutup dengan surah alam nasyrah.. bukan baca kat air banyak.. baca segelas segelas gitu.. tiap kali nak minum buatkan gitu pada segelas air.. paham.. pastu bolehlah juga ajar anak penakan mu atau sapa saja lah hat ada penyakit percakapan atau nak mula ceramah atau mula bercakap kat majlis majlis.. Emm... trik abang kot tak boleh baca kat air hat banyak.. ...

Kisah Ulat Merah dan Nabi Daud AS

Assalamualaikum Selamat berhari minggu  Abi Chai Al Ajami Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud as sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur.. dengan tiba tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu. Lalu Nabi Daud as berkata pada dirinya “Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?” Sebaik saja Nabi Daud selesai berkata begitu.. maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata kata kepada Nabi Daud as “Wahai Nabi Allah.. Allah swt telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca ‘Subhanallahu walhamdulillahi wa lailahaillallahu wallahu akbar’ setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah swt mengilhamkan kepadaku supaya membaca ‘Allahumma shalli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim’ setiap malam sebanyak 1000 kali". Setelah ulat merah itu berkata demikian.. maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud as “Apakah yang dapat kamu kat...

Selawat adalah kunci Dunia dan Akhirat.

Selawat adalah kunci Dunia dan Akhirat. oleh  Abi Chai Al Ajami Berselawat kepada Nabi Muhammad saw adalah amalan yang pasti diterima oleh Allah swt. ... Terdapat kata kata.. Semua zikir tidak diterima kecuali dengan khusyuk dan hadir hatinya kecuali selawat.. maka akan diterima meskipun tanpa khusyu' dan hadirnya hati. Selawat adalah kunci pembuka pintu pintu langit dan perbendaharaan bumi... Dengan satu selawat dapat menembusi 360.000 halangan. Berkat selawat amal dan doa doa kita sampai ke hadirat Allah... Langit dan bumi milik Allah dan Allah milik orang orang yang berselawat. Selawat adalah guru yang paling mursyid. Barangsiapa banyak berselawat maka ia akan dibimbing hidupnya oleh baginda saw. Sampainya seseorang ke hadhirat Nabi saw adalah tanda sampainya dia ke hadirat Allah swt sebab Rasulullah adalah Kekasih dan pintuNya... Orang yang banyak berselawat maka ia akan dikenal oleh Rasulullah saw dan orang yang dikenal oleh baginda saw maka tidak akan ditelan...

Petua orang dulu & Petua ikat kasih sayang dengan makanan..oleh Abi Chai

Orang lani kata dongeng tapi jadi petua orang dulu dulu.. Kalau terjerlus kaki dalam lubang tinggal samaada dalam hutan atau dipadang... dema akan gantikan kayu dalam lubang tu sambil kata 'bukan kaki aku terjerlus tapi kayu ni' Sebab tak siapa tahu sapa penghuni lubang tersebut.. Kami sebut lubang sang bima.. sejenis makhluk halus.. kebiasaannya orang dulu dulu jadi bengkak selepas tarik kaki dari lubang sang bima tu.. Petua ikat kasih sayang dengan makanan.. Semasa masak ketika mendidih tu baca ya Latif ya Wadud 21 kali.. sambil kacau kacau masakan Petua sedapkan makanan minuman tanpa guna bahan tambahan dan boleh tahan lama dari basi.. Kacau makanan ikut arah lawan jam sambil selawat 11 kali.. Saja cerita ja oleh  Abi Chai Al Ajami

Kisah Nabi Muhammad dari FB Abi Chai

oleh  Abi Chai Al Ajami Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam tidak hanya disifati dengan kejujuran dan akhlak mulia. Lebih dari itu.. kemuliaan yang dimiliki baginda berupa mukjizat membuat banyak orang takjub dan terpesona. Tak heran jika baginda disebut sebagai manusia terpilih.. pemimpin para Nabi dan rahmat bagi semesta. Semua kisah perjalanan hidup baginda saw selalu berkesan dan sarat pelajaran (hikmah). Seperti kisah beliau ketika berdialog dengan seekor unta. Dikisahkan.. ada salah seorang sahabat Rasulullah saw bernama Uqa'il bin Abu Thalib. Dia seorang yang baru saja memeluk Islam. Rasulullah tahu kalau Uqa'il masih memiliki keraguan. Sehinggalah Rasulullah saw melakukan satu perjalanan.. baginda lalu mengajak Uqa'il untuk menjadi teman selama perjalanan. Selama perjalanan itu.. sifat Rasulullah saw yang pemurah dan baik hati sangat terlihat. Hampir di setiap perjalanan.. baginda saw berhenti sejenak untuk beristirahat dan mencuba l...

Petua orang tua taman herba tbnsa Pokok mempelas oleh Abi Chai

Petua orang tua taman herba tbnsa Pokok mempelas Amat mustajab digunakan sebagai penawar bagi orang yang bermasalah batu karang. Ambil tiga puluh helai daun mempelas dan tujuh biji beras lalu ditumbuk sampai hancur dan dicampurkan dengan air lebih kurang 1 liter. Kemudian ditapis air tadi untuk diminum. Insyaallah batu karang akan hancur. Akarnya direbus menjadi minuman untuk wanita lepas bersalin dan untuk menghentikan cirit-birit. Akarnya juga boleh ditumbuk dan air akar yang keluar itu boleh dijadikan ubat ulcer mulut. Daunya ditumbuk dan dilekat ke atas bisul untuk mempercepatkan bisul itu masak dan pecah. Akar dan daun ditumbuk untuk menghisap bisa patukan ular. Ambil tiga puluh helai daun mempelas dan tujuh biji beras lalu ditumbuk sampai hancur dan dicampurkan dengan air lebih kurang 1 liter. Kemudian ditapis air tadi untuk diminum. InsyaAllah batu karang akan hancur Daunnya yang kesat digunakan oleh masyarakat Melayu sebagai bahan untuk melicinkan uk...

Abah Tak Ada Gantinya lagi...kenangan hingga akhir hayat aku sayang abah Haji Utar Naim

Asalamualaikum wbt... Saya dengan rendah hati mengucapkan ribuan terima kasih pada semua sahabat2 sekampung yang jauh dekat, warga kampung parit 2 timur, jiran2 dekat, Ayahanda2 Tok Ayah2 sahabat sekolah2, rakan2 sekerja...komuniti penduduk Bandar Tun Razak, semua BUBUHAN BANJAR MALAYSIA, INDONESIA DAN NUSANTARA , jemaah sahabat d Makkah yg sudi bertahlil dan solat ghaib dr sana.. NGO dunia persilatan yg hadir, mendoakan kesejahteraan roh ayahanda dan membantu mengurus jenaz ah Ayahanda saya Haji Utar Naim semalam sehingga selesai semua urusan... mohon ampun dan maaf jika ada kekurangan tk sempat bertegur sapa..semoga Allah rahmati memberkati kalian semua.. terima kasih yg tiada terhitung dan terbalas  😢 😢 😢 aku ceritakan sedikit belasungkawa Ayahanda Allahyarham Haji Utar Bin Naim 90 tahun 40 hari #13131330 Assalamualaikum wbt....dalam waktu menjalani PKPP d bulan Jun ini, kami sekeluarga di uji dengan kehilangan ayahanda tercinta Haj...