Skip to main content

Abah Tak Ada Gantinya lagi...kenangan hingga akhir hayat aku sayang abah Haji Utar Naim


Asalamualaikum wbt...
Saya dengan rendah hati mengucapkan ribuan terima kasih pada semua sahabat2 sekampung yang jauh dekat, warga kampung parit 2 timur, jiran2 dekat, Ayahanda2 Tok Ayah2 sahabat sekolah2, rakan2 sekerja...komuniti penduduk Bandar Tun Razak, semua BUBUHAN BANJAR MALAYSIA, INDONESIA DAN NUSANTARA , jemaah sahabat d Makkah yg sudi bertahlil dan solat ghaib dr sana..
NGO dunia persilatan yg hadir, mendoakan kesejahteraan roh ayahanda dan membantu mengurus jenazah Ayahanda saya Haji Utar Naim semalam sehingga selesai semua urusan...
mohon ampun dan maaf jika ada kekurangan tk sempat bertegur sapa..semoga Allah rahmati memberkati kalian semua.. terima kasih yg tiada terhitung dan terbalas 😢😢😢
aku ceritakan sedikit belasungkawa Ayahanda Allahyarham Haji Utar Bin Naim 90 tahun 40 hari

#13131330

























Assalamualaikum wbt....dalam waktu menjalani PKPP d bulan Jun ini, kami sekeluarga di uji dengan
kehilangan ayahanda tercinta Haji Utar Naim, bermula dengan sakit saraf di mukanya, sejak seminggu menyambut hari raya Aidilfitri, sempat lah dia beraya bersama kami raya pertama Anjang bawa ke Kuala Lumpur beraya di rumah Along Faridah, ke rumah Anjang, rumah pakcu Halim, raya kedua kami sempat melawat ipar ayah adik arwah mak, Acik Othman di rumah penjagaan orang tua Al Ikhlas di Puchong, petang tu aku bawa pulang ke Sungai Besar, sepanjang minggu tu dia mengadu sakit saraf dimuka nya, seminggu aku bercuti raya luang masa bersama abah, bawa dia nk tengok akaun bank Argo nya, beli lauk makanan yang dia suka...aku layan kan je



Image may contain: one or more people and people sitting
melawat acik othman adik arwah mak d rumah penjagaan orang tua Al Ikhlas Puchong


Image may contain: one or more people and outdoor
antara aktiviti terakhir arwah ayahanda ku, membuat tempirai ikan

Pada 12 Jun 2minggu lepas aku bercuti raya, aku dapat panggilan dari anjang yang kata abah demam suruh aku balik sebab dia nak minta urut satu badan, anjang gan kak zizah dah balik awal pasal dengar abah tak sihat, tak fikir panjang lagi petang Jumaat tu aku pulas minyak motor RS aku terus meluncur balik ke Sungai Besar, 2 kali aku berenti sebab hujan lebat dari KL sampai ke Sungai Besar, aku sampai sebelum waktu magrib terus jenguk abah, aku tanya kenapa bah? sakit dada katanya, nanti urutkan yer...aku balas nanti lepas magrib kita urut lah, solat dulu,

Image may contain: table and indoor
Solat Asar dan Magrib terakhir 12 jun....abah kata "aku belum lagi solat asar, magrib dah dekat dah"


Image may contain: food
minyak urut untuk urut abah malam terakhir

lepas urut tuu ada sekali abah kene serangan sakit dada, lepas tu dia tidur sampai laaa esok pagi 13 Jun...masih sakit lagi kadang-kadang dada ni, pagi tu dia bangun duduk kat luar nak makan kuih lopes tapi pagi tu takde lak orang jual kueh lopes, jadi dia makan kueh yang kakak ipar aku beli, lepas tu dia bangun nak duduk luar lepak dekat buaian, sambil tu minum kopi dan makan bubur nasi yang kakak zizah buat malam tadi,

Image may contain: 1 person, sitting
ada selera makan bubur pagi tu

Image may contain: one or more people, people sitting and shoes
9.20pagi masih nampak segar sambil minum kopi dan makan bubur, masa lepak ni abang A'ai pun ada datang lepak

jam 10 pagi aku kuar minum dengan sahabat aku am, sebab dah lama tk jumpa kami berbual panjang, lebih kurang pukul 12 tengahari kak Natrah call aku dia cakap abah sakit teruk ni, kakak ipar aku tengah masak masa tu bila dia toleh abah dah nak tumbang bersandar kat tiang terus dia pangku bawa baring, aku memang bergegas balik dari sungai besar...masa tu abah dah mula tenat dan sakit sangat katanya, kami ajar dia mengucap, istiqfar, sementara tu call kak zizah dan  anjang yang dalam perjalanan balik..

Image may contain: 1 person, indoor
masa ni Along Faridah tengah tenangkan abah yang tengah kesakitan..

abah sakit lebih kurang sejam, masa tu pakcu Halim minta kami adik beradik tukarkan pakaian abah, kak Natrah diminta lap badan abah bersihkan badan abah, kami salin pakaian abah ganti dengan kain baru, alas tempat tidur yang baru, pakaikan serban abah, dan masa tu dah nak masuk waktu zohor, kami beritahu abah dah nak masuk waktu Zohor kami cakap nanti buat solat zohor, kami ambilkan abah wuduk, masa tu kedengaran Azan Zohor berkumandang, bila dan masuk waktu abah solat zohor dengan isyarat saja...selepas tu lebih kurang pukul 1.30 petang selepas dibisikkan kalimah syahadah abah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir dihadapan anak-anak dan cucunya

Image may contain: one or more people and people sitting
Abang ipar mengetuai bacaan yasin dan tahlil, kami yang lain membuat persediaan pengurusan jenazah arwah ayah.

Maka kami adik beradik dan orang kampung bersama-sama mengurus jenazah arwah ayah, dengan mengambil peranan masing-masing dari saat jenazah dimandikan, dikapankan, solat jenazah lebih kurang pukul 4.45 selepas waktu Asar dan urusan pengkebumian yang selesai pukul 5.30 petang. Semoga rohnya dicucuri rahmat di tempatkan dikalangan orang beriman dan soleh, Allah tempatkan taman syurga, d jauhi dari azab api neraka...begitu juga utk arwah ibuku Arbaiyah Yusuf

Image may contain: one or more people, people sitting and people standing
Busu Ajis dan Wak Kuzairi kawan rapat arwah ayah mengkapankan arwah ayah, kata busu "dulu kita bertiga sama-sama mandi dan kafan orang meninggal sekarang kami berdua je kafankan kawan kami"

Image may contain: 1 person, standing and outdoor
van jenazah menanti untuk perjalanan terakhir abah


Image may contain: 1 person
cucu yang mengiring perjalanan terakhir atuk, dia jua mengepalai tahlil arwah abah


Image may contain: cloud, grass, tree, sky, plant, outdoor and nature
suasana di tanah perkuburan

Image may contain: 1 person, outdoor and nature

Image may contain: one or more people, people sitting and outdoor

Image may contain: one or more people, tree, outdoor and nature
suasana ditanah perkuburan

Terima kasih kepada semua yang mengucapkan ucapan takziah dari sahabat sekampung , orang kampung Parit 2 timur yang terlibat mengurus jenazah arwah abah, NGO yang prihatin, komuniti penduduk Bandar Tun Razak, sahabat-sahabat perjuangan dala Persilatan, sahabat dari opis.

sepanjang aku hidup dengan abah, dia seorang yang sangat disenangi oleh sesiapa saja, dia orang selalu awal dan menepati masa,sentiasa berusaha membantu dan urusan kampung macma kenduri kendara, tak pernah lokek akan senyuman, walaupun d usia nya yang tua itu dia akan berusaha untuk memenuhi aktiviti hariannya ke masjid, namun bila PKPP melanda dia sedikit ralat kerana dia tak dapat ke masjid, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya...Al fatehah..



Image may contain: 3 people, including Abdullah Ahmad and Anjang Mawi, people standing and beard
kenangan arwah abah dengan anak sedaranya Rajidin


 kenangan arwah abah, nenek Satar, dan Guru ku

Image may contain: 5 people, including Messi Drogba Jamal, Uji Shahfie Iman and Ali Surau, people standing and outdoor
kenangan arwah abah dan kawan-kawan ku di kampung

Image may contain: 4 people, people sitting and indoor
kenduri tahlil arwah abah


Image may contain: 2 people, people standing, people sitting, drink and indoor
Aku dan abah

Comments

Popular posts from this blog

Ramalan Jodoh mengikut Kitab Tajul Muluk

Kitab Tajul Muluk adalah merupakan kitab lama. Dikatakan perkataan asal adalah taj-al-mulk. Setelah ia memasuki tanah melayu dari arab, maka sejak itu lah ia berubah menjadi tajul muluk. Sesetengah orang menolak apa yang terdapat di dalam ilmu tajul muluk kerana dikatakan boleh memesongkan akidah. Antara ilmu yang terkandung di dalam kitab ini adalah seperti ilmu berkaitan sifat wanita dan juga jodoh. Berikut adalah pengiraan berdasarkan ilmu tajul muluk mengenai ramalan jodoh. LANGKAH 1 Ke semua nama perlu dieja di dalam tulisan jawi. Memerlukan  nama sendiri, nama ibu sendiri, nama pasangan  dan nama ibu pasangan jumlahkan semua nilai huruf pada nama tersebut. kemudian, jumlah tersebut perlu di tambah 7 dan bahagi 9 Perlu teliti dalam pengejaan kerana dibimbangi keputusannya nanti tidak tepat. CONTOH nur + nurul + muhammad + ahmad احمد +  محمد  +  نورال  +  نور asingkan huruf dan tambah macam di bawah ni (50+6+200)+(50+6+200+1+30)+(40+8+40+4)+(1+8+40+4) jumlah huruf

Nabi Penjaga Air-Bumi-Hutan & tanaman

  Nabi Penjaga Air-Bumi-Hutan & tanaman PENJAGA AIR / BANYU: Nabi khaidir. a.s. Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Khaidir Alaihissalam, ulun minta halal minta ridho wan pian minta banyu gasan mandi,mandi wajib,minum,dll PENJAGA TANAH / BUMI Nabi adam. a.s. Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Adam Abul Basyar Alaihissalam, ulun minta halal minta ridho umpat bejajak / bejalan di atas / di belakang tanah / bumi atau handak betanam pohon dll PENJAGA HUTAN / PAPOHONAN Nabi ilyas. a.s Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Ilyas Alaihissalam, ulun minta halal minta ridho minta kayu atau menatak kayu dll PENJAGA RUMPUT / TANAMAN Nabi idris. a.s Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Idris Alaihissalam, ulun minta ridho minta halal umpat bejalan / bejajak di atas rumput dll

Ilmu Ina Anaa Amanna

Assalamu'alaikum Wr. Wb. -----------------------------------------------------------------------   Mau ngasih TESTIMONI tentang amalan dibawah ini: yang dibabarkan oleh Guru Bambang Satriani. ----------------------------------------------------------------------- langsung tajrib lagi, kalau disini semula jadi namanya INNA ANNA AAMANA Dibaca 11 kali tahan nafas, lidah lipat keatas tahan nafas diperut pegang dada kiri oleh tangan kanan, setelah beres membaca niatkan dalam hati ditujukan untuk apa fadilah -menundukan hati seseorang -tidak bayar ongkos kendaraan umum -meredam orang yang lagi emosi -menundukan atasan,bos -menangkan arisan -penarik pembeli