Skip to main content

Doa yang boleh diamalkan setiap Hari..

Doa ini boleh diamalkan setiap hari pagi dan petang....ada baiknyaa setiap kali selepas solat

Bismillahirahmanirahim

Ya Allah 3x
Rahmah rahmati lah diri ini

Lindungilah selamatkan lah diriku tubuhku jasadku nyawa ku zahirku batinku daripada segala perkara-perkara yang tidak baik berlaku keatas diriku

Jauhkan aku dari segala keburukan, bala bencana, fitnah dengki khianat manusia, gangguan sihir, jin dan syaitan Jauhkan dari segala penyakitMu, khususnya penyakit kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, stroke, sakit buah pinggang, kanser dan penyakit2 yang berkaitan

Ya Rahman Ya Rahim

Limpah redhakan rezeki halal duit yang banyak harta melimpah ruah tiada batasanya, kasih sayang cinta semua orang pada aku

Berikan kesihatan yang baik dan kekuatan untuk tubuh badan ku
Tunjukkan aku jalan yang benar sebagaimana Kau tunjukkan jalan kebenaran kepada Nabi Muhamad Mustafa Rasulullah SWT..

Permudahkan semua urusan kerja-kerja ku, urusan hidupku

Suburkan hati ini dengan cahaya iman

Jadikan aku orang yang sentiasa di hormati dan disayangi

kurniakan kebahagiaan kegembiraan pada diri ini

Ampunkan dosa2 ku kedua ibubapaku, keluargaku,sahabat2ku, baik dosa yang telah berlaku sedang berlaku dan akan berlak

Makbulkanlah doa, cita-cita, hajat dan impianku khususnya untuk mendapat (..............sebutkan hajat)
makbulkan lah hajat ku

Ya Hayu Ya Qayum Ya Hanan Ya Manan Ya Dayan Ya Burhan Ya Baitulsama watiawal Ar, Ya Zaljalaliwal Iqram... Ya Karim Ya Mujib

Rabanaatina fidunia hasanah wafilakhiratil hasanah, wakina azabannar...

Comments