Asalamualaikum wbt, Selamat hari raya aku nk ucapkan kepada semua sahabat,belum lambat lagi masih dalam syawal. Alhamdulillah hari raya tahun ni tak la macam tahun sebelum ni, asyik kene balik malam raya je, tapi raya tahun ni dapat la aku balik awal sehari, walau pun orang lain dah lama cuti, aku stay sampai kerja hari Isnin dan Selasa, tapi hari minggu sebelum tu aku dah balik dah sebab nak ziarah kubur arwah mak. Hari Sabtu tu aku pagi lagi dah g ziarah kubur arwah mak, baca Yasin dan abah lak bersihkan kubur mak, masuk tahun ni dah 3 tahun tak beraya dengan mak, sedih gak suasana tu, dulu masa ada mak persiapan raya meriah dengan lauk pauk yang mak masak, yang pasti mak akan masak kuah kacang, ayam masak merah sebab ni lauk yang anak dan cucu-cucunya paling suka, tp lepas mak takde semua tugas masak memasak ni diambil alih oleh along aku. Along ni memang pakar masak tapi mana nak sama rasa macam arwah mak.
Ayahanda Haji Utar Naim membersihkan kubur arwah mak Arbaiyah binti Yusuf
Akhirnya aku jumpa kubur arwah nenek aku Satar bin Ampal, orang selalu berada di belakang aku bila aku perlukan nasihat,dan banyak mengajar aku macam ilmu dunia dan akhirat
Nak cerita raya tahun aku rasa meriah bukan pasal apa, sebab sebelum raya ni aku dapat berkumpul dengan kawan-kawan sekampung mengenang kenangan zaman kecik-kecik, lepak bawah rumah Azhar, gelak ketawa menceritakan zaman budak-budak memang mengamit memori manis, namun ada gak kawan-kawan yang dah meninggalkan kami sekampung, kampung aku parit 2 timur, ni memang tiap-tiap raya lepas je sembahyang raya akan ada baraan atau ziarah ke rumah-rumah ahli kariah sekampung bagi budak-budak yang tak tau. paling seronok budak-budak la sebab nak kutib duit raya, semua rumah akan hidang juadah masing-masing,
sahabat-sahabat sekampung yang sama-sama dalam baraan kampung
Istimewanya baraan ni ada rumah yang menyajikan menu-menu yang menarik tu la yang kami tunggu macam, ayam goreng, udang goreng ke, tak semestinya nasi impit kuah kacang, lemang, ketupat, menu wajib ni memang sentiasa ada di semua rumah. Ni la tahun yang satu-satunya aku ikut baraan ni sampai habis semua rumah, bukans ikit rumah kariah aku ni aku ingat lebih dari 50 puluh buah rumah, tp tk semua la bawa masuk orang untuk baraan. Rumah aku tkde apa pun yang special untuk tahun ni, namun bagi orang kampung tetap akan bertanya kuih tradisi orang banjar ni balungan hayam, sebab masa arwah mak hidup bila kenduri memang arwah akan buat kuih ni, sampai sekarng orang kampung mengenang keenakan kuih arwah mak ni.
Ayahanda Haji Utar Naim memberi duit raya
Lepas je habis raya pertama aku rasa kehidupan aku normal jee hahaha, tak ada apa yang menarik dah, cuti raya tahun ni aku habiskan dengan lepak dengan kawan-kawan kampung, mancing depan simpang tu ada la dapat ikan kecil, tapi ini lah yang menjadi ketenangan dan cerita yang dapat dikenang sepanjang bulan syawal ni, sebenarnya aku dah tulis cerita pasal syawal tapi entah apa gila aku terdelete tulisan aku, ada banyak benda aku nk tulis tapi aku lupa.... lai kali kalau aku ingat aku tulis la.k byee
Comments
Post a Comment