Asalamualaikum wbt, Selamat hari raya aku nk ucapkan kepada semua sahabat,belum lambat lagi masih dalam syawal. Alhamdulillah hari raya tahun ni tak la macam tahun sebelum ni, asyik kene balik malam raya je, tapi raya tahun ni dapat la aku balik awal sehari, walau pun orang lain dah lama cuti, aku stay sampai kerja hari Isnin dan Selasa, tapi hari minggu sebelum tu aku dah balik dah sebab nak ziarah kubur arwah mak. Hari Sabtu tu aku pagi lagi dah g ziarah kubur arwah mak, baca Yasin dan abah lak bersihkan kubur mak, masuk tahun ni dah 3 tahun tak beraya dengan mak, sedih gak suasana tu, dulu masa ada mak persiapan raya meriah dengan lauk pauk yang mak masak, yang pasti mak akan masak kuah kacang, ayam masak merah sebab ni lauk yang anak dan cucu-cucunya paling suka, tp lepas mak takde semua tugas masak memasak ni diambil alih oleh along aku. Along ni memang pakar masak tapi mana nak sama rasa macam arwah mak. Ayahanda Haji Utar Naim member...
Ini adalah suara dari hatiku tempat melepaskan apa yg terpendam dalam hatiku tiada kaitan dengan siapa2 dan apa-apa tujuan tertentu...mohon maaf sila abaikan saja sekiranya tulisan ini menyinggung hati sesiapa, kerana diri ini hanyalah insan biasa dan tiada daya upaya melainkan dengan izin Nya