Skip to main content

SUARA DARI JARI KHAS CORETAN BULAN RAMADAN KU MASA DAHULU


        Banyak sekali kenangan masa bulan puasa yang dapat aku ingat, lebih-lebih lagi masa arwah mak ada, memang aku tak akan lupakan sampai aku mati, mak merupakan model terbaik dalam memdidik anak-anak, keluarga aku ni tak senang macam orang lain masa aku kecil, tapi ayah memang cukup prihatin dengan keperluan keluarga cukup la makan, bila tiba bulan puasa ayah akan berbelanja sederhana saja untuk keperluan keluarga.

       Memang tiap kali kehadiran bulan Ramadan paling di tunggu ada kemunculan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja untuk mengumumkan tarikh puasa, jadi bersiaplah semua dihadapan TV nak dengar Pak Ungku umumkan tarikh puasa, bila dah tahu tarikh puasa, mulalah pasang niat puasa, buka itu saja tapi macam-macam niat lain macam nk baju raya, kasut raya..mercun, tapi itu semua terlontar bila dah masuk bulan puasa tk macam budak-budak-budak sekarang lagi dua bulan nak puasa dah mikir benda-benda tu semua.

      Bulan puasa memang meriah bila mula hari pertama semua budak-budak kampung dah plan nk solat tarawih bersama, alah bukan solat pun tapi sebenarnya nak main-main kat laman surau je dengan makan kuih muih yang orang kampung bawa, memang masa bulan puasa ni angan-angan nak makan yang sedap-sedap je, tapi aku jenis tak memilih apa yang mak masak itu yang aku makan, mak akan masak lauk pauk dan sikit kuih muih, adakalanya aku disuruh hantar kuih muih ni ke rumah jiran, dan paling mengembirkan hati bila juada yang kita hantar tu dibalas dengan juadah lain oleh jiran.

      Arwah mak memang dah tetapkan kepada aku sebelum waktu Magrib memang dah kena balik rumah siap-siap mandi, dan masa menunggu nak berbuka puasa ni adalah satu masa yang paling mencabar ibarat dah setahun tak makan walau pun cuma beberapa minit jer. Bila dah nak masuk waktu semua duduk di depan juadah  tunggu je azan berkumandang di kaca TV, apa lagiii aku pun ngap laa...teguk air puas-puas..itu yang paling best. Bila dah kenyang tersandar tengok tv masa tu mak bebel suruh solat magrib, selesai je solat magrib siap la pulak dengan aktiviti mengukur jalan kata ke surau solat tarawih, tapi yang lebihnya lepak dekat depan surau dengan kawan-kawan.

     Masa tu memang meriah dengan gelak ketawa kawan-kawan kampung, ada yang bergayut dengan awek masa tu pakai public phone lagii melendut kain dengan duit syiling boy la tuu yang kaki gayut, aku, Ali Surau, Acoi, Nayan, Ujik, Ulat kami lepak jee...kadang-kadang depan rumah Musa lepak bakar unggun api, sambil makan kuih ambil kat surau tu memang best.

      Masa berganti masa, masa tu aku darjah tiga ingat lagi sekolah agama petang, balik pukul 6 masa tu, masa tu dekat nak raya dah tunggu ayah ambl depan sekolah dekat masjid tu, hari tu punya la letih semacam ayah datang hari tu naik basikal, aku duduk belakang baik jee ayah jalan sampai dekat simpang parit 1 aku rasa pedih kaki aku niii tiba-tiba ayah aku break mengejut, aku rasa kaki aku kebas rupanya kaki aku dah masuk dalam rem basikal ayah, nak nangis pun tidak  tau-tau darah dah banyak meleleh. Sampai kat rumah mata aku dah merah, arwah mak lap kaki dengan kain bersih tuang minyak gamat balut la kaki tu, esoknya kaki aku dah macam batang betik besarnya bengkak, masa tu takde nk g klinik sampai laa raya aku tk leh nk jalan duduk je kat rumah, raya ketiga ayah bawa g peket 60 berurut, seminggu gak lepas raya tu baru boleh jalan.

      Singkatkan cerita masa lepas SPM aku mulanya tolong Apis anak ustaz Mat niaga santan je masa tu dekat market lama, sekarang dh roboh pun dah naik bangunan baharu, Bila masa puasa Man abang si Apis ni buka khemah niaga kuih klu tak salah masa tu tahun 1998 kot, masa tu ekspo kuih muih baru bertapak depan stesen bas tu, masa tu cuma ada 7 peniaga kot jual kuih muih dan baju raya,tak la macam sekarang sampai penuh pekan sungai besar tu dengan peniaga, jadi memang meriah la sebab orang semua bertumpu nak beli kuih raya saingan pun tk banyak, memang untung berganda-ganda la, masa tu aku mula mengenal cara berniaga, kawan baik aku pun Am pun sekali keje kedai kuih ni walau pun petang dia niaga satay yang popular di Sungai Besar suatu ketika dulu Satay Haji Samsuri.

      Tiap-tiap hari kami bergelumang dengan kuih muih biskut, jeruk, kacang apa-apa lagi urus jual beli layan pelangan yang banyak sebab masa tu tk ada orang lain yang berniaga kuih biskut hari raya macam sekarang, dalam 3 tahun gak kami menimba pengalaman bisnes tu, aku keje je, masuk je tahun ke 4 Am dah mula mengorak langkah untuk buka khemah dia sendiri kongsi dengan beberapa sahabat lain, Ibal dengan Abang Zul jadi partner dia untuk berniaga bulan puasa, aku masa ni duk Uitm dah bila ada masa cuti aku balik tolong diorang...

      Malam raya dekat ekspo tu memang meriah pasal semua peniaga nk habiskan barang jadi semua pakat lelong kuih, jeruk, biskut, kek, baju melayu apa saja sebab tak bawa balik dah, jadi selagi tk habis barang tk balik la semua walaupun esok nk raya,

    kepuasan yang aku nak ceritakan macam mana masa dulu kehidupan aku dan kawan-kawan sekampung menjalani puasa, walaupun ada masanya tak puasa,hahaha....

      Tapi kehidupan kami sangat bermakna dan indah dengan gelak tawa, usia persahabatan kini dah semakin tua dan lanjut, banyak sahabat yang telah lebih dahulu meninggalkan aku, arwah Wak Udik yang tak pernah jemu bagi nasihat bawa jalan-jalan naik van vanate BC 2961, bawa tengok bola walau pun dia tk minat bola, arwah abang Buyong yang selalu back up aku masa sekolah masa nk kene pukul gan hamzah tukang kebung, sampai lari lintang pukang tengok Buyong datang depan pintu sekolah, dan yang aku tak leh lupa arwah Lobo dari kecil sampai aku besar banyak sangat kenangan, belajar bawa kereta dengan dia, bawa kami jalan-jalan, duduk belakang lori pusing-pusing kampung, g mancing udang sama, tukang beli nasi duduk bawah rumah A'ai memang banyak kenangan, semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman.

next tima kalau aku rajin aku tulis lagi kenangan dulu-dulu...selamat berpuasa

8 Jun 2016

Comments

Popular posts from this blog

Ramalan Jodoh mengikut Kitab Tajul Muluk

Kitab Tajul Muluk adalah merupakan kitab lama. Dikatakan perkataan asal adalah taj-al-mulk. Setelah ia memasuki tanah melayu dari arab, maka sejak itu lah ia berubah menjadi tajul muluk. Sesetengah orang menolak apa yang terdapat di dalam ilmu tajul muluk kerana dikatakan boleh memesongkan akidah. Antara ilmu yang terkandung di dalam kitab ini adalah seperti ilmu berkaitan sifat wanita dan juga jodoh. Berikut adalah pengiraan berdasarkan ilmu tajul muluk mengenai ramalan jodoh. LANGKAH 1 Ke semua nama perlu dieja di dalam tulisan jawi. Memerlukan  nama sendiri, nama ibu sendiri, nama pasangan  dan nama ibu pasangan jumlahkan semua nilai huruf pada nama tersebut. kemudian, jumlah tersebut perlu di tambah 7 dan bahagi 9 Perlu teliti dalam pengejaan kerana dibimbangi keputusannya nanti tidak tepat. CONTOH nur + nurul + muhammad + ahmad احمد +  محمد  +  نورال  +  نور asingkan huruf dan tambah macam di bawah ni (50+6+200)+(50+6+200+1+30)+(40+8+40+4)+(1+8+40+4) jumlah huruf

Nabi Penjaga Air-Bumi-Hutan & tanaman

  Nabi Penjaga Air-Bumi-Hutan & tanaman PENJAGA AIR / BANYU: Nabi khaidir. a.s. Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Khaidir Alaihissalam, ulun minta halal minta ridho wan pian minta banyu gasan mandi,mandi wajib,minum,dll PENJAGA TANAH / BUMI Nabi adam. a.s. Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Adam Abul Basyar Alaihissalam, ulun minta halal minta ridho umpat bejajak / bejalan di atas / di belakang tanah / bumi atau handak betanam pohon dll PENJAGA HUTAN / PAPOHONAN Nabi ilyas. a.s Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Ilyas Alaihissalam, ulun minta halal minta ridho minta kayu atau menatak kayu dll PENJAGA RUMPUT / TANAMAN Nabi idris. a.s Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Idris Alaihissalam, ulun minta ridho minta halal umpat bejalan / bejajak di atas rumput dll

Ilmu Ina Anaa Amanna

Assalamu'alaikum Wr. Wb. -----------------------------------------------------------------------   Mau ngasih TESTIMONI tentang amalan dibawah ini: yang dibabarkan oleh Guru Bambang Satriani. ----------------------------------------------------------------------- langsung tajrib lagi, kalau disini semula jadi namanya INNA ANNA AAMANA Dibaca 11 kali tahan nafas, lidah lipat keatas tahan nafas diperut pegang dada kiri oleh tangan kanan, setelah beres membaca niatkan dalam hati ditujukan untuk apa fadilah -menundukan hati seseorang -tidak bayar ongkos kendaraan umum -meredam orang yang lagi emosi -menundukan atasan,bos -menangkan arisan -penarik pembeli