Banyak sekali kenangan masa bulan puasa yang dapat aku ingat, lebih-lebih lagi masa arwah mak ada, memang aku tak akan lupakan sampai aku mati, mak merupakan model terbaik dalam memdidik anak-anak, keluarga aku ni tak senang macam orang lain masa aku kecil, tapi ayah memang cukup prihatin dengan keperluan keluarga cukup la makan, bila tiba bulan puasa ayah akan berbelanja sederhana saja untuk keperluan keluarga. Memang tiap kali kehadiran bulan Ramadan paling di tunggu ada kemunculan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja untuk mengumumkan tarikh puasa, jadi bersiaplah semua dihadapan TV nak dengar Pak Ungku umumkan tarikh puasa, bila dah tahu tarikh puasa, mulalah pasang niat puasa, buka itu saja tapi macam-macam niat lain macam nk baju raya, kasut raya..mercun, tapi itu semua terlontar bila dah masuk bulan puasa tk macam budak-budak-budak sekarang lagi dua bulan nak puasa dah mikir benda-benda tu semua. Bulan puasa memang meriah bila mula hari pertama semua budak-b
Ini adalah suara dari hatiku tempat melepaskan apa yg terpendam dalam hatiku tiada kaitan dengan siapa2 dan apa-apa tujuan tertentu...mohon maaf sila abaikan saja sekiranya tulisan ini menyinggung hati sesiapa, kerana diri ini hanyalah insan biasa dan tiada daya upaya melainkan dengan izin Nya