Memang dah perasan dari sebelum arwah mak pergi mengadap Ilahi November 2012, ada beberapa perubahan yang aku perasan sangat ketara tapi aku tak pernah ambil endah sangat kerana aku anggap semua tu perkara biasa, yer lah mak dah tua tak larat nk buat itu ini bila anak bongsunya ni balik.Dulu dari masa sekolah memang arwah mak selalu masak dan sediakan makan baik masa nk pergi sekolah balik petang-petang lepas tu malam, walau pun lauk biasa-biasa je paling tidak air panas itu memang dah cukup baik untuk aku begitu juga bila anak cucu yang lain balik, semuanya dia akan sediakan alangkah manisnya waktu itu.
Bila aku call je mak cakap nak balik kampung pada hujung minggu memang lauk kegemaran aku ayam masak kicap atau ayam masak merah style banjar mak akan sediakan, tak pun paling tidak suruh abah beli ikan keli untuk goreng tak pun bakar je, begitu juga bila anak cucunya nak balik memang sibuk la suruh abah beli lauk, kalau sampai tengah malam pun buka je tudung saji tu mesti ada lauk gan nasi, kenyang ke tak mesti aku akan makan sebab itulah makanan yang paling sedap dalam dunia, apa tak nya duduk kat KL ni makan tak tentu hala, makan kedai mamak la, kalau sarapan tkde lain mee goreng ke nasi lemak kedai kak Tun (masa ni duduk kat kedai santan Pandan Mewah) tak pun sarapan kt Restoran Al Maidin, teman setia sarapan tak de orang lain kulaan aku ni la Mohrizal yang aku kenal sejak tingkatan 1 sampai laa sekarang.
Tapi bila mak mula sakit-sakit semua tu mula berubah, bila balik kampung je mak masak ala kadar je, dulu bila nak balik semula ke KL ni paling tidak mak akan buat air gan kudap-kudap, tapi aku kisah pun aku faham kesihatan mak tak mengizinkan jadi aku tk kisah pun ada ke tak yg penting kalau balik kampung dapat jumpa mak abah dan mancing. Lepas tu kesihatan mak makin tak tentu, masa tu klu balik kampung mak memang tak de dah nak buat apa-apa yang special apa yang terdaya je, tapi masih ada kenangan dalam peti ais mesti ada air sirap dalam botol dan itu dah cukup untuk aku,mak banyak nasihat aku namun aku tk perlu ceritalah kt sini, hinggakan di penghujung hayat mak kalau aku balik ke kampung atau nk balik KL je dia cuma menyambut dengan senyuman duduk di kerusi tak pun d buaian depan rumah.
Apa pun aku bersyukur kerana dapat menjaga mak masa mak sakit beberapa tahun, dan semua itu aku akan abadikan dalam memori ini sampai bila-bila,entah kenapa malam ni aku rasa rindu sangat gan arwah mak, teringgat lauk pauknya, cekodok bawangnya, kuih muihnya tak ada tandingan dalam dunia ni, kalau kuih balongan hayam tu bawa ke surau memang satu surau tu lepas solat berebut nak makan, sampai laa arwah mak dah tak ada masih lagi orang kampung sebut-sebut pasal kuih yang arwah mak buat. Bila duduk sorang sunyi-sunyi macam ni memang kerap teringgat mak, mak memang seorang yang tabah begitu juga abah seorang yang sangat sabar cekal dalam menghidupkan aku 7 beradik.
Semoga Arwah mak Arbaiyah binti Yusuf di tempatkan dikalangan orang beriman beramal soleh dan dilimpahi rahmat keatas rohnya,Al fatehah.....inilah doa dari anak-anakmu. sesungguhnya aku ada kerna kau ada.
10.28 malam (20 Januari 2016)
Comments
Post a Comment