Memang dah perasan dari sebelum arwah mak pergi mengadap Ilahi November 2012, ada beberapa perubahan yang aku perasan sangat ketara tapi aku tak pernah ambil endah sangat kerana aku anggap semua tu perkara biasa, yer lah mak dah tua tak larat nk buat itu ini bila anak bongsunya ni balik.Dulu dari masa sekolah memang arwah mak selalu masak dan sediakan makan baik masa nk pergi sekolah balik petang-petang lepas tu malam, walau pun lauk biasa-biasa je paling tidak air panas itu memang dah cukup baik untuk aku begitu juga bila anak cucu yang lain balik, semuanya dia akan sediakan alangkah manisnya waktu itu. Bila aku call je mak cakap nak balik kampung pada hujung minggu memang lauk kegemaran aku ayam masak kicap atau ayam masak merah style banjar mak akan sediakan, tak pun paling tidak suruh abah beli ikan keli untuk goreng tak pun bakar je, begitu juga bila anak cucunya nak balik memang sibuk la suruh aba...
Ini adalah suara dari hatiku tempat melepaskan apa yg terpendam dalam hatiku tiada kaitan dengan siapa2 dan apa-apa tujuan tertentu...mohon maaf sila abaikan saja sekiranya tulisan ini menyinggung hati sesiapa, kerana diri ini hanyalah insan biasa dan tiada daya upaya melainkan dengan izin Nya