Hujung minggu lalu... ada la satu hamba Allah ni telah menawar aku satu peluang (tak yah cakap apa la apa dia) melalui internet, aku ni dengan tiba-tiba tertarik hati nak mencuba peluang ini, dalam masa yang sama aku rasa ragu-ragu jugak sebab rasa ada benda yang tk logik dalam tawaran ini.
dengan gamble nya pun kata bersetuju untuk bertemu dengan makhluk ini di satu lokasi yang telah dia tetapkan, sebelum aku keluar tu aku tenangkan hati dan bermunajat memanjat doa kepada Allah SWT..supaya aku dipelihara dari segala keburukan dan salah satu doa yang aku bacakan dalam munajat aku ialah doa seperti dibawah ini.
Dalam masa lebih kurang 15 minit aku dah berada di lokasi yang d tetapkan, dalam deal yang buat tu banyak sangat masalah yang aku hadapi, sampai satu masa aku berfikir, mungkinkah Allah nak beri petunjuk yang apa yang berlaku ini satu perkara yang tidak baik....jadi secara yakinnya aku tutuplah deal dengan mahkluk tu...dan terus balik rumah, dalam hati tu kuat mengatakan yang ini adalah satu penipuan....dan akhir melalui satu newsfeed d face book aku dapati semua urus niaga itu ada lah palsu, alhamdulillah Allah telah pelihara dari keburukan...
Moralnya jangan mudah percaya apa yang belum kita pastikan kesahihannya, ada bukti fakta...dan aku percaya tiap urusan kita jika kita selalu bersandar pada Allah pasti Allah berikan petunjuk.
Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya”
Antara kelebihan-kelebihan Bismillah ialah:
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislahBISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah S.W.T. turunkan melalui pengantaraan Jibrail.
2. BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu denganBISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi)
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
4. Demi Allah dan keagungan-Nya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri keberkatan ke atasnya.
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS.AL Muddatsir:30). Ibnu Mas‘ud berkata:
"Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."
7. Setiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Sesiapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya."
8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.
12. Ucapkan salam dan BISMILLAH setiap kalli hendak memasuki rumah, Insyaallah rumah tangga akan diberkati dan mendapat keharmonian.
13. Bacakan BISMILLAH sebanyak 41 kali ke telinga orang yang pengsan. Insyaallah akan dapat memulihkannya.
14. Jika membaca BISMILLAH sebanyak 19 kali ketika bertemu orang yang dalam keadaam marah, InsyaAllah dapat melembutkan hatinya.
15. Lafaz BISMILLAH jika diucapkan sebanyak 100 kali dan dihembuskan kepada orang yang berpenyakit selama tiga hari berturut-turut, inysallah penyakitnya akan sembuh.
16. Jika mahukan hajat seseorang itu dimakbulkan, dia hendaklah membaca BISMILLAH apabila selesai solat Asar pada hari jumaat dalam keadaan suci dari hadas dan najis. Hendaklah juga mengadap kiblat sehingggalah matahari terbenam.
Comments
Post a Comment