Kita ini tidak kaya...tapi ada budi bahasa...kita sentiasa mahu berjaya tapi Allah sudah aturkan segalanya kita tidak akan mendapat segala yang kita mahu, tapi dalam hati perlulah kita tanamkan cita-cita dan kemahuan, pernah seorang sahabat yang berlainan pegangannya menyatakan sekiranya tuhan tidak memakbulkan apa yang kita hajati maka perlulah kita meningkatkan kehendak kita dengan kadar yang maksimum. Bagi kita yang percaya kepada ALLAH kehendak kita itu wajar dipohon dengan berdoa sekuat-kuat keyakinan kepada Allah kerana Allah itu mendengar segala doa hambanya, kadang-kadang kita lupa bahawa apa yang kita terima itu adalah dari doa yang kita pohon dari Allah walaupun bukan dalam bentuk yang kita kehendaki, contohnya kita sentiasa berdoa memohon diberikan kebahagian, dan rezeki, setiap hari kita bangun dan bernafas itu adalah rezeki yang Allah berikan setiap hari, makan minum kita setiap hari adalah rezeki yang ...
Ini adalah suara dari hatiku tempat melepaskan apa yg terpendam dalam hatiku tiada kaitan dengan siapa2 dan apa-apa tujuan tertentu...mohon maaf sila abaikan saja sekiranya tulisan ini menyinggung hati sesiapa, kerana diri ini hanyalah insan biasa dan tiada daya upaya melainkan dengan izin Nya