Kalau tak silap masa ni cuti raya puasa 2014...tengah bosan-bosan tu entah kenapa tiba-tiba tergerak nak buka langkah..sebenarnya aku ni bukan la pesilat tegar tp ada la sikit-sikit langkah yang pernah belajar dulu ditambah dengan belajar dengan arwah atuk aku dulu..ni tujuannya nk keluarkan peluh je..takde niat nk menunjuk ke apa kee..klu betul nak tempur tentu aku buka langkah lain iaitu langkah tempur seribu langkah tanpa bunyi kah kah kah...selalu aku klu bosan mancing je, tp masa ni klu tk salah aku time hujan.Saja aku ambik video ni gelap.
Apa pun sebenarnya silat ni bagus untuk kesihatan atau mempertahankan diri, buat generasi muda ni sebabnya selain dari mempertahankan diri ia baik untuk badan kita sebab boleh dijadikan senaman, ada unsur-unsur pendidikan dari segi rohani dan jasmani, memdidik kita berdisiplin, taat pada ibubapa dan guru,pada pendapat aku belajar silat ni perlu restu ibubapa dan guru, selain tu untuk mantapkan diri kene selari dengan amalan agama kita Islam...solat kene jaga pendek kata rukun Islam yang 5 dan rukun Iman tu perlu gak didalami bagi semua mantap.
Comments
Post a Comment