Petua orang tua taman herba tbnsa
Pokok mempelas
Amat mustajab digunakan sebagai penawar bagi orang yang bermasalah batu karang. Ambil tiga puluh helai daun mempelas dan tujuh biji beras lalu ditumbuk sampai hancur dan dicampurkan dengan air lebih kurang 1 liter. Kemudian ditapis air tadi untuk diminum. Insyaallah batu karang akan hancur.
Akarnya direbus menjadi minuman untuk wanita lepas bersalin dan untuk menghentikan cirit-birit.
Akarnya juga boleh ditumbuk dan air akar yang keluar itu boleh dijadikan ubat ulcer mulut.
Daunya ditumbuk dan dilekat ke atas bisul untuk mempercepatkan bisul itu masak dan pecah.
Akar dan daun ditumbuk untuk menghisap bisa patukan ular.
Ambil tiga puluh helai daun mempelas dan tujuh biji beras lalu ditumbuk sampai hancur dan dicampurkan dengan air lebih kurang 1 liter. Kemudian ditapis air tadi untuk diminum. InsyaAllah batu karang akan hancur

Daunnya yang kesat digunakan oleh masyarakat Melayu sebagai bahan untuk melicinkan ukiran atau hasil kraftangan sebelum kewujudan kertas pasir. Daun ini berfungsi seperti kertas pasir.
Ada juga masyarakat zaman dahulu yang menggunakan daun ini untuk melicinkan kuku.
Serbuk yang dihasilkan dari daun mempelas kering untuk boleh digunakan untuk merawat radang.
Pokok ini juga boleh menghasilkan salap untuk meredakan selesema .
Daunnya yang dilumatkan pula digunakan untuk merawat sengatan serangga berbisa.
Air rebusan daripada akar mempelas yang matang/tua boleh merawat darah tinggi .
Buah mempelas yang masam boleh dijadikan cuka untuk masakan.
Batangnya yang panjang dan agak kuat juga boleh dijadikan tali.
Pada era sebelum adanya dapur gas.. kayu api dari dahan pokok getah yang kering sering diikat menggunakan tali daripada pokok mempelas ini kerana kekuatannya..
Jika dipotong akarnya yang menjalar itu.. tumbuhan herba ini akan mengeluarkan air. Airnya itu boleh diminum kecuali jika akar mempelas ini tumbuh pada kawasan tanah atau tumbuhan beracun.
Air batang mempelas ini mempunyai banyak khasiat yang tersendiri seperti batuk yang berlarutan dan memberikan tenaga untuk melakukan kerja.
Pucuknya boleh dijadikan nasi ulam dan akarnya mampu merawat diabetes.
Wallahualam
di tulis oleh
Comments
Post a Comment