Skip to main content

MAT KILAU : STRATEGI PERANG KOMANDER USULUDDIN TULISAN TUAN SHAH PASKAL

MAT KILAU : STRATEGI PERANG KOMANDER USULUDDIN

Oleh Shahpaskal AKA Isaac Imanan.
Kata-kata ini dipinjam dari seorang anak murid Sheikh Abdullah Harary, Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah.
1. Kita singkatkan cerita, latar belakang Mat Kilau ini anda boleh cari sendiri dalam buku atau internet, kami iaitu Geng Shahpaskal (Sahabat Shahpaskal, Shahpaskal, Kerol Jumper dan Zuha) telah membuat proses tawasul ini pada 10.15 malam, 29 Nov. Selepas menghadiahkan Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Selawat, maka Mat Kilau menghadirkan diri.
2. Beliau sudah pun tahu niat kami, ini merupakan kali pertama, ada orang memanggil beliau dengan khusus untuk mempelajari taktik dan strategi peperangan orang-orang Melayu Pahang khususnya dalam PERTEMPURAN KUALA TEMBELING. Tanpa banyak cakap, Kerol Jumper terus melihat ke dalam memori alam, lokasi serta persiapan pertempuran. Segala detail dilaporkan oleh Kerol kepada saya, tetapi kalau diceritakan semua dalam ini, tidak larat saya nak menulis dah lah saya ni pemalas nak menaip.
3. Sebelum itu, saya memohon beliau menceritakan sanad ilmunya. Mat Kilau memberitahu saya, beliau belajar Usuluddin dengan Tok Ku Paloh, yang berhubung kepada ulamak-ulamak Patani seperti Sheikh Wan Ahmad Fathani dan Sheikh Wan Daud Al Fathoni, yang kemudian merujuk kepada Imam Asyariah dan Maturudiah, kemudian sampai ke Rasulullah. Mat Kilau kemudian menunjuk kepada saya, sebagai isyarat bahawa saya belajar ilmu yang serupa. Serta merta saya rasa sebak....teringat guru dan sahabat saya serta kawan-kawan sepengajian saya.
4. Beliau belajar Usuluddin selama 10 tahun, 7 tahun dengan mendalaminya secara bersungguh-sungguh dan tiga tahun terakhir diselang-seli dengan ilmu-ilmu lain seperti mendalami A-Quran. Dalam hati saya, memang layaklah beliau menjadi seorang Wali Allah.
5.Beliau belajar Usuluddin dalam usia 23 tahun, dalam usia itu, beliau sudah pun menjadi seorang pemimpin masyarakat, di tangga kedua, di belakang ayahnya, ketua ampung/pembesar...Tok Gajah. Mat Kilau belajar di sebuah surau yang kecil, bertempoh dua-tiga tahun sebelum bangkit menentang Inggeris.
6.Ketika ditanya mengenai rahsia umur panjang sehingga mencecah lebih 100 tahun sebelum meninggal dunia. Beliau meminta saya balik kepada Tauhid, disamping pemakanan secara sunnah iaitu makan tidak terlalu kenyang dan berhenti sebelum kenyang.
PUNCA PERANG
7. Pertempuran di sungai Kuala Tembeling merupakan peperangan yang terhebat dalam sejarah Mat Kilau menentang Inggeris di mana, orang-orang Melayu mendapat kemenangan yang besar walaupun jumlah mereka kecil berbanding Inggeris.
8. Penentangan dimulakan selepas orang-orang Melayu berasa tertekan dengan cukai tinggi. Inggeris telah mengutip cukai yang tinggi di kalangan orang kampung dan tidak menyerahkan sesen pun kepada pembesar, ketua-ketua kampung untuk tujuan kebajikan serta pembangunan.
9.Itu pun orang Melayu masih mampu bertahan. Dalam keadaan ekonomi yang sangat tertekan sehingga ramai yang jatuh miskin, tidak sedikit pun orang Melayu Mengangkat senjata. Iman mereka masih kukuh.
10.Kesabaran orang Melayu ada hadnya...bangkitnya perjuangan bangsa ini adalah apabila Inggeris mencampuri undang-undang Islam dan adat tempatan yang dipraktikkan oleh Maharaja Perba Jelai.
11.Akhirnya, selepas pemerintah Pahang digantikan dengan raja yang pro Inggeris, raja yang mendapat sokongan dari keluarga Temenggung Johor yang juga telah bekerjasama dengan penjajah bagi menjatuhkan sultan berdarah bendahara Johor, akhirnya Mat Kilau dan ahli keluarganya diistiharkan sebagai penderhaka.
STRATEGI PERANG
12.Ada tujuh komander utama dalam angkatan perang Mat Kilau iaitu Mat Kilau, Awang Nong,Teh Ibrahim,Mat Kelubi, Mat Ali (khatib), Awang (Imam) dan Mat Tahir. Ia turut dibantu oleh ayah Mat Kilau, Tok Gajah.
13.Mereka ini semua merupakan pejuang Melayu yang amat mantap ilmu Usuluddin. Mereka merancang strategi perang dalam sebuah surau kecil. Sebelum merancang, mereka tunaikan solat hajat, solat tasbih, solat duha, solat witir, puasa dan munajat bagi mendapatkan petunjuk untuk mengetahui kelemahan musuh, tetapi yang penting adalah REDHA ALLAH.
14.Setiap satu komander diletakkan sekumpulan orang, jumlahnya sama rata. Ketika pertempuran di Kuala Tembeling, hanya 250 orang Melayu terlibat bagi menentang seramai 800 soldadu Inggeris yang diketuai oleh 3 pegawai berkulit putih. Bagi menjimatkan kos, kesemua soldadu Inggeris ini terdiri dari askar Nepal, Benggali dan Gurkha.
15.Mat Kilau memilih satu lokasi strategik, yang terletak di kawasan kuala pertemuan dua batang sungai.
16.Inggeris tidak membawa meriam. Hanya beberapa ekor kuda digunakan bagi membawa barang, tiga pegawai Inggeris menunggang kuda jenis kuda padi. Daripada 800 soldadu Inggeris, hanya 150 tentera memakai senapang, yang lain, pedang.
17.Angkatan perang Mat Kilau hanya bersenjatakan keris, sundang, parang, tombak, buluh runcing dan panah. Mereka yang mempunyai tangan yang kuat, menjadi pelembar tombak. Kubu Mat Kilau juga dipenuhi dengan buluh runcing. Orang-orang Melayu hanya memakai pakaian untuk bersilat (warna hitam), dengan lilitan kain di atas kepala sebagai tanda pengenalan.
18.Inggeris akhirnya tiba di hadapan kubu Mat Kilau yang dipisahkan dengan sungai yang deras tetapi agak cetek di tengah (paras atas lutut sedikit), sungai dan tebingnya disebelah Inggeris agak berlumpur, kawasan dasar dan permukaan sungai di sebelah kubu Mat Kilau pula penuh dengan pasir jerlus. Orang-orang Melayu yang berpakaian ringan, sudah tentu tidak ada masalah untuk meranduk air sungai. Inggeris dengan but mereka, serta kain mahal mereka, akan menyukarkan mereka bergerak di dalam air selain takut terperangkap dengan lumpur atau pasir jerlus.
19.Kedatangan Inggeris tepat, selepas pejuang-pejuang Melayu menyelesaikan solat Duha, dalam ketika itu juga, pejuang-pejuang Melayu menunaikan solat Khauf.
20.Inggeris tidak bersarapan pagi semasa memulakan perjalanan kerana mereka tidak mahu membuang masa, mereka berpendapat, pejuang-pejuang Melayu ini boleh ditewaskan dalam 30 minit sahaja. Kemudian pada 11.30 atau 12 tengah hari, mereka boleh menikmati juadah tengah hari. Di dalam beg, terdapat sedikit ration yang terdiri daripada roti kering, ini hanya cukup sebagai pengalas perut tetapi bukan memberikan tenaga.
21.Inggeris berada di tebing sungai yang tinggi dan curam, mereka sendiri takut menyeberang ke arah kubu Mat Kilau selepas melihat kederasan air (yang sebenarnya tak dalam), cuaca agak mendung (Rahmat Allah bagi menyembunyikan pejuang2 Melayu yang berpakaian hitam, bersembunyi dalam belukar di sebelah kubu Mat Kilau).
22.Mat Kilau keluar ke hadapan, menaiki satu busut yang tinggi bagi mencabar Inggeris. Seruan cabar-mencabar ini berlaku lebih kurang sejam atau dua jam. Inggeris masih tidak mara tetapi kesabaran mereka pun ada hadnya, di sebelah mereka, suhu dirasakan berganda, meningkatkan dahaga. Semangat mula lemah kerana masih tidak bersarapan.
23.Sebaik sahaja memasuki laungan azan Zuhur. Sebagai isyarat kepada trumpet peperangan. Salah seorang pejuang Melayu melontarkan tombak, hampir 100-150 meter tombak itu terbang dan singgah ke tebing Inggeris. Provokasi menjadi, Inggeris mula turun ke dalam sungai dan menembak membabi buta.
24.Sebaik sahaja, peluru habis. Dalam saat mahu membuat pengisian semula, orang Melayu serta merta muncul dan meneriak "Allah Hu Akbar", maka segala macam anak panah, tombak, buluh menghujani barisan tentera Inggeris.
25.Barisan tentera Inggeris menjadi kelam kabut, ada yang terjatuh dan dihanyutkan air sungai. Ada yang cuba menaiki tebing tetapi gagal, yang paling aneh...separuh dari askar yang bersenjata api gagal menembak senapang mereka, jika ada peluru yang dilepaskan...peluru bergolek jatuh di depan muncung.
26.Pejuang-pejuang Melayu yang berpakaian ringan, terus memasuki sungai dan menyerbu ke arah kedudukan Inggeris, ada yang ditikam dengan keris, ditetak parang dan yang sempat, dicucuk dengan tombak.
27.Selepas menyedari sudah terlalu ramai askar Inggeris mati atau cedera, pegawai Inggeris memberikan arahan berundur sambil bersumpah bahawa Mat Kilau, satu hari nanti pasti berjaya ditangkap.
AFTERMATH
28.Lebih 200 askar Inggeris terbunuh pada hari itu, beratus orang cedera. Tidak ada seorang pun pejuang Melayu yang mati syahid, kecuali beberapa orang yang cedera ringan. Mayat-mayat Inggeris ini hanya diambil selepas tiga hari.

29.Mat Kilau beserta para pejuang Melayu, kemudian sujud syukur apabila Allah memberikan kemenangan yang gilang-gemilang kepada mereka.
30.Bagaimanapun, sejarah mencatatkan kurang dari 10 askar Inggeris terkorban. And as usual, pakar sejarah akan mengambil rekod Inggeris. Hari ini Shahpaskal menulis kisah benar.
MORAL DARI KISAH INI
31.Para pembaca yang saya kasihi, Mat Kilau habiskan masa 10 tahun belajar Usuluddin atau Tauhid tetapi sejarah asyik menekankan ilmu keduniaan Mat Kilau dalam bentuk silat/keris/kebatinan. Saya tak kata ilmu-ilmu itu tak bagus tetapi Mat Kilau sendiri memberi penekanan kepada ilmu Tauhid, Sifat 20 serta Fardhu Ain jika mahu menjadi seorang pejuang dan pemimpin yang hebat.
32.Ada orang yang so call pakar minta saya dalil dari Al Quran dalam bab bab hubungan dengan ruh. Saya suruh depa ni pergi cari guru pondok.
33.Golongan macam ini, memang benarlah seperti sabda Nabi : Sesungguhnya diantara ummatku ada orang-orang yang membaca Alquran tapi tidak melampaui tenggorokan mereka. Golongan macam ini memang saya tak suka nak layan, bagi hujah pun dia akan tak jadi apa. So mmg dapat jawapan bodo-bodo.

Comments

Popular posts from this blog

Ramalan Jodoh mengikut Kitab Tajul Muluk

Kitab Tajul Muluk adalah merupakan kitab lama. Dikatakan perkataan asal adalah taj-al-mulk. Setelah ia memasuki tanah melayu dari arab, maka sejak itu lah ia berubah menjadi tajul muluk. Sesetengah orang menolak apa yang terdapat di dalam ilmu tajul muluk kerana dikatakan boleh memesongkan akidah. Antara ilmu yang terkandung di dalam kitab ini adalah seperti ilmu berkaitan sifat wanita dan juga jodoh. Berikut adalah pengiraan berdasarkan ilmu tajul muluk mengenai ramalan jodoh. LANGKAH 1 Ke semua nama perlu dieja di dalam tulisan jawi. Memerlukan  nama sendiri, nama ibu sendiri, nama pasangan  dan nama ibu pasangan jumlahkan semua nilai huruf pada nama tersebut. kemudian, jumlah tersebut perlu di tambah 7 dan bahagi 9 Perlu teliti dalam pengejaan kerana dibimbangi keputusannya nanti tidak tepat. CONTOH nur + nurul + muhammad + ahmad احمد +  محمد  +  نورال  +  نور asingkan huruf dan tambah macam di bawah ni (50+6+200)+(50+6+200+1+30)+(...

Nabi Penjaga Air-Bumi-Hutan & tanaman

  Nabi Penjaga Air-Bumi-Hutan & tanaman PENJAGA AIR / BANYU: Nabi khaidir. a.s. Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Khaidir Alaihissalam, ulun minta halal minta ridho wan pian minta banyu gasan mandi,mandi wajib,minum,dll PENJAGA TANAH / BUMI Nabi adam. a.s. Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Adam Abul Basyar Alaihissalam, ulun minta halal minta ridho umpat bejajak / bejalan di atas / di belakang tanah / bumi atau handak betanam pohon dll PENJAGA HUTAN / PAPOHONAN Nabi ilyas. a.s Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Ilyas Alaihissalam, ulun minta halal minta ridho minta kayu atau menatak kayu dll PENJAGA RUMPUT / TANAMAN Nabi idris. a.s Assalamu Alaikum Ya Nabi Yallah Idris Alaihissalam, ulun minta ridho minta halal umpat bejalan / bejajak di atas rumput dll

SISI LAIN SEJARAH PATIH AMPAT LEGENDA PAHLAWAN BANJAR

SISI LAIN SEJARAH PATIH AMPAT LEGENDA PAHLAWAN BANJAR Zaman dahulu di tanah Banjar, terdapatlah kerajaan yang bernama Nagara Dipa. Kerajaan Dipa saat itu belum memiliki raja sebagai pemimpin. Hanya ada empat orang pemuka yang dikenal sebagai 'Patih Ampat' atau 'Mantri Ampat'. Mereka adalah orang-orang yang kuat sakti mandraguna. Kekuatan dan kesaktian mereka terkenal ke seluruh pelosok negeri. 1-Panimba Sagara Orang yang pertama adalah Panimba Sagara. Penampilannya sangat rapi. Warna pakaian kesukaannya adalah kuning. Senjatanya bernama Naga Runting. Panimba Sagara memiliki kesaktian sanggup menimba air lautan dengan kedua tangannya. Jika ingin mengeringkan air laut, ia bisa mengubah dirinya menjadi lebih besar daripada raksasa. Kalau ia berdiri di tengah lautan yang paling dalam, air laut hanya sampai pada tumitnya. Kalau ia berdiri di daratan, gunung yang tinggi hanya sebatas lututnya. kalau Pambimba Sagara berjalan selangkah saja, satu bukit b...