Tiada apa yang dapat mengantikan kasih sayang seorang ibu dalam dunia ini...semua yang d iberikan oleh seorang ibu adalah yang terbaik dalam hidupnya...baik dalam sihat, sakit, sedih...untuk anak-anak seorang ibu akan memberikan yang terbaik walau pun hanya sesuap nasi dan air kosong...
Tapi malangnya ada sesetengah anak yang begitu senang melupakan jasa seorang ibu yang pernah bersusah payah menjaga mereka dari kecil sebesar botol kicap hingga besar, mereka lupa akan susu yang diberikan kepada mereka....mereka lupa akan semua itu kerana diuji Allah dengan nikmat yang tak sebesar mana pu, kalau Allah nak tarik tak sempat berkelip mata pun boleh hilang.
Jadi mana-mana sahabat yang masih ada ibu dan bapa tu kalau ada masa terluang jengah lah mereka, hulurlah sedikit sumbangan,tak pun sebungkus gula sekampit beras pun dan buat mereka gembira.
Al fatihah untuk ibu ku Arbaiyah Binti Yusuf
#akuadakernakauada
Comments
Post a Comment