Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2018

PERTEMUAN HANG JEBAT DENGAN SERIGALA SALJI

PERTEMUAN HANG JEBAT DENGAN SERIGALA SALJI Di luar kota Hang Jebat dan Angkatan Perang Melaka duduk bersiap siaga. Satu jam yang lalu Hang Jebat dapat melihat a da gumpulan awan hitam yang aneh berarak masuk ke tengah Kota Larangan. Sesekali kelihatan petir sabung-menyabung di dada langit suasana bagai mahu terjadi ribut sahaja. Naluri sufinya jelas mengatakan Datuk Laksamana Hang Tuah sedang menghadapi ujian yang getir. Jika tidak diperintah oleh Datuk Bendahara agar menunggu di luar Kota Larangan ini, sudah pasti dia merempuh masuk bersama 313 hulubalang Melaka . Hulubalang 313 dari angkatan perang Melaka ini antara hulubalang-hulubalang terpilihan antara ribuan hulubalang Melaka. Mereka merupakan hulubalang yang dilatih sendiri oleh Hang Tuah dan Hang Jebat. Taat setia mereka tiada diragui. Namun kali ini kehadiran mereka di luar Kota Larangan kesemuanya berpakaian biasa tidak berpakaian sebagaimana Angkatan Perang, ini berbeza ketika mereka sampai di Majapahit satu waktu dahu

Hari Raya Aidilfitri 2018 sebuah sambutan yang sederhana dan sepi

Asalamualaikum wbt....        Jejari ini sebenarnya malas betul nak menulis, tapi rasa rindu nk meluahkan semua cerita pasal sambutan raya tahun nii...tahun ni aku dapat cuti awal sehari sebelum raya, tapi tk gak aku balik awal dah tengah hari baru dapat balik ke kampung, sebab kene ambik lauk pauk dari rumah abang Halim, bawa balik ketupat rendang dan kuah kacang, jadi aku sampai ke rumah kampung petang la, sampai-sampai terus laa kemas-kemas apa yang patut, bentang tikar, basuh-basuh pingan mangkuk cawan, masuk-masuk kan kuih mana yang ada.        Terlentang gak lepas tu kepenatan, g bazar Ramadan cari-cari lauk buka puasa, selalu kalau kat kampung ni petang2 sebelum raya riuh dah kampung ni, tapi tahun ni sunyi betul, bunyi meriam mercun pun tkde, ada la seketul dua bunyi tu, itu lah perubahan masa, tak semestinya tiap tahun meriah, mungkin tahun ni kat kampung ni banyak yang balik beraya ke rumah mertua atau ke mana-mana distinasi lain. Tahun ni aku tak berapa nak mengenang