Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2016

SUNGAI MANIK BERMANDI DARAH VERSI BAHASA

Bismillahirrahmanirrahim KISAH BENAR, SEJARAH PERANG BANJAR YANG TIADA MANA-MANA CATATAN DALAM BUKU SEJARAH DI MALAYSIA Kisah Sungai Manik Bamandi Darah (terjemahan ke bahasa Melayu), pergaduhan antara Masyarakat Banjar dengan Cina Komunis Bintang tiga di Sungai Manik, Perak tahun 1945. Teks asal dalam bahasa Banjar. Sumber asal dalam bahasa Banjar: http://banjarcyber.tripod.com/sgmanik_1.html Badan Ismail Rudo yang sudah tidak berkaki dan bertangan menggelupur di atas titi dan sedang menunggu masa untuk nyawa berpisah dengan badan – kedua belah kaki dan tangan Mail Rudo putus ditetak parang ‘bungkol’ Utoh Putih. Air jernih yang mengalir deras di bawah titi bertukar merah disirami darah. Maka tertawa besarlah ‘sangkala’ mendapat habuan petang – darah dalam jantung adalah makanannya.Begitulah adat orang berkelahi, salah seorang pasti kecundang. Selepas Asar, Mail Rudo pergi seorang diri – menghembuskan nafas terakhir tanpa seorang pun yang sudi mendekatinya. Sepucuk