Ini cerita pasal kehidupan seharian, aku bukan la baik sangat tapi kalau kita tahu yang kehidupan kita ni tak sempurna dan bermasalah kenapa tidak kita muhasabah diri kita, lakukan perkara-perkara yang positif perkara yang menjurus kebaikan. Kebaikan itu bermacam-macam cara boleh di lakukan contoh mudah bangun pagi mengucapkan salam kepada sahabat, jiran sesiapa saja bukan hidup ini diselangi dengan caci maki setiap kali bertutur kata. Untuk jadi seorang insan yang baik perkara yang paling mudah adalah mengucapkan perkataan yang elok baik, kerana semua ucapan yang baik itu aku percaya ia akan memberikan aura positif kepada diri sendiri dan orang lain,bukan dengan caci maki, ayat kotor, walaupun situasi yang kita hadapi itu tidak menyebelahi diri kita, apakah dengan keluar ayat caci maki p**mak, haram jadah, bla bla bla..itu dapat memuaskan hati yg sedang marah, sedangkan impaknya kepada diri nant...
Ini adalah suara dari hatiku tempat melepaskan apa yg terpendam dalam hatiku tiada kaitan dengan siapa2 dan apa-apa tujuan tertentu...mohon maaf sila abaikan saja sekiranya tulisan ini menyinggung hati sesiapa, kerana diri ini hanyalah insan biasa dan tiada daya upaya melainkan dengan izin Nya